Rabu, 13 Julai 2011

09 di Batu maung - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu maung - Google Blog Search


Rakyat kecewa jalan sesak menuju tapak pelupusan sampah Ampang <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2011 09:50 AM PDT

PERMATANG PAUH – Laluan di sepanjang pintu masuk ke Ampang Jajar, sesak semalam, selepas ia dibanjiri hampir 100 lori dengan muatan sampah untuk ke tapak pelupusan berkenaan.

Situasi itu turut menyebabkan laluan kedua-dua arah dari Mak Mandin ke Permatang Pauh dan Permatang Pauh ke Mak Mandin sesak hampir dua kilometer sejak awal pagi berikutan lori sampah yang keluar masuk ke sana.

Difahamkan, ia berlaku selepas laluan laut yang sebelum ini digunakan untuk mengangkut sampah dari Batu Maung ke tapak pelupusan Pulau Burong, dekat Seberang Perai Selatan (SPS) ditutup bagi memberi laluan kepada kerja memasang cerucuk Jambatan Kedua Pulau Pinang dilakukan.

Justeru, sampah dari kawasan pulau terpaksa dibawa ke Ampang Jajar untuk dimampatkan sebelum dihantar ke Pulau Burung untuk dilupuskan.

Bagaimanapun, keadaan menjadi kelam-kabut apabila lori dari pulau terpaksa menunggu lama sebelum mereka dapat membuang sampah yang dibawa, hingga ada antara mereka yang menunggu lebih lapan jam sebelum dapat pulang ke kawasan masing-masing.

Seorang pemandu lori, Awang Bakar Ibrahim, 60, ketika ditemui berkata, dia tiba ke Ampang Jajar sekitar jam 12 tengah malam semalam selepas selesai mengangkut sampah dari Teluk Kumbar bagi trip pertama sebelum berpatah balik ke Pulau Pinang kita-kira jam 3 pagi untuk trip yang kedua.

Begitu pun, menurutnya, dia yang tiba untuk trip kedua jam 5 pagi terkandas di Ampang Jajar berikutan kesesakan yang berlaku di sana.

"Bayangkan dari jam 5 pagi kami menunggu di sini hingga tengah hari kami masih belum dapat pulang ke rumah.


"Kami terkilan kerana lori Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) diberi keutamaan  untuk keluar masuk di sini, sementara lori dari pulau perlu menunggu berjam-jam. Masalah timbul apabila lori dari pulau dan seberang tiba pada masa sama," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemandu, Noordin Hashim, 48, berkata, pelbagai masalah timbul yang menjadi punca kelewatan mereka untuk membuat pusingan trip, salah satunya tong tidak cukup untuk menampung sampah yang dibawa lori dari pulau dan seberang.

"Kebiasaannya, di pulau kami boleh menghabiskan trip pertama kira-kira jam 5 pagi. Dan, kembali semula di Batu Maung pada jam 9.30 pagi untuk trip kedua. Dalam tempoh 15 minit, kira-kira jam 9.45 pagi semua kerja sudah selesai dan kami boleh pulang ke rumah.

"Berbeza dengan di Ampang Jajar, sudahla kami perlu keluar awal, hingga tengah hari masih belum dapat pulang. Malam nanti perlu keluar semula untuk bekerja, ia sudah membazir masa dan tenaga kami," katanya.

Justeru, dia berharap supaya pihak pengurusan dapat memantau keadaan itu untuk memastikan kelancaran proses pembuangan sampah di situ setiap hari.

Dalam pada itu, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu lintas dan Alam Sekitar, Chow Koon Yeow yang turun padang meninjau permasalahan itu meminta pihak syarikat yang mengendalikan tapak pelupusan itu, Eurasia Express Sdn Bhd supaya menyelesaikan masalah itu dengan segera bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Beliau dalam pada itu turut mengarahkan supaya sebahagian sampah yang dibawa dari kawasan pulau itu dihantar terus ke tapak pelupusan di Sungai Burong, sementara sebahagian lagi ke Ampang Jajar, mengikut jadual ditetapkan mulai hari ini.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya bersifat sementara dan semua sampah akan dibawa semula ke Ampang Jajar selepas pihak pengurusan menyelesaikan masalah teknikal yang dihadapi.

"Saya yakin keadaan akan pulih seperti sediakala selepas semua masalah teknikal diselesaikan.

"Bagi mengurangkan bebanan kontraktor, pihak Eurasia berjanji akan menanggung sebahagian kos berkaitan, termasuk tol dan minyak," katanya pada satu sidang media yang diadakan di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Eurasia, Kenny Yeoh meminta maaf kepada semua pihak yang terlibat di atas kesulitan yang berlaku dan memberi jaminan segalanya akan selesai selewat-lewatnya tujuh hari selepas fasa pertama kerja menaik taraf itu siap.

Menurutnya, Ampang Jajar belum bersedia menerima sampah yang dibawa dari seluruh kawasan dalam negeri ini berikutan kerja menaik taraf beberapa struktur di situ masih belum siap.

"Kita sedang dalam proses untuk menaik taraf tempat ini melalui tiga fasa. Oleh kerana laluan di Batu Maung ditutup mulai hari ini (semalam), semua sampah dari pulau terpaksa dibawa ke sini meskipun kita sebenarnya masih belum bersedia untuk menerima sampah yang jumlahnya berkali ganda dari sebelumnya hinggakan berlaku kesesakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved