Sabtu, 26 Februari 2011

Edisi Nasional


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Edisi Nasional


Kosmo Online - Varia

Posted: 26 Feb 2011 11:38 AM PST

Kosmo Online - Varia


Mawar cita rasa remaja

Posted:

Mawar cita rasa remaja

Mawar cita rasa remaja

Oleh NURUL IZZA ROSLY


PENGGEMAR tudung Fareeda adalah antara tetamu yang hadir pada majlis pelancaran tudung Mawar dan kad keahlian di Bandar Baru Bangi baru-baru ini.


SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, ramai remaja perempuan yang bertudung dengan menggayakan pelbagai fesyen dan pemakaian gaya tudung menarik.

Bagi menggalakkan para gadis tampil ayu bertudung, Fareeda House of Scarf (Fareeda) baru-baru ini membuka tirai 2011 dengan melancarkan koleksi tudung terbarunya yang diberi nama Mawar.

Koleksi Mawar menampilkan rekaan eksklusif khusus untuk golongan remaja dengan pilihan warna-warna terang dan rekaan yang segar. Ia sesuai dengan jiwa dan cita rasa remaja masa kini yang inginkan kelainan dalam penampilan.

"Tudung Mawar ini sesuai untuk semua golongan walaupun ia direka khas buat remaja dan para pelajar.

"Koleksi kali ini bukan sahaja diberikan nafas baru mengikut cita rasa remaja malah harganya jauh lebih murah iaitu di bawah RM100," kata Pengasas dan Pengarah Urusan Fareeda, Faridah Zakaria pada majlis pelancaran tudung Mawar yang disempurnakan oleh bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) 5, Heliza Helmi di Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Tambahnya, tudung daripada koleksi mawar yang berharga di antara harga RM45 hingga RM95 itu diperbuat daripada fabrik likra dan sifon masih mengekalkan gaya eksklusif yang hanya didapati di Fareeda sahaja.

Ia diberi nama Mawar kerana ramai remaja menjadi pengikut trend tudung yang dipakai oleh Pengurus Jualan tudung jenama Fareeda, Mawar Abd. Karim, 22, yang merupakan model tudung Fareeda.

Kad keahlian eksklusif

Tudung Mawar mampu dimiliki oleh golongan pelajar dan remaja. Ia didatangkan dengan empat jenis iaitu selendang sifon berombak, selendang sifon ton, sarung likra kosong berombak dan sarung likra corak berombak.

"Ia didatangkan dengan saiz S, M, L dan XL malah pelanggan juga boleh menempahnya mengikut warna kegemaran masing-masing.

"Pada hari ini juga kami memperkenalkan kad dan memberikan kad keahlian eksklusif Fareeda secara percuma kepada pelanggan yang membeli tudung keluaran Fareeda," katanya.


CORAK berombak salah satu daripada empat koleksi terbaru tudung mawar.


Kata Faridah, kepada mereka yang berminat mendapatkan kad keahlian eksklusif Fareeda ia boleh didapati di cawangan-cawangan Fareeda pada harga serendah RM5 untuk satu kad.

Istimewanya, pemilik kad keahlian eksklusif Fareeda berpeluang menikmati diskaun 10 peratus untuk koleksi Mawar dan 15 peratus untuk jenama Fareeda.

Malah, pengunjung yang hadir pada majlis pelancaran tudung Mawar juga berpeluang membeli pelbagai jenis tudung Fareeda pada diskaun sehingga 40 peratus.

Selain koleksi tudung Mawar, Fareeda sebelum ini terkenal dengan rangkaian koleksi tudung jenis Maisara, Dania, Khaleeda, Rania. Rania Eksklusif, Sara Marissa, Sofiya dan Suraiya yang begitu laris di pasaran.

Bagi mereka yang berminat dengan koleksi tudung Fareeda boleh melayari laman web www.fareedascarf.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 26 Feb 2011 09:37 AM PST

Utusan Online - Johor


Mendidik pelajar jaga alam sekitar

Posted:

Mendidik pelajar jaga alam sekitar

Mendidik pelajar jaga alam sekitar

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
editjohor@utusan.com.my


Sebahagian pelajar mengutip sampah sempena Program Eco-Mangrove Awareness 2011 Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian, baru-baru ini.


PONTIAN 25 Feb. - Kepentingan memupuk kesedaran perlunya menjaga alam sekitar kepada masyarakat banyak diperkatakan hari ini dan tumpuan khusus seharusnya diberikan kepada golongan pelajar.

Ia penting dalam usaha memulihara alam semula jadi supaya ia dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.

Itulah juga tujuan Program Eco-Mangrove Awareness 2011 diadakan di Taman Negara Johor Tanjung Piai (TNJTP) yang disertai pelajar sekolah menengah, di sini baru-baru ini.

Antara sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Penggawa Barat, Pontian dan dua sekolah dari daerah Johor Bahru iaitu SMK Taman Impian Emas dan SMK Taman Mutiara Rini.

Pelajar Tingkatan Tiga SMK Dato Penggawa Barat, Nursyahmina Mohidin, 15, menyatakan rasa gembira kerana ini adalah pertama kali dia menyertai program tersebut.

Menurutnya, sebaik menjejakkan kaki ke taman negara ini, dia berasa teruja apabila berada di Tanah Penghujung Benua Asia itu dan melihat sendiri keindahan khazanah alam semula jadi di kawasan tersebut.

"Kehadiran pelajar di sini amat sesuai sebagai pendedahan kepada kepentingan menjaga alam sekitar serta mengetahui kesan-kesan sekiranya masyarakat mengabaikannya.

"Antara aktiviti yang kami lakukan di sini adalah membersihkan sampah sarap seperti plastik dan botol yang boleh menjejaskan keindahan taman ini sekiranya terus dibiarkan," katanya kepada Utusan Malaysia.

Rakannya, Tea Jin Man, 15, juga menyatakan harapan agar aktiviti sebegini dapat menyemai kesedaran generasi muda bahawa pencemaran alam sekitar adalah akibat tangan manusia sendiri.

Katanya, flora dan fauna yang ada di TNJTP perlu dijaga contohnya, hutan paya bakau yang kaya dengan sumber makanan kepada habitat tanah lembap termasuk burung-burung migrasi dan residen.

Mohd. Shafik Hanafi, 17, pelajar Tingkatan Lima di sekolah sama berpendapat semua pihak khususnya golongan pelajar perlu didedahkan dengan peranan hutan paya bakau dalam ekologi dan kesan buruk jika ia tidak diambil berat.

Katanya, program itu amat baik dilakukan memandangkan sesetengah masyarakat tidak mengetahui perkara yang boleh memberi kesan sampingan kepada 'penghuni' taman negara itu.

"Sekiranya pokok bakau pupus, habitat dan hidupan lain mungkin terancam memandangkan masing-masing memerlukan sumbangan satu sama lain," katanya.

Pelajar Tingkatan Enam SMK Taman Mutiara Rini, Rafidah Mohd. Latif, 19, teruja berada di taman negara itu sebaik melihat suasana hijau yang menyegarkan.

Dia juga menyatakan kesediaan untuk memelihara alam semula jadi selepas mempelajari pelbagai maklumat dalam aktiviti daripada papan tanda yang dipasang pada pokok.

Bagi Norhayati Daaman, 17, dari SMK Taman Impian Emas berkata, dia berharap dapat kembali ke TNJTP bagi mengenali lebih dekat keunikan dan keistimewaan yang ada.

"Kami difahamkan taman ini juga menawarkan kemudahan untuk perkhemahan di dalam hutan bakau yang tentunya memberi cabaran baru kepada peserta terutama pada waktu malam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ditahan buat senapang sendiri

Posted:

Ditahan buat senapang sendiri

Ditahan buat senapang sendiri

Oleh KAMIL MASLIH
editjohor@utusan.com.my


LEE Choon Guan (dua dari kiri) menunjukkan senapang angin yang dirampas daripada dua lelaki di Muar, kelmarin.


MUAR 25 Feb. – Seorang peniaga ikan ditahan polis kerana memiliki selaras senapang angin tanpa lesen dan sebilah pedang samurai dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Seri Meranti, Pagoh di sini Ahad lalu.

Selain lelaki itu, seorang pekebun turut ditahan atas kesalahan memiliki selaras senapang angin di sebuah rumah di Kampung Sri Makmur pada hari yang sama.

Timbalan Ketua Polis daerah, Supritendan Lee Choon Guan berkata, pihak polis percaya, senapang angin itu dihasilkan sendiri oleh peniaga ikan berusia 38 tahun dan pekebun yang berusia 58 tahun.

Beliau memberitahu, tangkapan itu berlaku selepas peniaga ikan berkenaan mengugut kakaknya yang berusia 46 tahun berkaitan perselisihan faham mengenai harta keluarga.

"Kakak peniaga itu membuat laporan polis pada Ahad lalu kerana ditampar serta diacu dengan pedang samurai.

"Hasil pemeriksaan, polis bukan sahaja menemui sebilah pedang samurai malah turut merampas selaras senapang angin dan siasatan seterusnya membawa kepada penahanan rakannya di Kampung Sri Makmur yang juga memiliki senjata yang sama," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Choon Guan, kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 namun peniaga ikan itu turut menghadapi siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

"Kedua-dua mereka dituduh di Mahkamah Majistret Muar semalam dan didenda RM800 kerana kesalahan memiliki senapang tanpa lesen.

"Peniaga ikan itu turut dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM800 kerana melakukan ugutan dan RM500 setelah didapati bersalah mendatangkan kecederaan," katanya lagi.

Dalam kes berasingan, Choon Guan juga yakin sebanyak lima kes ragut berjaya diselesaikan dengan penahanan seorang suspek di Bukit Gambir, Ledang di sini pada 17 Februari lalu.

Katanya, suspek berusia 30 tahun dengan dua rekod penyalahgunaan dadah itu ditahan susulan daripada laporan polis oleh seorang wanita berusia 18 tahun yang menjadi mangsa ragut di Jalan Bakariah di sini pada hari yang sama.

"Suspek yang bermotosikal ditahan semasa cuba hendak menjual telefon bimbit milik wanita itu di sebuah kedai dan turut dirampas daripada suspek adalah dokumen mangsa," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rekreasi

Posted: 26 Feb 2011 01:35 AM PST

Utusan Online - Rekreasi


Bukit Gambang Resort

Posted:

Bukit Gambang Resort

Bukit Gambang Resort

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my


KEPUASAN bermain ombak di lokasi yang selamat dan selesa untuk seluruh ahli keluarga.


BAGI penduduk sekitar Lembah Klang, Sunway Lagoon, Desa Water Park atau Taman Tema Air Shah Alam merupakan antara destinasi pilihan apabila tibanya musim cuti persekolahan, cuti umum ataupun cuti hujung minggu.

Apa kata percutian kali ini ubah selera dengan membawa keluarga anda bercuti di luar kawasan Lembah Klang.

Mereka yang masih ingin menikmati percutian bertemakan air, jangan lepaskan peluang mengunjungi Bukit Gambang Resort City (BGRC) yang terletak di Kuantan, Pahang.

Terletak kira-kira 35 kilometer (km) atau 30 minit perjalanan dari Kuantan dan dimiliki oleh Sentoria Themeparks And Resort Sdn. Bhd., BGRC menawarkan pakej percutian keluarga yang pastinya tidak akan mengecewakan.

Jika perjalanan dari Kuala Lumpur, ia hanya mengambil masa lebih kurang dua setengah jam dan lebih mudah sekiranya anda mengambil susur keluar Gambang.

Dikelilingi rimba seluas 219 hektar, BGRC menawarkan percutian dan hiburan untuk keluarga yang tiada tandingannya.

Selain menjanjikan suasana yang mendamaikan, pelbagai aktiviti sedia untuk diterokai selain pelbagai kemudahan yang disediakan.

Dibuka Jun 2009, BGRC turut menyediakan penginapan berupa pangsapuri mewah, Caribbean Bay Suites (CBS) selain taman airnya yang pasti memberikan pengalaman sukar dilupakan.

Menawarkan 578 unit apartmen (enam blok), 440 unit suite keluarga, 120 unit suite studio dan 18 unit suite deluxe dengan harga berpatutan, CBS turut menyediakan kemudahan seperti kolam renang, jakuzi, bilik mesyuarat dan seminar, gimnasium, restoran dan kedai cenderamata.

Tidak ketinggalan Caribbean Coffee House dan Caribbean Bistro yang menawarkan pelbagai menu masakan tradisional, timur dan barat.

Di sekitar resort, anda juga boleh bermain snuker, berkaraoke atau membeli barangan kraf tangan dan cenderamata di kedai Gift Shop.

Sementara itu, di ruang arked, anda sekeluarga boleh mencuba pelbagai permainan yang disediakan seperti kuda berpusing, buai dan banyak lagi.

Selain kemudahan hiburan, pihak BGRC turut merangka pelbagai aktiviti hiburan secara bermusim seperti persembahan artis, taman hiburan dan pertunjukan silap mata yang dijadualkan mengikut kadar pengunjung semasa.

CBS turut menyediakan 13 bilik mesyuarat yang terdiri daripada sebuah dewan serbaguna, tiga buah dewan utama dan 10 bilik mesyuarat pelbagai saiz dan ia sesuai bagi mana-mana syarikat yang ingin mengadakan seminar atau bengkel.

Sememangnya terkenal dengan pembinaan yang berkonsep resort bandar integrasi, BGRC menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi dan hiburan untuk semua.

Pelbagai tarikan dan aktiviti pelancongan disediakan pada harga paling minimum.

Oleh yang demikian, tidak sah sekiranya tidak mengunjungi taman tema air yang turut dibina bersebelahan tempat penginapan.

Menawarkan taman permainan air terbesar di Pantai Timur dan dibina di kawasan seluas 60 ekar, kemudahan trem turut disediakan bagi kemudahan pengunjung berulang dari tempat penginapan.

Bertemakan Stay Cool, Get Wet, si kecil pasti teruja dengan Penguin Island, apatah lagi dengan kehadiran seekor 'ikan pirana' yang 'memuntahkan' 250 liter padu air.

Di sini juga, pengunjung boleh mengembara dengan menyusuri sungai glasier sepanjang 380 meter (m) termasuk 50 m di terowong ais.

Bagi orang dewasa pula, tidak sah sekiranya tidak mencuba segala permainan yang disediakan seperti gelongsor air di celah pokok yang berusia ratusan tahun.

Turut terdapat di situ ialah Six Lane Racer, gelongsor air paling tinggi di taman tema air tersebut dan ia pastinya memberi pengalaman yang cukup ekstrem bagi sesiapa sahaja yang mencubanya.

Selain itu, terdapat juga crystal slide, galaxy slide, canopy slide dan family raft ride.

Untuk family raft ride, ia amat menarik kerana anda akan hanyut bersama ahli keluarga di dalam pelampung yang mampu menampung sehingga tujuh orang pada satu-satu masa dan menggelongsor laju sepanjang 220 m.

Selain gelongsor air dan kolam renang, anda juga boleh bergembira bersama ahli keluarga di pantai buatan, Coco Beach yang turut mempunyai ombak setiap 20 minit.

Untuk tempahan serta maklumat lanjut, layari laman web, www.bgrc.com.my atau hubungi talian 09-5488000 atau 03-89419898.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Scuba Rangers tingkat disiplin peserta

Posted:

Scuba Rangers tingkat disiplin peserta

Scuba Rangers tingkat disiplin peserta


PESERTA SSI Scuba Rangers akan diajar mengenai pelbagai aspek selam skuba termasuk kursus khas fotografi dasar laut.


MUNGKIN ramai yang memikirkan selam skuba hanyalah satu hobi sampingan dalam menghabiskan cuti hujung minggu atau percutian ke mana-mana kawasan pulau di seluruh dunia.

Sebenarnya, hobi selam skuba mampu meningkatkan disiplin secara tidak langsung kepada peminatnya.

Satu yang pasti, ia merupakan antara hobi yang paling bahaya. Namun jika diikuti segala aspek pelajaran yang diajar ketika kursus asas aktiviti ini bakal menjadi satu hobi yang amat menyeronokkan.

Apa yang menarik, selam skuba yang kini boleh dinikmati oleh golongan kanak-kanak berumur lewat tujuh tahun hingga ke 12 tahun mampu membina jati diri selain meningkatkan disiplin di peringkat awal.

Malah, setiap langkah yang perlu dilakukan oleh mereka dalam selam skuba yang akan menambah keyakinan setiap hari selain mampu mencorakkan mereka menjadi pemimpin yang disegani.

Sebagai contoh, jika mereka menyertai program selam skuba SSI Scuba Rangers, boleh dikatakan daripada seorang yang pemalu, takut air dan tidak mengerti apa-apa, mampu menjadi seorang yang dinamik, mempunyai kekuatan dan keyakinan diri serta mampu menjadi pemimpin yang disegani.

Ini berikutan kursus SSI Scuba Rangers amat menitik beratkan semua agenda berkenaan yang dilihat mampu mengubah seorang kanak-kanak itu.

Jurulatih Kelab Skuba Water Kids, Faizal Jamat berkata, kursus SSI Scuba Rangers yang sudah diyakini ibu bapa seluruh dunia akan melatih kana-kanak dalam semua aspek dan kepentingan selam skuba.

"Tidak hanya itu, mereka juga akan diajar mengenai kepentingan sivik dan cara menghormati orang yang lebih tua terutama ibu bapa atau penjaga.

"Yang lebih penting, kanak-kanak yang menyertai kursus ini akan dilatih untuk berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain dalam melakukan kerja-kerja seharian.

"Ini dilakukan ketika mereka memasang sendiri peralatan selam skuba yang merupakan aspek paling penting dalam aktiviti ini," katanya.

Tambah Faizal, selain aktiviti selam skuba, kanak-kanak itu juga akan disuruh melakukan aktiviti sosial yang mementingkan aspek sivik.

"Sebagai contoh mereka akan diberi markah jika melakukan sesuatu seperti membantu ibu bapa membersihkan rumah, membasuh kereta atau menyapu laman rumah jiran.

"Ini satu perkara yang utama yang kita titik beratkan bagi membolehkan mereka mendapat markah termasuk bonus untuk melanjutkan kursus selam skuba yang mereka sertai," katanya.

Faizal berkata, kursus SSI Scuba Rangers akan dijalankan melalui lima peringkat.

Selepas selesai peringkat itu, Faizal berkata, peserta boleh memilih untuk menyertai latihan khusus lanjutan SSI Scuba Rangers yang mempunyai pelbagai aktiviti menarik selam skuba termasuk fotografi dasar laut, skuba penyelamat, penyelam malam dan lain-lain lagi.

"Mungkin ibu bapa melihat perkara ini agak serius namun yang pasti, kita menjalankan semua aktiviti ini dengan cara yang paling seronok dan tidak membosankan. Namun kami masih perlu bertegas untuk mengelakkan peserta mengingkari arahan yang mampu membahayakan diri mereka sendiri sama ada di kolam renang atau di laut," katanya.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai SSI Scuba Rangers, lawat laman web www.waterkids.info atau hubungi 013-2520109.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 26 Feb 2011 01:18 AM PST

Berita Harian: Ratu


Natijah perceraian

Posted: 25 Feb 2011 08:33 PM PST

Ratu

Kanak-kanak, remaja alami trauma berpanjangan

SESEBUAH perkahwinan pastinya mengharapkan ia berkekalan sehingga akhir hayat. Ikatan itu lebih bererti apabila ia sentiasa dibajai dengan limpahan kasih sayang, kehadiran cahaya mata selain disulami dengan kerjasama erat antara kedua-dua pihak, maka lengkaplah mahligai dibina.

Begitupun, tidak semua bernasib baik berpeluang mengecap nikmat bahagia dalam perkahwinan kerana ada kalanya ia pudar di tengah jalan dan kenyataannya ikatan yang dibina secara sah terlerai, walaupun ia tidak pernah dipinta. Sehubungan itu, natijahnya dirasai banyak pihak seperti anak mahupun pasangan individu itu sendiri yang mana sedikit sebanyak meninggalkan kesan negatif dalam kehidupan mereka.

Sama ada disedari atau tidak, anak terutama individu paling mudah terkesan dengan perpecahan rumah tangga walaupun pada zahirnya mereka mungkin tidak menunjukkan tanda secara nyata.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata kesan psikologi memang ada terhadap kanak-kanak, remaja, isteri atau suami yang mengalami perpecahan rumah tangga.

"Ketiga-tiga kumpulan individu ini akan mengalami kesan tertentu akibat daripada kejadian keruntuhan rumah tangga dialami. Kesannya juga berbeza bergantung pada tahap usia mereka.
"Kanak-kanak adalah insan paling mudah mengalami gangguan psikologi tanpa kita sedari kerana walaupun mereka masih muda, tetapi kecelaruan ini akan menyebabkan mereka mengalami gangguan yang boleh memudaratkan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dr Mariani berkata, kanak-kanak akan mengalami perubahan emosi akibat perubahan terhadap institusi keluarga menyebabkan pembentukan personaliti kanak-kanak akan terjejas. Keadaan menjadi buruk apabila anak dibiarkan.

"Kanak-kanak yang ibu bapanya bercerai lazimnya akan mengalami masalah perkembangan emosi mereka. Bermula dengan pasangan itu sendiri, sama ada suami atau isteri, mereka juga mengalami tekanan emosi.

"Apabila suami isteri sakit emosinya, fikiran menjadi tidak stabil. Mereka mungkin akan menjadi lebih agresif atau terlampau pasif sehinggakan tidak bercakap sekali gus memberi kesan kepada pasangan, anak atau anggota keluarga," katanya.

Beliau menjelaskan, apabila tiada komunikasi dalam rumah atau suami isteri bersikap dingin, keadaan berkenaan boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak.

"Dari aspek perkembangan emosi, kanak-kanak akan tertekan dan tidak stabil. Apabila itu berlaku fikiran menjadi waras. Jika kanak-kanak berkenaan mempunyai ramai adik beradik, mungkin akan berlaku pergaduhan kerana kesemuanya tertekan dan mengalami tekanan yang sama. Dari aspek personaliti juga, kita dapat mengesan kelainan terhadap kanak-kanak yang datang daripada keluarga bercerai ini," katanya.

Berdasarkan kajian dilakukan penuntut psikologi di bawah seliaan beliau, Dr Mariani berkata, kanak-kanak perempuan akan mempunyai ciri personaliti neurotik berbanding kanak-kanak lelaki.

"Ciri personaliti neurotik ini adalah cepat marah, cepat berasa bosan dan tidak stabil, tetapi jika dibandingkan dari aspek ekstrovert pula, kanak-kanak perempuan akan menjadi lebih ekstrovert berbanding kanak-kanak lelaki.

"Ekstrovert dimaksudkan di sini, walaupun mengalami tekanan yang sama, kanak-kanak perempuan masih boleh bercakap, berbual mahupun mereka mengalami personaliti neurotik," katanya.

Dr Mariani berkata, kanak-kanak boleh dipujuk dan ditenteramkan emosinya, tetapi hasilnya bergantung kepada siapakah yang mententeramkan mereka kerana jika ibu bapa yang menjadi penyebab mereka bersikap begitu dan ibu bapa juga yang bertindak memujuk, hasilnya agak tipis untuk memulihkan emosi si kecil.

"Emosi kanak-kanak boleh dikawal jika ada yang menenangkan mereka. Katalah jika individu yang mereka selesa seperti datuk atau nenek, emak saudara mahupun bapa saudara, mungkin mereka mengambil masa yang tidak lama untuk memulihkan emosi yang terganggu itu.

"Bahkan jiran juga memujuk emosi kanak-kanak sekiranya mereka selesa dan sudah biasa dengan mereka. Banyak juga kes dera atau masalah rumah tangga, ada jiran yang membantu apa yang patut" katanya.

Sementara itu, ulasnya, remaja juga tidak terlepas daripada gangguan emosi sekiranya ibu bapa bercerai. Lazim bagi remaja, mereka akan mencari jalan keluar untuk melepaskan tekanan.

"Dikhuatiri remaja ini akan memilih jalan salah, bercampur gaul dengan individu yang tidak sepatutnya boleh menyebabkan pencapaian akademik mereka merudum.

"Kalau mereka ada sifat neurotik seperti kanak-kanak, mereka tidak fokus dalam bilik darjah kerana sudah terlalu banyak perkara dalam fikiran mereka. Mereka tidak boleh beri tumpuan, mereka jadi bercelaru," katanya.

Lebih membimbangkan, remaja ini akan mencari rakan sebaya yang memahami mereka tanpa mengambil kira pembawaan remaja yang mereka kenali itu sama ada bersifat membina atau tidak untuk sahsiah diri mereka.

"Kalau mendapat kawan yang baik, tidak mengapa, tetapi jika sebaliknya akan menambahkan lagi kekusutan kepada remaja itu. Tidak mustahil ini antara penyebab berlaku gejala sosial seperti merempit, buang bayi, lari dari rumah dan mengamalkan seks bebas. Kita boleh mengesan mereka ini adalah daripada kalangan keluarga yang berpecah belah atau ibu bapa mengalami perceraian," katanya.

Dr Mariani berkata, remaja atau kanak-kanak yang datang daripada keluarga bermasalah juga menunjukkan prestasi yang rendah dalam akademik.

Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menunjukkan peningkatan dalam kes perceraian di negara ini. Kelantan, Kedah, Selangor, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatat bilangan perceraian sekitar 2,700 hingga 3,700 kes setahun. Dengan perceraian ini, anak akan terpisah daripada ibu atau bapa mereka.

"Anak akan menjadi mangsa terhadap perceraian ibu bapa terutama kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Mereka juga akan mengalami perubahan emosi akibat perubahan terhadap institusi keluarga menyebabkan pembentukan personaliti akan terjejas. Keadaan menjadi buruk apabila anak-anak dibiarkan," katanya.

INFO

  • Kaum keluarga terdekat perlu memainkan peranan memastikan kanak-kanak atau remaja dari keluarga bercerai memberi perhatian sewajarnya.
  • Ibu bapa yang bercerai juga harus memastikan mereka tidak berkelahi di hadapan anak, mengeluarkan perkataan kasar atau memaki hamun di hadapan ahli keluarga lain.
  • Kalau berselisih faham, pastikan keperluan anak tidak diabaikan.
  • Ibu bapa yang menghadapi masalah rumah tangga juga wajar mengawal emosi kerana ia akan mempengaruhi emosi anak. Apabila anak lihat ibu bapa tenang, anak juga akan berasa selesa untuk menjalani kehidupan harian mereka.
  • Bina hubungan erat dengan anak dan sentiasa tunjukkan mereka diperlukan.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kisah dari Mahkamah Syariah: Bau badan alasan cerai

    Posted: 25 Feb 2011 08:12 PM PST

    Ratu

    Isteri curang sengaja cari jalan tuntut dilepaskan

    "MASA bercinta semua indah belaka. Bila sudah lama, semuanya jadi pahit, tawar dan masam," kata peniaga, Khairul Amin Adib, 34, (bukan nama sebenar), membuka bicara.

    Berat hatinya meluahkan kata kerana bagaikan terpaksa mengingat kembali kenangan lama, beliau yang mudah dipanggil Amin menolak perasaan itu bagi menjayakan sesi temu ramah bersama RATU. Amin reda apabila mengahwini Effa, 28, (bukan nama sebenar) lima tahun lalu tanpa mendapat restu kedua ibu bapa akibat keterlanjuran. Bagaimanapun, perkahwinan tetap diteruskan.

    Tahun pertama agak perit bagi Amin kerana terpaksa bergantung hidup dengan wang pinjaman pengajian. Sungguhpun begitu, Amin tidak mengabaikan tanggungjawab sebaliknya melakukan dua kerja. Siang bertugas sebagai kerani pejabat sementara malam pula bertugas di kedai serba guna selain menjadi penghantar makanan sementara menunggu kelahiran bayi.

    "Rezeki anak, Alhamdulillah. Saya dapat tawaran kerja. Dari hanya memakai skuter, saya mampu membeli kereta; dari menyewa rumah sehingga kami mampu membeli pangsapuri. Semua nampak berjalan lancar seperti tiada masalah.

    "Namun, pada 2005 satu perubahan besar dalam rumah tangga kami bila isteri terpilih untuk menjadi krew kapal. Saya memberi kebenaran untuk dia mengejar cita-cita, tetapi itu adalah kesilapan besar dalam membuat keputusan. Sejak isteri memulakan kerjayanya di awan biru, mula nampak perubahannya.
    "Kami jarang berkomunikasi. Jarang tidur bersama dan kebanyakan masa dia balik dan akan pergi rumah emaknya. Kalau kami pergi bercuti bawa anak, tak macam dulu kerana dia akan berkurung dalam bilik air. Pergi beli-belah dan membiarkan saya tunggu lama...seperti ada yang tak kena," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

    Puas Amin mencari sebab mengapa Effa berubah sehingga dia terjumpa telefon bimbit kedua milik isterinya ketika membasuh kereta isteri. Hati siapa tak berderai bila membaca teks pesanan ringkas (SMS) yang dihantar lelaki lain.

    "Kami gaduh besar. Habis semua saya lepaskan. Tumbuk jam, pintu bilik hingga tahap yang paling teruk saya tampar mukanya. Itu pun satu kesilapan paling besar saya dalam mendidik isteri. Bertindak mengikut amarah sebelum muhasabah diri. Kemudian, isteri membawa anak keluar tinggalkan saya. Waktu itu saya jadi gila, keliru, bingung, marah, sedih, rindu, sayang. Pelbagai perasaan bercampur-baur serta hilang pedoman dan arah.

    "Isteri minta diceraikan atas sebab saya tampar dia. Dia tawar hati dan macam-macam dia kata saya, antaranya saya kuat berpeluh, saya gemuk, saya tidak berkemampuan dan berbagai alasan lain untuk bercerai. Saya sangat sayang pada keluarga dan cuba pertahankan," katanya yang mengakui pergi menjalani sesi kaunseling namun tidak berjaya.

    Amin berkata, hati isteri terbuka sekejap. Saat meminta maaf dan berpelukan sambil menangis adalah waktu paling bahagia bagi seorang suami. Tapi kebahagiaan itu tidak kekal apabila Amin membuat silap percaturan berhenti kerja kerana ingin cuba berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

    Anak kelahiran ibu kota itu cuba membuka gerai makan dengan menjual mi kari dan soto. Tapi jangkaan meleset kerana pulangan tidak seberapa. Setiap hari pulang lewat, badan berbau dan isteri mula hilang minat.

    "Dalam diam, sekali lagi isteri membuat percaturan di belakang saya. Tanggal 14 Februari 2009, saya beli cincin dan bungkus elok-elok untuk isteri. Namun, apabila mendapat cincin itu, isteri menangis.

    "Saya ingatkan dia menangis sebab dia gembira. Saya silap. Dia menangis kerana kasihankan saya dan mengaku dia tak boleh berlakon lagi sebagai seorang isteri. Dia cerita perihal sebenar. Nak marah tak guna sebab saya tahu kalau saya marah lagi, saya akan kehilangan dia buat selamanya.

    "Saya akur keluar dari rumah atas permintaannya. Pada Mac 2009, dia pergi ke mahkamah untuk memfailkan kes perceraian kami. Sebutan yang pertama sebulan kemudian. Memang berat nak melepaskan seseorang yang kita sangat sayang.

    "Tetapi, saya perlu terima kenyataan yang saya tak sehebat lelaki yang boleh beri kebahagiaan kepadanya. Dengan sekali lafaz, sah kami bercerai demi permintaan dan kebahagiaannya," katanya yang mengakui tak semua perceraian itu sukar kalau pasangan itu ada persefahaman bersama.

    Amin berkata, walaupun kesnya tidak seteruk dan dramatik orang lain, apa yang dia lihat perceraian bukan satu kegagalan malahan ia adalah pencapaian bersama.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Pemotoran

    Posted: 25 Feb 2011 11:38 PM PST

    Utusan Online - Pemotoran


    Bridgestone Ecopia

    Posted:

    Bridgestone Ecopia

    Bridgestone Ecopia

    Teks dan Gambar oleh Zulhisham Isahak
    (Yang Mengikuti Pelancaran Ecopia100A di Ayuttaya, Bangkok, baru-baru ini)



    KECEMERLANGAN Bridgestone iaitu syarikat pengeluar tayar terbesar dunia dalam memberi sumbangan kepada industri dan produk automotif memang tidak boleh dipertikaikan.

    Syarikat Jepun yang pernah menjadi pembekal tayar untuk perlumbaan Formula Satu (F1) sejak 1997 (berakhir tahun lalu), kini menempuh satu lagi evolusi.

    Baru-baru ini, syarikat itu yang merupakan pesaing Michelin SCA dari Perancis dalam perniagaan pembuatan tayar terbesar dunia, melancarkan tayar barunya dikenali sebagai Ecopia EP100A.

    Produk baru itu dihasilkan khusus untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar sehingga menyebabkan pemanasan global yang sebelum ini disebabkan oleh tayar kenderaan.

    Pembuatan tayar itu menggunakan teknologi terkini dan mempunyai banyak keistimewaan berbanding tayar biasa yang biasanya membebaskan gas karbon dioksida dalam kuantiti besar.

    Menurut Pengarah Urusan Bridgestone Tyre Sales (Malaysia) Sdn. Bhd., Takashi Aoki, antara kelebihan utama Ecopia ialah mampu mengurangkan pembebasan gas tesebut.

    Katanya, para peringkat awal pembuatan tayar itu, pihaknya terpaksa berdepan dengan cabaran apabila perlu mencari asas dan formula sebatian baru tanpa mengorbankan prestasinya.

    "Melalui Ecopia kita telah memperkenalkan formula sebatian baru. Silika dan agen penggandaan tambahan dicampurkan kepada sebatian tayar biasa yang terdiri daripada karbon.

    "Karbon itulah yang menyumbang kepada pembebasan haba melalui geseran tinggi pada tayar. Kini dengan Ecopia, masalah berkenaan dapat diatasi," katanya kepada Wow! baru-baru ini.

    Jelasnya, teknologi pembuatan Ecopia direka khas untuk mengurangkan kesan pergeseran yang memberi impak secara langsung terhadap kecekapan penggunaan minyak.

    Aoki berkata, selain kesan pergeseran dan pembebasan haba minimum, produk itu tetap memberi keselesaan kepada pemanduan dan pemandu tidak perlu risau dengannya.

    Menurutnya, walaupun dengan sebatian baru tetapi ia sama sekali tidak menjejas atau mengganggu cengkaman brek. Ia masih berfungsi dengan baik termasuk dalam keadaan jalan basah.

    Ecopia yang mempunyai corak bunga baru itu ujarnya, tetap menitikberatkan aspek keselamatan dan sasaran pelanggan adalah kereta-kereta mewah.

    Menurut Aoki, ramai yang tidak menyedari bahawa tayar kenderaan memberi impak besar terhadap alam sekitar sekali gus menyumbang kepada pemanasan global hari ini.

    Beliau berkata, langkah Bridgestone dalam memperkenalkan Ecopia adalah tepat pada masanya dan sedikit sebanyak mampu menyumbang kepada pengurangan pemanasan global.

    "Ini yang cuba dilakukan Ecopia, sebuah produk tayar mesra alam tanpa perlu mengorbankan mutu atau kualitinya selain harganya yang juga berpatutan," katanya.

    Dalam pada itu katanya, serentak dengan pelancaran Ecopia, Bridgestone menjalankan kempen satu Tayar Satu Kebaikan bagi memenuhi tanggungjawab sosialnya.

    Setiap RM1 daripada tayar Bridgestone Ecopia, Turanza dan B-Series yang dijual akan didermakan kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, Pusat Alam Sekitar Global.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Rasai pengalaman memandu di Green Hell

    Posted:

    Rasai pengalaman memandu di Green Hell

    Rasai pengalaman memandu di Green Hell

    Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
    rekreasi@utusan.com.my


    Cabaran Castrol Edge Experience Nurburgring bakal membawa pemenang bertuah merasai pengalaman memandu BMW M3 ke tahap maksimum di Green Hell.


    PAKAR pelincir terkemuka di dunia, Castrol akan membawa seorang pemenang daripada 16 peserta akhir yang bakal berentap dalam cabaran eksklusif Castrol Edge's Nurburgring-Sepang untuk menguji kebolehan mengawal jentera BMW M3 di trek Green Hell, di Nurburgring, Jerman.

    Pengalaman memandu di trek yang cukup mencabar itu pernah dilalui oleh tokoh-tokoh pemandu legenda seperti Jackie Stewart dan Niki Lauda.

    Melalui cabaran itu, pemandu bertuah dari Malaysia berpeluang untuk menguji BMW M3 ke tahap maksimum ketika mengelilingi trek itu yang disifatkan sebagai salah satu litar lumba bina-khas yang paling mencabar dan menguji ketahanan.

    Menerusi cabaran tersebut, para pemandu bakal mengharungi pengalaman memandu di jalan berliku-liku sejauh lebih 20 kilometer dan 72 selekoh merbahaya untuk merasai sendiri prestasi minyak Castrol Edge ke tahap paling maksimum.

    Para peserta sebelum ini telah menempuh empat peringkat perjalanan iaitu pada peringkat pertama (13 Disember - 2 Januari 2011) di samping telah menjawab lima soalan trivia mudah dengan melayari laman web rasmi www.castroledge.com/my.

    Peringkat kedua (3-16 Januari 2011), para peserta telah menulis cogan kata mengenai mengenai mengapa kereta anda memerlukan Castrol Edge dan telah dikongsikan bersama rakan-rakan Facebook.

    Sebanyak 30 cogan kata terbaik telah dipilih ke peringkat seterusnya iaitu peringkat ketiga (17 Januari - 13 Februari 2011).

    Pada pusingan tersebut, para peserta telah menulis ulasan mengenai bagaimana Castrol Edge telah membawa perubahan kepada pengalaman memandu.

    Kini peringkat akhir (4 Mac 2011) yang paling ditunggu-tunggu oleh 16 peserta yang bakal beradu dalam ujian kemahiran terhebat di cabaran eksklusif Castrol Edge's Nurburgring-Sepang untuk menguji kebolehan kawalan selain mencari juara keseluruhan pertandingan tersebut.

    Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapore, Mark Ng berkata, beliau teruja kerana dapat memberi peluang kepada para pemandu di Malaysia untuk merasai pengalaman pemanduan terunggul dalam keadaan paling mencabar bersama Castrol Edge.

    "Castrol Edge telah dicipta secara khusus untuk memastikan keadaan kereta anda berada dalam prestasi terbaik walau dalam apa jua keadaan.

    "Biar betapa ekstrem mencabar itu sekalipun, Castrol Edge Sport 0W-40 telah terbukti memberikan kuasa kuda maksimum sehingga 45 peratus lebih lama berbanding minyak sintetik lain.

    "Jika anda ingin merasai pengalaman beraksi di Green Hell, anda dipersilakan untuk menyahut cabaran Castrol Edge Experience Nurburgring meredah 72 selekoh paling mendebarkan di dunia dengan kelajuan maksimum 200 kilometer sejam," katanya.

    Tambahnya, banyak lagi hadiah hebat disediakan ketika merasai pengalaman memandu sekali seumur hidup selama dua hari itu yang turut meliputi drifting, hot laps, latihan slalom dan pusingan berpandu di balapan Nordschleife bersama-sama para pemenang bertuah dari seluruh dunia.

    Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan tersebut, layari www.castroledge.com.my atau www.facebook.com/castrolmalaysia.

    Berbekalkan pengetahuan, analisis, teknologi terkini dan inovasi untuk menjana prestasi luar biasa, Castrol bukan sahaja berjaya mencipta minyak lumba sintetik penuh pertama bahkan pengalaman lebih 100 tahun dalam teknologi pelincir membolehkan Castrol Edge dihasilkan sebagai rangkaian minyak enjin terbaik untuk memberi prestasi merentasi semua faktor enjin kritikal.

    Minyak Castrol Edge berfungsi dalam keadaan tekanan yang ekstrem memberikan kebebasan kepada para pemandu untuk menguji kenderaan mereka ke tahap maksimum.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Horizon

    Posted: 25 Feb 2011 09:13 PM PST

    Kosmo Online - Horizon


    Bali menggamit hati pelancong

    Posted:

    Bali menggamit hati pelancong

    Bali menggamit hati pelancong

    Oleh HAZLINDA HAMZAH dan ROHANA MUSTAFFA



    MUZIK yang kuat bergema dari kelab-kelab malam di sekitar Legian, Kuta di Pulau Bali cukup menggetarkan dada dan telinga. Premis-premis yang membarisi jalan sempitseperti kafe, restoran dan bistronya menggamit tetamu.

    Turut memeriahkan lagi laluan di sekitar Legian adalah kedai-kedai yang menjual cenderamata, pakaian, beg, kasut dan barangan kraf.

    Di kaki-kaki lima premis, anak-anak muda terkinja-kinja mengikut alunan lagu yang dimainkan di kelab-kelab malam, walaupun kenderaan bertali arus menyusuri jalan itu.

    Tidak kurang juga ramai yang menjadi penonton suasana ini, di ruang-ruang kosong dan tepi jalan sambil cuba menolak lembut ajakan wanita-wanita berpakaian anggun dengan solekan tebal yang menawarkan pas-pas masuk ke premis hiburan.

    Kami yang menjejakkan kaki buat pertama kali di Pulau Bali, dalam kebingitan dan kerancakan suasana tidak jauh dari Ground Zero, terbayang tragedi pengeboman yang mengorbankan 202 orang. Pada masa yang sama, lebih 100 cedera di Sari Club dan Paddy's Cafe serta kawasan sekitarnya pada 12 Oktober 2002.

    "Di tanah kosong yang berpagar hijau itu tempatnya," kata Ketut, pemandu pelancong kami ketika menurunkan kami di monumen korban kejadian itu pada awalnya, yang dibina hanya beberapa meter di seberang jalan kelab Sari.

    Kebetulan hotel yang kami diami, White Rose terletak kurang 100 meter dari simpang tembok peringatan itu. Kami berjalan kaki setiap malam untuk mencuci mata dan mengunjungi kedai-kedai sepanjang Jalan Legian ini.

    Hotel itu dibuka pada tahun 1997. Lima tahun kemudian, ia turut menanggung kerosakan akibat letupan bom itu.

    "Pada masa itu tingkap-tingkap hotel ini pecah. Seorang jurutera yang menginap di hotel ini kehilangan isterinya yang sedang dalam perjalanan menjemputnya. Dua bulan isterinya tidak ditemui, akhirnya dia dimaklumkan bahawa isterinya adalah salah seorang daripada mangsa letupan.

    "Masa kejadian itu jalan sesak dan mungkin juga ada letupan di jalan raya," kata seorang petugas wanita White Rose Hotel.

    White Rose diubah suai pada tahun 2010. Di sebalik keindahan landskap dan suasananya yang mendamaikan, kenderaan dan tetamu yang keluar masuk wajib melalui pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak keselamatan hotel. Di palang pondok pengawal tertulis larangan membawa masuk senjata dan bunga api.


    MASYARAKAT Bali masih kaya dan sarat dengan pelbagai adat tradisi yang turut menarik perhatian pelancong.


    Namun langkah kawalan itu sedikit pun tidak mencacatkan keindahan di Kuta khususnya dan Bali sebagai pulau pelancongan popular.

    Deretan kedai di jalan sempit Legian tidak sunyi dengan pengunjung, baik siang mahupun malam.

    Rata-rata pelancong berjalan kaki kerana tiada ruang parkir kenderaan di sediakan di sepanjang deretan kedai.

    Kami juga bertembung dengan pelancong berkulit putih yang berpakaian santai atau berbaju batik dan wanitanya berpario sambil membawa papan lungsur untuk ke pantai Kuta.

    Kami juga berhati-hati supaya tidak memijak bekas kecil alat pemujaan yang dipenuhi dengan bunga-bungaan, buah dan daun palma yang diletakkan di kaki lima dan pintu masuk kedai-kedai. Ia merupakan amalan penganut agama Hindu masyarakat Bali dengan nisbah 90 peratus daripada lebih tiga juta. Bali di kalangan penduduk Indonesia dikenali sebagai Pulau Dewata.

    Namun Bali yang sejak sekian lama mengalu-alukan pelancong turut menyediakan kemudahan untuk pelancong beragama lain.

    Di kedai-kedai makan Islam terdapat bilik solat, sekurang-kurangnya sebuah ruang kecil dan tempat berwuduk.

    Industri kraftangan

    Kebanyakan restoran makan yang disinggahi, selain menyediakan kerusi meja biasa, mengajak pengunjung memilih untuk makan bersila di wakaf–wakaf beralaskan tikar. Makanan juga dihidang di meja kayu rendah yang menggunakan bekas seperti anyaman daun mengkuang.

    Mengelilingi Bali untuk meninjau beberapa tempat menarik menyerlahkan kesederhanaan, ciri tradisional dan kesungguhan dalam menyediakan produk yang dihidang kepada pelancong.

    Baik dari segi latar hiasan rumah urut dan spanya hinggalah kedai-kedai di Legian umpamanya, kebanyakan barangan yang dipamerkan begitu menarik sekali, berwarna-warni dan eksklusif.


    PANTAI Kuta sentiasa menjadi perhatian pengunjung yang melancong ke Pulau Bali.


    Satu daerah satu industri di Bali berjaya ditonjolkan apabila kami dibawa dari satu sektor kraftangan kepada kraftangan yang lain.

    Daripada ukiran patung batu yang boleh dilihat di kiri dan kanan jalan beberapa kilometer panjangnya, kami memasuki kawasan pembuatan kraftangan kayu ukiran. Kemudian kami didedahkan dengan kraftangan kaca pateri hinggalah ke sawah padi saujana mata memandang dan buah-buahan yang disusun cantik di gerai-gerai di tepi jalan.

    Ketut, anak keempat dalam keluarganya berkata, penetapan kawasan kraftangan untuk menjadikan konsep satu daerah satu industri lebih berjaya ialah berdasarkan kepakaran dan kemahiran seni yang ada di sesebuah kawasan itu.

    Patung-patung diukir sendiri oleh pakar tempatan di sesuatu kawasan itu, digunakan untuk upacara sembahyang atau diletak di rumah, sama ada untuk pemujaan atau hiasan.

    Justeru, tidak hairanlah jika hasil ukiran atau produknya lebih bermutu memandangkan ia dibuat dengan penuh kesungguhan.

    Kesederhanaan persembahan produk oleh penduduk Bali begitu terserlah apabila kami dibawa ke tapak teater persembahan Barongan dan Kris di Kampung Batu Bulan.

    Tanpa hiasan berlebihan, pentas persembahan teater lima babak itu hanya diperbuat daripada simen. Penonton ditempatkan di tempat duduk kayu bertingkat atau kerusi-kerusi plastik biasa.

    Persembahan yang tidak menggunakan mikrofon atau teknik persembahan yang canggih itu hanya mengikut budaya dan kepercayaan yang menjadi amalan penduduk setempat.

    Namun persembahan yang dilakukan setiap hari bermula dari pukul 10.30 pagi itu penuh sesak dengan penonton dan kenderaan bersusun-susun diparkir.

    Ketika kami menghadiri pertunjukan tersebut, terdapat ramai penonton dari Kepulauan Jawa turut bersama-sama mengambil kesempatan sempena cuti Maulidur Rasul.

    Kami juga berpeluang menyaksikan proses pembuatan kopi termahal iaitu kopi luwak. Kopi itu dijual pada harga lebih kurang 2 juta rupiah (RM684) untuk satu kilogram (kg). Kami dibawa ke kawasan ladang kopi yang memerlukan kami menjejaki batu-batu kerikil, melalui celah-celah pohon dan di bawah rimbunan pokok rendang.

    Sesekali kami terserempak dengan reban musang kelapa atau luwak yang gemar memakan biji kopi.

    Luwak yang sengaja dibela di ladang itu diberi makan biji kopi yang kemudian mengalami fermentasi di dalam saluran pencernaan luwak itu.

    Biji kopi yang diambil dari najis atau sisa kotoran luwak itu kemudian dicuci, dijemur dan digoreng sebelum digiling atau dikisar menjadi serbuk kopi eksotik luwak.


    BERJALAN kaki lebih mudah jika anda bersiar-siar di sekitar Kuta.


    Keajaiban alam

    Semua minuman di ladang itu boleh dicuba secara percuma di bawah bangsal kayu yang disediakan. Kopi Bali, mocha, kopi ginseng, teh serai dan teh Halia antara minuman yang disediakan. "Kopi luwak perlu dibayar dulu sebelum dicuba," kata Ketut sambil menghirup minuman di Taman Herba dan Kopi di Bangli, Jurusan Tampaksiring-Kintamani itu.

    Perjalanan diteruskan ke Gunung Batur. Dari Kampung Ubud, kenderaan kami mendaki hingga ke bandar pelancongan Kintamani. Di Kintamani kami menyaksikan keindahan gunung berapi yang masih aktif itu.

    Kali terakhir gunung setinggi 1,500 meter di atas paras laut itu meletus ialah sekitar tahun 1994. Di kaki gunung, terdapat tasik atau Danau Batur yang cantik dan kaya dengan hasil ikan.

    Kami menghirup udara sejuk dan segar sambil melihat jelas kesan lava yang dimuntahkan Gunung Batur sejak 17 tahun lalu.

    Dari gunung, kami ke pantai Tanjung Benoa untuk melihat aktiviti pantai seperti banana boat, selam skuba, meluncur jet ski, meluncur atas air dengan paracut dan sebagainya. Cuaca yang panas menyebabkan kami mengambil keputusan ke Jimbaran untuk menikmati makan malam di tepi pantai.

    Keindahan suasana malam di tepi pantai dan deruan ombak, dilengkapkan dengan nyanyian merdu kumpulan kuartet; empat penyanyi jalanan mendendangkan pelbagai untuk pelanggan.

    Satu lagi keajaiban alam di Bali ialah di Pura Tanah Lot yang terletak di Kampung Braban, 30 meter dari ibu Denpasar.

    Kami berjalan lagi sejauh 300 meter, melalui kedai-kedai menjual pakaian pantai, cenderamata dan kraf hinggalah ke penghujung pantai.

    Di Pura Tanah Lot, sambil menyaksikan matahari yang terbenam, kami melihat sebuah candi yang seolah-olah terpisah di laut dengan tanah besar Bali. Candi itu masih digunakan untuk upacara pemujaan yang dilakukan enam bulan sekali, mengikut kalendar Hindu-Jawa.

    Kami menunggu sambil menikmati keindahan pemandangan dan pukulan ombak sehingga matahari terbenam. Candi itu menjadi bayang-bayang berlatar belakang lembayung mega merah di lautan Indonesia, sebelum kami beredar pulang. – Bernama

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pantai masa depan

    Posted:

    Pantai masa depan

    Pantai masa depan

    Oleh KARL SHAFEK IBRAHIM


    KEMERIAHAN aktiviti jelas terlihat di hamparan Pantai Occheuteal pada siang hari.


    APABILA menyebut tentang negara Kemboja, sudah pasti terbayang pada tarikan bandar-bandar pelancongan seperti Phnom Penh dan Siem Reap, selain lokasi Angkor Wat yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia. Umum mengetahui bahawa negara Indo-China ini masih menyimpan seribu satu rahsia yang masih belum terungkai.

    Mungkin hanya sebahagian kecil sejarahnya sempat kita pelajari dalam sukatan pembelajaran di institusi pendidikan. Berkesempatan ke Kemboja adalah peluang terbaik untuk seseorang itu mendekati intipati negara Khmer itu.

    Ingin lari daripada kebiasaan, 3 Hari 2 Malam memilih untuk ke daerah yang mungkin masih belum popular dalam peta pelancongan dunia. Terletak 230 kilometer ke selatan kota Phnom Penh, Sihanoukville digambarkan bakal menggantikan Phuket, Thailand sedikit masa lagi.

    Perjalanan hampir empat jam menaiki van dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh amat memenatkan. Namun, apabila tiba di sana, terasa seperti mahu melompat kegembiraan tatkala kami melihat pemandangan pantai yang cukup indah. Laut yang membiru di depan mata segera menyuntik tenaga baru.


    AKTIVITI luncur angin di Pantai Otres.


    Tujuh pantai

    Sihanoukville yang juga digelar Kompong Som dalam bahasa Khmer menawarkan tujuh buah pantai peranginan yang mempesonakan. Seindah nama yang diberikan, Pantai Occheuteal dan Serendipity adalah yang paling popular dengan pelbagai tarikan penginapan.

    Selebihnya adalah pantai Victory, Hawaii, Independence dan Sokha serta yang paling cantik adalah Pantai Otres di bahagian paling selatan. Pelbagai aktiviti riadah pantai boleh dilakukan di situ antaranya luncur angin, luncur papan skim mahupun sekadar berkelah.

    Pengusaha perkhidmatan aktiviti tersebut, Sydney Victor, 50, yang berasal dari Paris, Perancis, menyatakan betapa dia telah jatuh cinta dengan keindahan Pantai Otres sejak berkunjung ke situ empat tahun lalu.

    "Saya mengambil keputusan untuk berpindah lalu berkahwin dengan orang tempatan. Kesesuaian tiupan anginnya yang sederhana memang menjadi kegilaan komuniti sukan luncur angin seperti saya. Sejak tiga tahun lalu, saya bangunkan perniagaan ini untuk memeriahkan lagi suasana di Otres," ujarnya.

    Berlainan pula dengan warga Britain yang berasal dari Manchester, Nicholas Thomas, 32, yang kini bekerja di Resort The Cove Beach and Bungalows di Pantai Serendipity tempat kami menginap.

    Walaupun baru hampir setahun berada di situ, dia banyak mengetahui tentang latar belakang Sihanoukville. Sebut sahaja aktiviti yang ingin dilakukan, dengan mudah dia mencadangkan atur cara percutian seperti yang diimpikan.

    "Terdapat beberapa pulau indah di perairan ini. Antaranya Koh Chru Loh, Koh Tres dan Koh Russei atau Pulau Bamboo yang sering menjadi pilihan pelancong Barat untuk berjemur di pantainya selain mengikuti aktiviti snorkeling.

    "Perjalanan dari satu pulau ke pulau tersebut hanya mengambil masa kurang satu jam dari Pantai Serendipity dengan menaiki bot pelancong yang kelihatan seperti bot nelayan," terangnya.

    Taman Negara

    Sihanoukville bukan sahaja menjanjikan pantai yang indah sebagai tempat rekreasinya. Jika inginkan aktiviti hutan bolehlah berkunjung ke Taman Negara Ream yang terletak 18 kilometer dari Pekan Sihanoukville. Taman seluas 21 hektar itu dihiasi landskap semula jadi hutan tropika, sungai pokok bakau dan juga pasir pantai memutih yang belum tercemar.

    Lebih menarik, jika pelancong memilih untuk bermalam dalam perkampungan di taman negara itu, mereka bakal dihidangkan dengan keenakan makanan tempatan.


    BANYAK barangan keperluan harian dan cenderamata boleh dibeli di Phsar Leau.


    Kalau mahu membeli-belah, pasar Phsar Leu yang terletak di tengah-tengah Pekan Sihanouk juga menawarkan pelbagai cenderamata untuk dibawa pulang. Daripada pelbagai reka bentuk baju T, kain tenun Kemboja sehinggalah kepada barangan dekorasi rumah, semuanya boleh dibeli pada harga berpatutan.

    Bukan sahaja barangan tekstil, Phsar Leu turut menjadi pusat bagi para petani domestik memasarkan hasil tanaman mereka. Kalau membeli-belah merupakan kegemaran anda, cuba luangkan lebih masa di situ kerana boleh rambang mata dibuatnya!

    Satu lagi pilihan untuk yang suka berbelanja adalah The Starfish Center di kawasan berdekatan kerana menawarkan seleksi kraf tangan berkualiti. Hasil jualannya akan disalurkan sepenuhnya kepada badan amal Starfish Kemboja yang memperjuangkan nasib kanak-kanak dan golongan kurang bernasib baik.

    Memang banyak warna kehidupan di Sihanoukville yang berpopulasi 13,000 orang itu. Aliran Sungai Mekong yang menyuburkan tanahnya menjadikan pertanian sebagai kegiatan ekonomi utama mereka. Kerancakannya seiring perkembangan pesat sektor pelancongan.

    Musim hujan yang lazimnya tiba setiap penghujung Ogos hingga awal Oktober akan mengairi sungai-sungai yang kering lalu menjadikan lembah tersebut kembali subur menghijau.

    Bagi pelancong asing, mata wang dolar Amerika adalah tukaran yang paling diterima pakai jika ingin melakukan urusan jual beli. Nilai AS$1 adalah bersamaan dengan 4,000 Riel.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Hati

    Posted: 25 Feb 2011 08:26 PM PST

    Harian Metro: Hati


    Fokus wanita gemar kasut tumit tinggi, baji

    Posted: 25 Feb 2011 07:14 AM PST

    WALAUPUN usia masih muda dan bakal bergelar jurutera perisian, ia tidak mematahkan semangatnya untuk menceburi bidang rekaan kasut.

    Bagi Nur Ayuni Mohd Azri, 21, minat untuk mengetengahkan idea dalam rekaan kasut bermula apabila mendapat pelbagai maklum balas daripada pelanggan yang selama ini mendapatkan koleksi aksesori berkenaan di laman sosial, Facebook.


    Gadis manis yang sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur itu berkata, perniagaan secara dalam talian menggunakan jenama You, Me and Shoes (YMS) sudah bertapak selama dua tahun dalam kalangan penggemar setianya.

    Kebanyakan kasut yang disediakan adalah untuk gaya kasual dan ranggi menggunakan bahan jenis kulit kerana ia tahan lebih lama.


    Katanya, jika sebelum ini dia hanya menjadi pengedar kepada kasut yang diperoleh dari luar negara, kini mula menempa nama secara tersendiri dengan koleksi pilihan kasut direkanya.


    "Kebanyakan pelanggan di laman Facebook saya bersungut mengenai saiz kasut yang disediakan kerana ada kalanya tidak padan dengan saiz kaki mereka sama ada terlalu kecil atau besar.

    "Malah, mereka juga berasa bimbang dengan penggunaan kulit babi sebagai bahan utama pada kasut yang dibekalkan kerana agak sukar untuk membezakannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Dutamas Seroja 1, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


    Oleh itu, untuk memuaskan hati pelanggan yang selama ini sentiasa menyokong, Nur Ayuni mula mencipta rekaan kasutnya yang tersendiri dan ia 100 peratus dibuat di Malaysia menggunakan bahan berasaskan kulit bermutu.

    Menurutnya, dia banyak menitikberatkan gaya bagi wanita yang gemarkan pemakaian kasut bertumit tinggi dan kasut baji untuk tampil langsing.


    Bagaimanapun, pelanggan masih boleh memilih untuk mendapatkan bentuk dan rekaan kasut tersendiri dan hanya perlu menghantar lakaran rekaan kasut dikehendaki.


    "Saya banyak membuat rujukan dan pemerhatian daripada rekaan kasut pereka terkemuka dan fesyen kasut terkini. "Daripada situ, saya mendapat ilham bagi menggabungkan bentuk serta corak sedia ada demi menghasilkan bentuk baru yang lebih menawan.


    "Malah, saya cukup terhibur dan terharu kerana walaupun melakukannya secara kecil-kecilan, ramai yang meminati rekaan yang diketengahkan ini," katanya.


    Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, warna yang biasa digunakan untuk koleksi YMS adalah hitam kerana ia lebih mudah disesuaikan serta dipadankan dengan busana yang digayakan.


    "Tetapi saya juga tidak menolak penggunaan bahan berwarna terang serta bermotif bunga-bungaan bagi menampakkan kelainan dalam rekaan kasut.


    "Selain kasut tumit tinggi dan kasut baji, saya juga mengeluarkan kasut tapak rata untuk pilihan mereka yang inginkan keselesaan di bahagian kaki," katanya.


    Pada masa sama katanya, dia amat menitikberatkan pelajaran kerana kedua-duanya sama penting dan perlu direalisasikan secara seimbang.


    "Saya bersyukur kerana keluarga amat menyokong dengan apa yang dilakukan dan memberikan kebebasan untuk meneruskan minat, tetapi paling penting pengajian perlu dihabiskan dengan cemerlang.


    "Untuk itu, saya perlu fokus dan melakukan yang terbaik untuk mencapai kecemerlangan dalam kedua-dua bidang dan pada saya, ia suatu cabaran yang memberangsangkan untuk dicapai," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sepadan bentuk tubuh

    Posted: 25 Feb 2011 07:10 AM PST

    PERMUKAAN yang melengkung tidak selari dengan yang rata. Begitu juga dengan bentuk badan kita.

    Bentuk badan yang mempunyai lengkungan mesti sepadan dengan tuala wanita yang mempunyai bentuk yang semuat lengkungan badan. Sentiasa memahami kebimbangan wanita mengenai kebocoran semasa haid yang menyekat pergerakan harian mereka serta tidak dapat tidur nyenyak, Sofy memperkenalkan tuala wanita yang dilengkapi dengan ciri utamanya Fit-to-Absorb Zone.


    Jenama tuala wanita berinovasi daripada teknologi Jepun ini memberi keselesaan dan keselamatan maksimum.

    Fit-to-Absorb Zone merupakan bahagian tengah tuala yang dinaikkan sedikit bagi memuatkan lengkungan badan dan membantu mempercepatkan penyerapan haid untuk mengelakkan kebocoran walaupun wanita itu bergerak.


    Tuala malam wanita Sofy terdapat dalam pelbagai saiz, daripada ukuran 28 sentimeter (sm), 35 sm dan terpanjang 41 sm yang memberi keselamatan maksimum bagi mengelakkan masalah kebocoran dan membuatkan tidur lena dengan hanya satu tuala sampai pagi.


    Sempena ulang tahun Unicharm yang ke-50, jenama terbabit melancarkan kempen bertemakan Sinar bersama Sofy (Shine with Sofy) yang menggalakkan wanita sentiasa bersinar pada setiap masa walaupun pada hari didatangi haid.

    Sehubungan dengan kempen berkenaan, Sofy menganjurkan peraduan Shine with Sofy sehingga 31 Mac. Ia membolehkan pemenangnya meraih hadiah lumayan RM65,000 berupa koleksi berlian Habib dengan setiap pembelian produk Sofy. Sempena kempen ini, jenama terbabit turut melancarkan pakej khas berupa pek berkembar Sofy Comfort Nite 28 sm 20 keping dan percuma Sofy Day Slim Wing 10 keping untuk memberikan ganjaran berganda kepada semua pelanggan. Menerusi setiap pembelian pakej khas ini, ia menambahkan peluang pengguna untuk memenangi hadiah berlian Habib dengan menyertai peraduan Let it Shine dengan mengira gambar berlian yang berada pada pakej khas ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Megabait

    Posted: 25 Feb 2011 03:11 PM PST

    Utusan Online - Megabait


    Kuasai penggunaan mod AV dan TV

    Posted:

    Kuasai penggunaan mod AV dan TV

    Kuasai penggunaan mod AV dan TV

    Oleh ABD. HALIM HADI
    rekreasi@utusan.com.my


    MOD AV dan TV boleh dikira sebagai penggunaan separa manual dan separa automatik


    BAHAGIAN pertama 'kepelbagaian mod kamera' dalam ruangan ini pada minggu lalu memperkatakan tentang asas operasi mod-mod utama pada kamera seperti mod sukan, malam, makro dan landskap.

    Selain mod-mod berkenaan, ada beberapa lagi mod yang dapat membantu rakaman gambar dilakukan dengan lebih menarik.

    Minggu ini kita melihat aturan mod yang sedikit sukar berbanding mod-mod automatik yang dibincangkan terdahulu.

    Dua daripadanya adalah mod kawalan kelajuan pengatup (TV) dan kawalan bukaan cahaya (AV).

    Kedua-dua fungsi ini boleh dikatakan sebagai kaedah separa automatik yang memberi kelebihan pengawalan separa manual yang biasa digunakan oleh jurugambar profesional dan amatur.

    Bagi yang tertanya-tanya kenapa perlu menggunakan mod separa manual sedangkan mod automatik lebih mudah digunakan. Penggunaan mod AV dan TV disediakan untuk menghasilkan gambar yang lebih menepati kehendak bersesuaian dengan keadaan yang berbeza.

    Dengan memahami kedua-dua konsep AV dan TV, anda boleh berpindah kepada mod Manual yang menjanjikan lebih kebebasan untuk anda merakam gambar (akan datang).

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Pemotoran

    Posted: 25 Feb 2011 01:30 PM PST

    Kosmo Online - Pemotoran


    Naza tubuh kolej automotif

    Posted:

    Naza tubuh kolej automotif

    Naza tubuh kolej automotif


    SM NASARUDIN (tiga dari kanan) bersalaman dengan Paul (tiga dari kiri) pada majlis menandatangani MoU menubuhkan sebuah kolej automotif.


    KUMPULAN Naza dan Help International Corporation Bhd (Help) bakal bekerjasama membangunkan sebuah kolej automotif dan pengurusan pengangkutan. Ia bertujuan meningkatkan jumlah pekerja dalam bidang tersebut di Malaysia, negara Asia Tenggara (Asia Tenggara) dan beberapa lokasi terpilih.

    Kerjasama itu dinyatakan dalam satu perjanjian memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua belah pihak pada Rabu lalu. MoU tersebut akan memberi fokus ke arah penubuhan sebuah syarikat kerjasama (JVCO) yang akan mengendalikan sebuah kolej dan menawarkan pelbagai kursus dalam pendidikan automotif.

    Pegangan saham dalam JVCO antara Kumpulan Naza dan Help ialah 50:50. JVCO akan menubuhkan tiga buah kampus untuk kolej automotif tersebut yang terletak di Lembah Klang, Gurun Kedah dan Seri Alam, Iskandar Malaysia, Johor. Semua itu dilaksanakan tempoh lima tahun.

    "Usaha sama bersama Help bakal memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Kami percaya ia akan menjadi kombinasi terbaik terhadap kekuatan masing-masing. Sebagai peneraju dalam perniagaan automotif, kami sangat memahami keperluan dan kelayakan yang diperlukan oleh industri.

    "Help memiliki rekod yang baik dalam bidang pengajian tinggi. Apabila kemampuan ini digabungkan, kami akan berada dalam posisi terbaik untuk membangunkan bakat-bakat baru demi kemajuan industri," kata Pengerusi Bersama Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

    MoU ditandatangani oleh SM Nasarudin serta Pengasas Bersama dan Presiden Help, Datuk Dr. Paul Chan. Majlis turut disaksikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI dan Pengarah Perancangan Help, Adam Chan.

    Menurut Paul, penubuhan kolej automotif merupakan pelan-pelan Help untuk menawarkan latihan teknikal dan vokasional.

    "Kolej automotif yang baru ini akan mempunyai program komprehensif dalam latihan teknikal dan teknologi. Termasuklah kejuruteraan automotif, pengangkutan dan pengurusan logistik, operasi serta kawalan kualiti serta reka bentuk kenderaan.


    NAZA mempunyai rekod cemerlang dalam dunia automotif negara.


    "Antara kursus yang lain bakal diperkenalkan ialah pengurusan sumber manusia, khidmat pelanggan, pemasaran, pengurusan eksport, kewangan dan keusahawanan. Pada masa akan datang, kursus perancangan urban dan pengangkutan bandar turut ditawarkan. Kami tidak hanya memfokus kepada kemahiran-kemahiran teknikal, malah memupuk kemahiran keusahawanan dalam industri automotif," kata Paul.

    Kelebihan usahasama itu ialah Naza sudah pun memiliki pengalaman dan kemudahan latihan. Ini bermakna kolej tersebut boleh memulakan operasinya pada tahun 2011. Help turut merancang untuk bekerjasama dengan institusi-institusi lain, selain negara-negara yang terkenal dalam bidang automotif seperti Perancis, Jerman, Jepun dan Britain.

    Para pelajar juga boleh bekerja dan menjalankan praktikal di Naza. Pihak Help juga telah berbincang dengan banyak banyak badan profesional dalam industri, mereka memberi sokongan padu dan akan bekerjasama dengan Help.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

     

    BLOG PENANG

    Copyright 2010 All Rights Reserved