Sabtu, 9 Julai 2011

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi <b>...</b>

Posted: 05 Jul 2011 08:34 PM PDT

TESCO Stores (M) Sdn Bhd (Tesco) melabur kira-kira RM80 juta untuk membuka pasar raya besar terbarunya, Tesco Tanjung Pinang, di Tanjung Tokong sebagai tambahan kepada dua pasar raya sedia ada di bahagian pulau selepas Tesco Jalan Tengku Kudin dan Tesco Extra, Sungai Dua.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tjeerd Jagen berkata, pembukaan pasar raya itu dijangka dapat menjana pendapatan kepada pengusaha tempatan dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk negeri itu serta pada masa sama mampu menarik kira-kira 750,000 pelanggan untuk membeli belah di ketiga-tiga pasar raya berkenaan.


Beliau berkata, di Seberang Prai, Pulau Pinang, Tesco turut mempunyai cawangannya di Tesco Extra, Seberang Jaya dan Tesco Bukit Mertajam.

"Ini adalah rangkaian pasar raya Tesco yang ke-41 di negara ini sejak beroperasi 10 tahun lalu dengan jumlah pelaburan keseluruhan setakat ini berjumlah lebih RM4.5 bilion.


"Pasar raya baru ini mempunyai keluasan lebih 19,000 meter persegi dan lengkap dengan kemudahan medan selera, pusat permainan kanak-kanak, kedai, restoran serta menyediakan lebih 1,200 petak letak kereta," katanya selepas majlis perasmian Tesco Tanjung Pinang yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Abdul Rahman Abbas, semalam.


Tjeerd berkata, pembukaan cawangan itu turut menawarkan 60,000 produk dengan 95 peratus adalah produk tempatan dan pihaknya juga merancang untuk membuka cawangan terbaru pada masa depan.

Pada majlis itu, Tesco menyumbangkan sebanyak RM5,000 sebagai sebahagian program tanggungjawab sosial korporat kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Tokong sebagai dana aktiviti sekolah itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved