Khamis, 9 Jun 2011

09 di Gelugor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Gelugor - Google Blog Search


Dazzling Beauty: Recap - Kelas Penjagaan Kulit <b>di Gelugor</b>, Penang

Posted: 24 Apr 2011 06:43 AM PDT

Apabila ada yang meminta mencuba produk Mary Kay, saya sudah berasa puas kerana misi saya membuka peluang kepada seorang lagi wanita untuk melihat potensi dirinya tercapai. Misi saya sudah tercapai walaupun tiada jualan dilakukan. Ini adalah falsafah Mary Kay sebenarnya, iaitu memperkaya kehidupan (pengalaman) wanita aka enriching women's life, bukan berapa banyak BC berjaya menjual lipstik ataupun cleanser!

Sabtu lepas saya ke Penang. Mereka pernah mendengar nama produk ini, mereka pun mengenali sanak-saudara yang pernah menjadi BC, mereka melihat kulit mereka itu bertambah cantik, namun tidak pernah tahu apa sebenarnya Mary Kay itu. Buat pertama kali, mereka belajar menempekkan pelbagai jenis krim ke wajah. Buat pertama kali mereka merasai betapa sejuknya krim itu ketika ia disapu ke kulit. Buat pertama kali melihat kulit wajah masing-masing menjadi cerah kerana lebih bersih! Mereka berasa agak dimuliakan kerana 3 orang KL sanggup datang ke tempat mereka dan berkongsi ilmu bagaimana mereka dapat memperbaiki keterampilan mereka dan peluang menjana pendapatan. Lagi satu falsafah Mary Kay berjaya kami aplikasikan iaitu "Make Each and Every Woman Feel Important!"

Siapa-siapakah wanita yang kami temui pada sesi kali ini? Dua orang makcik seusia bonda saya sendiri tetapi berminat menambah pendapatan, seorang jurujual Tesco yang menggemari kecantikan, seorang ibu beranak kecil yang menjual nasi lemak, dua beradik yang memiliki butik pengantin, beberapa mak andam, wanita muda pekerja McDonald's serta mereka yang datang dari pelbagai latar belakang.

Apabila saya melihat mereka, tidak dapat tidak, saya terkenangkan kawan-kawan saya sendiri yang sentiasa mengelak apabila saya ingin memperkenalkan Mary Kay kepada mereka. Alasan mereka, produk ini hanyalah untuk mereka yang berpangkat dan yang berduit! Ternyata ini sama sekali tidak benar. Mary Kay memberi peluang ini kepada semua wanita.

Kamu bila lagi?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved