Rabu, 8 Jun 2011

09 di kepala batas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search


Rawatan sambil lewa <b>di</b> Hospital <b>Kepala Batas</b> | Aduan Rakyat Online

Posted: 08 Jun 2011 01:26 AM PDT

Pada 31/5/2011 sepupu dan anak kakak saya yg berumur mengalami kemalangan jalanraya. Sepupu saya tidak sedarkan diri kerana mengalami kecederaan teruk. Anak kakak saya pula cedera dimuka dan mata kanannya membengkak. Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas oleh orang kampung yang kebetulan berada di sebuah kedai makan berhampiran.

Apabila mangsa yang bibawa oleh orang kampung tiba di hadapan pintu kecemasan, tiada seorang nurse ataupn doktor yang datang membantu untuk dibawa kedalam bilik kecemasan. Ada nurse yang tengok, tetapi buat macam tak nampak. Sehinggakan orang kampung yang tolong bawa mangsa terpaksa menolak masuk sendiri sepupu saya kedalam bilik kecemasan. Kemudian baru ada nurse datang membantu menolak sepupu saya. Tetapi nurse itu hanya tolak masuk kemudian tinggal begitu sahaja sepupu saya tanpa berbuat apa-apa selama lebih kurang dekat satu jam. Sehinggakan emak saudara saya iaitu ibu kepada sepupu saya yg baru tiba kehospital tersebut memarahi pihak hospital baru mereka lakukan rawatan keatas sepupu saya.

Sebelum emak saudara saya sampai, nurse dgn doktor masing-masing hanya duduk bersembang. Orang kampung yg mendukung anak kakak saya pula disuruh tunggu dihadapan meja pendafdaran. Hampir 1 jam orang kampung yang mendukung anak kakak saya mnunggu untuk diberikan rawatan kepada anak kakak saya. Sehinggakan orang kampung yang mendukung anak kakak saya itu memarahi pihak hospital baru mereka bangun untuk merawat. Apabila kakak dan abang ipar saya tiba di hospital, dia lihat anaknya mengalami kecederaan dimuka dan mata. Doktor yang merawat anak kakak saya hanya membuat pemeriksaan biasa sahaja. Doktor itu memberitahu tidak perlu membuat x-ray @ scan keatas anak kakak saya kerana kecederaannya tidak serius dan dibenarkan pulang.tetapi mata kanan anak kakak saya membengkak biru sehingga mata kanannya tidak dapat di buka.abang ipar saya yang tidak berpuas hati dengan rawatan hospital tersebut mambuat keputusan untuk membuat scan@x-ray di hospital swasta keatas anaknya.

Doktor dihospital swasta tersebut membuat scan seluruh kepala anak kakak saya dan memberitahu bahawa ada keretakan tulang di atas kening mata kanan. Apabila mengetahui berita tersebut abang ipar saya betul-betul kecewa dengan rawatan yg diberikan oleh hospital kepala batas. Mereka buat kerja sambil lewa.sampai perlu kena marah baru mereka nk lakukan rawatan. Doktor pn langsung tidak serius melakukan rawatan.dihospital kepala batas tiada seorang pun doktok pakar disana.padahal jika ada berlaku kecemasan,hospital tersebutlah yg paling berhampiran dgn kawasan kampung saya.ramai lg penduduk yg menyatakan berasa kecewa dengan rawatan yg diberikan oleh pihak hospital kepala batas.

Tujuan saya membuat aduan ini adalah untuk meminta pihak aduan rakyat supaya membantu kami penduduk kampung untuk menyatakan ketidakpuasan hati dgn rawatan yg diberikan oleh hospital tersebut kepada kami.supaya pihak yg bertanggungjawab menyelesaikan dengan segera masalah hospital tersebut.jika pihak aduan rakyat perlu menghubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah menghubungi saya 0125698616 azizul.

By: azizul

Aduan yang berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved