Isnin, 4 Julai 2011

09 di nibong tebal - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


UMNO Sabotaj UMNO <b>Di Nibong Tebal</b>! Bila lah Nak Berubah?

Posted: 03 Jul 2011 10:37 AM PDT

Entry ni AS tak tuju kat sesapa. Tapi sama makan cili dia la rasa pedasnya. Tapi yang PASTInya perkara ini adalah benar dan dari sumber yang amat sahih. AS boleh bawak orangnya sebagai bukti.

AS nak cerita secara ringkas saja, untuk makluman UMNO Bahagian Nibong Tebal telah menganjurkan Program 'Jom Dengaq' Umi Hafilda yang berlangsung dengan jayanya dimana kehadiran sekitar 2000 orang. Namun disebalik itu, ada usaha sabotaj yang cuba dilakukan oleh pihak yang tak bertanggungjawab untuk menggagalkan program ini.

Kalau puak PKR dan PAS itu, biasalah memang kita faham dah itu tugas mereka kerana mereka takutkan kebenaran terbongkar. Sila rujuk entryAS sebelum-sebelum ini. Namun amat malang sekali adanya pihak yang tak bertanggungjawab dari orang UMNO bahagian Nibong Tebal sendiri yang cuba menggagalkan program ini.!

Caranya mudah, mereka sebarkan dari mulut ke mulut dan SMS kepada kebanyakan penduduk di sekitar Nibong Tebal terutamanya kepada kaum wanita agar jangan pergi ke program ceramah tersebut KONONNYA akan berlaku pergaduhan dan kekacauan semasa program tersebut. Mereka juga memburukkan penganjur program tersebut kononnya Program tersebut tiada permit polis dan yang lebih melucukan lagi mereka sebarkan yang Ceramah Umi Hafilda tersebut adalah dibatalkan.

Mereka seolah mahukan program rakan mereka sendiri gagal dan akan bertepuk tangan sekiranya tiada sambutan. Sudahlah tiada sebarang usaha untuk membantu, budaya 'cah keting' juga yang disukai oleh mereka yang tak bertanggungjawab ini! AS tak mau sentuh kes-kes lain lagi dalam cerita ni!

Oleh yang demikian, dari respon yang diterima, ramai yang membatalkan untuk pergi ke ceramah tersebut pada saat-saat akhir.

Amat menyedihkan lagi kalau beginilah sikap suka tikam dari belakang, sikap suka sabotaj sesama ahli dalam parti, sikap mengadu domba dan memburukkan pemimpin lain kot belakang, maka UMNO bukanlah makin kuat, maknanya makin lemah. AS yakin perkara sebegini masih banyak berlaku juga dibahagian-bahagian lain juga.

Macamana nak rampas kembali kerusi PArlimen Nibong Tebal dan kerusi DUN Sungai Bakap kembali ke tangan UMNO kalau beginilah mentaliti 'busuk hati' yang ada pada sesetengah pemimpin UMNO?

AS: Berkata benarlah walaupun pahit! Berubahlah sebelum anda semua diubah!

Pesanan dari AS untuk semua peringkat kepimpinan UMNO!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved