Selasa, 14 Jun 2011

09 di Butterworth - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Butterworth - Google Blog Search


Tiga-puluh lima ekor tenggiling dirampas <b>di Butterworth</b> - Komunitikini

Posted: 12 Jun 2011 05:50 PM PDT

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pulau Pinang merampas 35 ekor tenggiling bernilai kira-kira RM50,000 dalam satu serbuan di Mak Mandin, Butterworth, semalam.

Dalam serbuan kira-kira 4 pagi itu, seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan ketika sedang memindahkan tenggiling berkenaan dari sebuah kereta ke sebuah kereta lain.

Ketua Unit Penguatkuasaan Perhilitan negeri Khairul Nizam Yahaya berkata tenggiling itu dipercayai cuba diseludup ke negara jiran melalui jalan darat.

Beliau berkata Perhilitan turut merampas dua buah kereta jenis Toyota Camry yang telah diubah suai di bahagian but bagi memaksimumkan kapasiti muatan bertujuan menyembunyikan reptilia itu.

"Kegiatan penyeludupan hidupan liar itu semakin menjadi-jadi dan ini adalah rampasan kedua untuk tahun ini berikutan permintaan tinggi di pasaran gelap," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lelaki itu disiasat menurut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

- Bernama

Related article

KomunitiKini

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved