Rabu, 27 Julai 2011

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di tasek gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Tajaan Utusan Malaysia untuk 22 sekolah rendah <b>di Tasek Gelugor</b>

Posted: 24 Apr 2011 06:32 PM PDT

Tajaan Utusan Malaysia untuk 22 sekolah rendah di Tasek Gelugor

Tajaan Utusan Malaysia untuk 22 sekolah rendah di Tasek Gelugor


NOR Mohamed Yakcob (dua dari kiri) menyerahkan cek berjumlah RM27,720 kepada Mohd. Basir Abdul Rahim bagi tajaan akbar Utusan Malaysia di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.


TASEK GELUGOR 23 April - Keberkesanan sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) Utusan Malaysia membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran murid mendorong Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob menaja akhbar ini untuk diedarkan kepada murid di 22 sekolah rendah di Tasek Gelugor mulai bulan ini.

Katanya, melalui sumbangan bernilai RM27,720 itu, murid yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berpeluang memanfaatkan sisipan ADaP dalam pembelajaran mereka.

Jelas beliau, setiap sekolah akan mendapat 30 naskhah akhbar Utusan Malaysia setiap hari Rabu.

Ia melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Buluh, SK Permatang Tok Jaya, SK Sungai Dua, SK Lahar Yooi, SK Bagan Ajam, SK Permatang Binjai, SK Teluk Air Tawar, SK Taman Senangan, SK Pengkalan Jaya, SK Kampung Selamat, SK Tasek Gelugor, SK Ara Rendang, SK Pokok Sena, SK Sungai Puyu dan SK Padang Menora.

Sekolah lain yang mendapat tajaan itu adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kai Chee, SJKC Aik Keow, SJKC Li Hwa, SJKC Lee Chee dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Mayfield dan SJKT Ladang Malakoff.

"Murid boleh mendapat pelbagai kaedah serta panduan jawapan untuk berjaya dalam UPSR selepas ini.

"Ini secara tidak langsung mampu membantu mereka untuk maju dan berjaya dalam pelajaran," katanya selepas menyerahkan replika cek tajaan kepada Pengurus Kanan Pemasaran dan Pengedaran Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd. Basir Abdul Rahim di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, di sini hari ini.

Majlis penyerahan itu diadakan sempena Hari Kerjaya dan Keusahawanan Tasek Gelugor 2011 selama dua hari anjuran UMNO Bahagian Tasek Gelugor dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara.

Hadir sama Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq dan Penolong Pengurus Pemasaran Utusan Melayu (M) Berhad Wilayah Utara, Azman Mohd. Mansor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved