09 di permatang pauh - Google Blog Search |
Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri <b>di Permatang Pauh</b> - Malaysia <b>...</b> Posted: 24 Aug 2011 04:11 PM PDT You are here: Home / Dalam Negeri / Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri di Permatang Pauh KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Majlis anjuran kementerian itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari, katanya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri 10,000 tetamu, katanya. Beliau berkata, masyarakat setempat termasuk mereka yang tinggal berdekatan seperti dari kawasan utara Perak dan selatan Kedah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. "Di situ kita akan lihat senario berhari raya dalam suasana kampung yang meriah dengan harapan majlis itu akan mencerminkan sesungguhnya gagasan 1Malaysia itu terbukti dapat mengukuhkan perpaduan sesama rakyat," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya di Kompleks Sultan Abdul Samad di sini hari ini. Rais turut menyarankan agar masyarakat membuang segala bentuk perbalahan, persengketaan dan sifat saling melagakan antara satu sama lain sebagai menghargai kedatangan perayaan berkembar, 1 Syawal dan Hari Kemerdekaan hujung bulan ini. Dipetik dari Utusan Malaysia |
You are subscribed to email updates from di permatang pauh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan