Jumaat, 30 September 2011

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di tasek gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Sep 2011 03:49 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tasek gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Aug 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tasek gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Aug 2011 03:30 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tasek gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tasek gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tasek gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Tajaan Utusan Malaysia untuk 22 sekolah rendah <b>di Tasek Gelugor</b>

Posted: 24 Apr 2011 06:32 PM PDT

Tajaan Utusan Malaysia untuk 22 sekolah rendah di Tasek Gelugor

Tajaan Utusan Malaysia untuk 22 sekolah rendah di Tasek Gelugor


NOR Mohamed Yakcob (dua dari kiri) menyerahkan cek berjumlah RM27,720 kepada Mohd. Basir Abdul Rahim bagi tajaan akbar Utusan Malaysia di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.


TASEK GELUGOR 23 April - Keberkesanan sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) Utusan Malaysia membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran murid mendorong Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob menaja akhbar ini untuk diedarkan kepada murid di 22 sekolah rendah di Tasek Gelugor mulai bulan ini.

Katanya, melalui sumbangan bernilai RM27,720 itu, murid yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berpeluang memanfaatkan sisipan ADaP dalam pembelajaran mereka.

Jelas beliau, setiap sekolah akan mendapat 30 naskhah akhbar Utusan Malaysia setiap hari Rabu.

Ia melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Buluh, SK Permatang Tok Jaya, SK Sungai Dua, SK Lahar Yooi, SK Bagan Ajam, SK Permatang Binjai, SK Teluk Air Tawar, SK Taman Senangan, SK Pengkalan Jaya, SK Kampung Selamat, SK Tasek Gelugor, SK Ara Rendang, SK Pokok Sena, SK Sungai Puyu dan SK Padang Menora.

Sekolah lain yang mendapat tajaan itu adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kai Chee, SJKC Aik Keow, SJKC Li Hwa, SJKC Lee Chee dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Mayfield dan SJKT Ladang Malakoff.

"Murid boleh mendapat pelbagai kaedah serta panduan jawapan untuk berjaya dalam UPSR selepas ini.

"Ini secara tidak langsung mampu membantu mereka untuk maju dan berjaya dalam pelajaran," katanya selepas menyerahkan replika cek tajaan kepada Pengurus Kanan Pemasaran dan Pengedaran Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd. Basir Abdul Rahim di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, di sini hari ini.

Majlis penyerahan itu diadakan sempena Hari Kerjaya dan Keusahawanan Tasek Gelugor 2011 selama dua hari anjuran UMNO Bahagian Tasek Gelugor dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara.

Hadir sama Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq dan Penolong Pengurus Pemasaran Utusan Melayu (M) Berhad Wilayah Utara, Azman Mohd. Mansor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

BLOG PENANG: 09 <b>di tasek gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tasek gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jul 2011 03:23 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Malaysia Zoom » Dua sahabat bolot hadiah utama pertandingan <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2011 04:00 PM PDT

You are here: Home / Wilayah / Dua sahabat bolot hadiah utama pertandingan memancing di Tasik Darul Aman

KUBANG PASU 11 Julai – Dua sahabat dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang tidak menyangka kunjungan mereka ke Tasik Darul Aman, Jitra di sini untuk menyertai pertandingan Kaki Pancing Siri 3/2011 membuahkan hasil apabila muncul johan dan naib johan pertandingan itu.

Norsham Ismail, 40, selaku johan membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta sijil setelah berjaya menaikkan ikan tongsan seberat 7.52 kilogram pada pertandingan anjuran Toman Merah Event dengan kerjasama Darulaman Golf & Country Club itu.

Rakannya, Zaini Ilyas, 41, pula yang muncul naib johan menerima RM10,000 setelah menjinakkan ikan tongsan seberat 7.27 kilogram.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Mohd. Safri Meor, 30, yang menerima RM4,000 setelah berjaya menaikkan ikan patin seberat 4.56 kilogram.

Norsham berkata, dia tidak menyangka ikan tongsan yang berjaya dijinakkan pukul 11.46 pagi itu menjadikannya sebagai johan pertandingan tersebut.

"Saya dan rakan-rakan yang lain dari Tasek Gelugor memang selalu menyertai pertandingan memancing, tetapi ini kali pertama saya menang dalam pertandingan ini.

"Hadiah RM25,000 akan saya simpan dan saya akan belanja rakan-rakan yang turut datang mencuba nasib pada pertandingan ini," katanya selepas pertandingan itu di sini, kelmarin.

Zaini pula berkata, dia datang bersama Norsham serta rakan-rakan lain untuk memeriahkan lagi pertandingan Kaki Pancing Siri 3/2011 itu.

"Saya memang tidak pernah melepaskan peluang menyertai pertandingan kerana saya minat memancing.

"Saya anggap hadiah ini adalah rezeki anak-anak dan keluarga yang tidak pernah jemu menyokong minat saya ini," jelasnya.

Mohd. Safri berkata, dia bersyukur setelah penyertaannya membuahkan hasil kerana pertandingan itu disertai lebih 400 kaki pancing dari kawasan utara.

"Saya tinggal di Bota, Perak, dan setiap kali memasuki pertandingan ini saya akan mendapat hadiah dan penat lelah saya ke sini sangat berbaloi," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lebih 10000 rakyat hadir rumah terbuka UMNO <b>Tasek Gelugor</b> <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2011 10:55 AM PDT

TASEK GELUGOR : Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri  UMNO Bahagian Tasek Gelugor  meriah dan  menarik kehadiran 10, 000  rakyat di kawasan Tasek Gelugor pada Ahad lalu  .

Menurut  Ketua UMNO Bahagian YB Hj Shahbudin Yahya , keadaan cuaca yang baik dan hebahan program yang meluas ke Tasek Gelugor  adalah faktor kehadiran lebih 10,000 orang.

"Orang ramai datang bertali arus sejak jam 9.00 pagi  sehingga pukul 3.00 petang pun masih ramai yang berada di dewan. Makanan yang dihidangkan  mencukupi untuk semua tetamu.

Shahbudin  berkata, orang ramai yang datang ke majlis ini telah dihidangkan dengan lemang, nasi himpit, roti mee udang, nasi ayam , nasi daging , mee goreng, cendol , pasembor  dan lain-lain lagi di 55 buah gerai .

Selain masyarakat setempat yang memeriahkan majlis tersebut turut hadir adalah  TYT Tun Abd Rahman Abbas ,  Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang  Dato Zainal Abidin Osman dan  Timbalan Pengerusi  Datuk Musa Sheikh Fadzir .

memberi duit raya kepada kanak-kanak yang hadir 

selaku tuan rumah menunggu kehadiran tetamu 


barisan AJK Bahagian & Pemuda Tasek Gelugor 

kehadiran Setiausaha Politik TS Nor Mohamed Yaakob , 

YB Muhamad  Farid Bin Saad disambut Ketua Bahagian 

rakyat dari kaum Cina juga turut hadir 

ribuan rakyat sedang menjamu selera 

barisan AJK Puteri Bahagian 

kehadiran TYT disambut kepimpinan UMNO Bahagian 

Apa yang diketawakan oleh Dato Non & YB Hj Shahbudin ?

walaupun hari raya , isu-isu  politik sentiasa dibincangkan 

turut hadir Datuk Fadzill selaku Pengerusi Persatuan 

Kontraktor Melayu PP

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved