Khamis, 9 Jun 2011

09 di kepala batas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search


GENERASI PEJUANG BANGSA: Gambar lucah dalam masjid <b>di Kepala Batas</b> <b>...</b>

Posted: 08 Jun 2011 07:54 PM PDT







PB pernah memuatkan artikel  mengenai sidang DUN P.Pinang mungkin dibubarkan lebih awal dari PRU 13.Klik di sini 


Tenyata ia memang benar dan banyak perkara pelik sedang berlaku di P.Pinang sekarang  ini yang mana semua itu adalah skrip  untuk hadapi pilihanraya di negeri ini . Orang Melayu dan parti UMNO perlu sedaq akan perkara ini  dan ia didedahkan oleh rakan  bloggger Penang  PISAU.NET.

Berdasarkan maklumat yang diterima,black ops dan propaganda ala yahudi hasil didikan CIA (klik sini) sedang giat digerakkan.Buktinya telah berlaku di Seberang Perai Utara.

Plan untuk menjatuhkan kawasan kuat Umno di Parlimen Kepala Batas sedang giat dijalankan.Pelbagai aktiviti pakatan dijalankan di Parlimen ini sejak mereka menjadi kerajaan negeri.

Dari peringat nasional hinggalah kepada ceramah kecil ditumpukan di Kepala Batas,Konvensyen Pakatan,Ekspo Pekerja,Ceramah ceramah saban minggu di adakan disetiap ceruk kawasan parlimen ini.Dalam strategi yang dirangka oleh pakatan sejak 2009.Kawasan yang dianggap kebal seperti Parlimen Kepala Batas harus diberi tumpuan untuk melumpuhkan Umno.Maka setiap aktiviti dan ceramah harus diutamakan dikawasan ini.

Pengundi tegar BN menjadi sasaran,menurut sumber Kepala Batas harus ditumbangkan 'at all cost',begitulah kata kata Lim Guan Eng,beliau berkata jika kawasan ini tumbang maka teori domino pasti akan berlaku membabitkan kawasan DUN lain yang dikuasai Umno di seluruh Seberang Perai dan secara tidak langsung akan menyeberang ke sebelah pulau.

Baru baru ini,di Sarawak ahli PAS sendiri yang mengedarkan VCD perlakuan seks Anwar dari rumah kerumah.Kononnya untuk meraih simpati sebaliknya PAS kalah dikawasan DUN tersebut:klik sini , kemudian mereka menuduh Umno yang terlibat.

Terkini,perkara yang sama turut berlaku di Masjid At-Takwa di Taman Bertam Indah,Kepala Batas, gambar lucah diedarkan,paling memalukan dan menjijikkan mereka sanggup meletakkan gambar tersebut didalam surah yasin yang disusun rapi untuk dilihat oleh jemaah. Perkara ini jelas cuba meletakkan Umno sebagai sasaran dan sebagai pihak yang jahat .  Imej Umno mahu dihancurkan hingga sebegitu rupa.

Jika difikirkan secara logik perlukan Umno di Parlimen Kepala Batas menghancurkan reputasi dikawasan putih.Bodoh sangatkah Umno hingga mahu menjejaskan sokongan rakyat dikawasan sendiri?

Pihak yang membuat dakwaan datangnya daripada PKR dan PAS,kita patut tanya dari mana datangnya gambar lucah tersebut sedangkan masjid dibawah penguasaan mereka.Pintu dan pagar masjid juga dikunci dan dibawah kawalan mereka.Mana mungkin gambar tersebut dapat diselit didalam surah yasin tersusun rapi dalam jumlah yang banyak.

Semuanya dirancang untuk membangkitkan persepsi buruk terhadap Umno dikawasan tersebut.Percayalah selepas ini akan ada majlis anjuran pakatan mengistiharkan segerembolan ahli parti Umno akan keluar parti kononnya tidak bersetuju mengenai tindakan memasukkan gambar lucah ke dalam surah yasin.

Teori domino ini sebenarnya dirancang sebegitu rapi,agar membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Umno dan secara langsung untuk menutup mengenai kes video perlakuan seks Anwar.Kemudian bermodalkan kerja jahat ini ,kempen barang naik dan disertakan dengan momentum demo Bersih yang bakal diadakan tidak lama lagi Lim Guan Eng akan mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dalam tahun ini.

Kata kata Lim Guan Eng kepada beberapa Adun "Ini adalah sesi bergambar kita terakhir sebelum pilihanraya" ketika sesi mengambil gambar selepas perasmian Sidang DUN baru baru ini harus diambil perhatian yang serius.

Pisau melihat Umno negeri Pulau Pinang masih selesa,momentum gerak kerja masih perlahan kerana berasakan PRU13 masih lambat lagi.Sedangkan pakatan begitu laju menyediakan jentera mereka dalam keadaan bersiap sedia.

Kita tidak boleh mengambil mudah dengan perancangan yang sedang giat dilakukan oleh Pakatan. Tahukah anda Anwar ke Hong Kong ,Lim Guan Eng ke Singapura dan China untuk mendapatkan dana pilihanraya?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved