Sabtu, 16 Julai 2011

09 di Batu kawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu kawan - Google Blog Search


GENERASI PEJUANG BANGSA: Komtar diserang keling <b>Batu Kawan</b> tuntut <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2011 11:40 PM PDT



Dasyat juga la janji bulan & bintang oleh kerajaan DAP semasa berkempen di depan kaum India di Batu Kawan .  Siapa lagi kalau bukan  Prof P Ramasamy  yang mana pernah juga menipu penduduk Kg Buah Pala.


Antara janji DAP yang dikencingkan kepada  kaum India di Batu Kawan ini ialah


1)  Janji pemberian tanah dan rumah kepada 105 keluarga di Ladang Batu Kawan beserta geran


2) membina dewan orang ramai serta padang bola sepak untuk kegunaan penduduk


3) menyediakan tiga tanah kebun untuk aktiviti penternakan dan pertanian serta 1.2 hektar tanah untuk pembinaan sebuah sekolah di Ladang Batu Kawan. kLIK DI SINI 


Memang tak masuk akal betul janji tahap jingga ini kepada penduduk India di Ladang Batu Kawan . Kalau setakat janji ini pun tak boleh tunaikan , macamana la depa dok janji bulan & bintang dalam Buku Jingga. 

PULAU PINANG 15 Jun - Pada pilihan raya umum lalu, penduduk di Ladang Batu Kawan, Seberang Perai Selatan mengundi pembangkang selepas dijanjikan kebajikan serta nasib mereka akan dibela.


Namun, setelah tiga tahun kerajaan DAP Pulau Pinang mentadbir, semua janji manis itu hanya tinggal janji.
Merasakan diri mereka diperdaya demi kepentingan politik peribadi, kira-kira 100 penduduk ladang itu berhimpun di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini.


Kumpulan itu pada Mei lalu pernah melancarkan mogok lapar berhampiran Stadium Batu Kawan kerana isu sama.


Mereka berkumpul kira-kira 30 minit sambil membawa bendera berwarna hitam sebagai tanda tidak puas hati terhadap wakil rakyat DAP.


Kumpulan penduduk itu mendesak untuk berjumpa Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi menyerahkan memorandum menuntut perkara-perkara yang pernah dijanjikan oleh Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12.


Pengerusi Kuil Sri Mahamuthu Mariamman, A. Nallakumar yang mengetuai kumpulan tersebut berkata, mereka mahu berjumpa sendiri dengan Guan Eng kerana sudah tidak mempercayai Ramasamy."Kami mahu berjumpa sendiri Ketua Menteri selaku pemegang amanah rakyat.


"Kami mahu Ketua Menteri selesaikan masalah kami yang telah berlanjutan begitu lama. "Ramasamy telah berjanji untuk berbuat demikian dulu, tapi sampai sekarang tidak diendahkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan berjumpa Pembantu Pegawai Komunikasi, Pejabat Ketua Menteri, D. Bhaveneswary untuk menyerahkan memorandum berkenaan. Kumpulan tersebut kemudiannya bersurai selepas diarahkan oleh polis.


Antara isu yang dibangkitkan penduduk adalah cadangan Ramasamy untuk menyerahkan tanah perkuburan berusia lebih 200 tahun seluas enam hektar di ladang itu kepada badan tanah wakaf Hindu bagi tujuan pembangunan.


Turut dibangkitkan adalah janji untuk memberi tanah dan rumah kepada 105 keluarga di Ladang Batu Kawan beserta geran dan membina dewan orang ramai serta padang bola sepak untuk kegunaan penduduk.
Janji lain adalah menyediakan tiga tanah kebun untuk aktiviti penternakan dan pertanian serta 1.2 hektar tanah untuk pembinaan sebuah sekolah di Ladang Batu Kawan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

jokisenja.blogspot.com: Affendi mahu lupakan insiden <b>di Batu Kawan</b>

Posted: 12 May 2011 09:05 AM PDT

KUALA LUMPUR-Walaupun dibelungi rasa kecewa dengan insiden jump start di Batu Kawan, Mohd Affendi Rosli berharap dapat beraksi dengan lebih baik pada Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Terengganu pada 13 dan 14 Mei ini.

Affendi dikenakan penalti 30 saat setelah didapati melakukan kesalahan jump start pada perlumbaan akhir CP130 bulan lepas.

Penalti itu secara langsung meletakkan Affendi di kedudukan kelapan walaupun dia melintasi garisan penamat di tempat kedua.

Jika bukan kerana denda tersebut, Affendi akan berada di kedudukan teratas keseluruhan CP130 bersama-sama pendahulu ketika ini, Ahmad Fazli Sham (Pennzoil Fastrac Racing) dengan 33 mata. Kini dia berada di kedudukan keenam dengan 21 mata.

Nasib malang turut menimpa rakan sepasukannya, Azlan Shah Kamaruzaman yang turut didapati bersalah kerana kesalahan serupa. Nasib pelumba berusia 27 tahun itu bertambah malang apabila gagal menamatkan perlumbaan ekoran masalah mekanikal pada pusingan ke-13 daripada 15 pusingan perlumbaan.

"Keputusan di Pusingan 2 pasti lebih baik jika bukan kerana kesalahan teknikal saya dan Azlan lakukan. Kami tidak menyangka klac baru ini amat sensitif dan ketika kami menkar ke gear satu ia menendang dengan kuat.

"Saya hampir berputus asa selepas marshal menunjukkan isyarat kesalahan jumpstart pada pusingan 5.

"Walau bagaimanapun saya meneruskan perlumbaan kerana lebih baik jika dapat membawa pulang mata berbanding dengan tangan kosong," kata pelumba berusia 26 tahun itu.

Tambahnya lagi, "Saya sangat menyesal dengan kesilapan kerana pada waktu itu saya yakin dapat menamatkan perlumbaan di atas podium memandangkan jentera Honda saya  begitu kompetitif di Batu Kawan. Malangnya,  saya gagal menggunakan kelebihan tersebut."

Affendi bertekad untuk melupakan perkara yang telah berlalu dan kini bersedia untuk memberikan aksi terbaik di Terengganu.

"Nasib saya kurang baik pada dua pusingan sebelum ini dan saya berharap ia akan berakhir di atas podium di Terengganu. Bukan setakat jentera Honda saya berada dalam keadaan terbaik setelah pelbagai pengubahsuaian dilakukan oleh mekanik, malah perlumbaan kali ini merupakan satu perlumbaan teknikal.

Saya amat menggemarinya kerana tidak semua pelumba CP130 dapat melakukannya dengan baik," kata Juara keseluruhan Novis 2007 ini.

Ketika Fazli mendahului kedudukan keseluruhan CP130, mengekori di belakangnya ialah Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha Maju Motor Racing) di kedudukan kedua dengan 31 mata dan Mohd Zaqhwan Zaidi (Pachie Yuzy Honda Racing) ketiga dengan 26 mata.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved