Ahad, 9 Oktober 2011

09 di jelutong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di jelutong - Google Blog Search


Rompakan RM400 Ribu <b>Di</b> Stesen Minyak Bukit <b>Jelutong</b>

Posted: 09 Oct 2011 07:24 AM PDT

Tiga lelaki, dua daripadanya menyamar dengan memakai pakaian kakitangan syarikat keselamatan melarikan wang tunai kira-kira RM400,000 dari sebuah stesen minyak di Bukit Jelutong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata ketika kejadian, dua kakitangan sebuah syarikat keselamatan membawa wang untuk dimasukkan ke dalam mesin wang automatik (ATM) di stesen minyak itu kira-kira 12 tengah hari.

"Kereta dinaiki ketiga-tiga suspek berhenti berdekatan dengan stesen minyak itu. Sebaik kakitangan syarikat keselamatan keluar dari van, dua daripada suspek mengheret mereka masuk ke dalam kereta mereka bersama-sama wang kira-kira RM400,000 dan pistol milik syarikat itu.

"Kedua-dua pengawal keselamatan itu kemudian ditinggalkan di tepi jalanberdekatan. Mereka yang tidak mengalami kecederaan kemudian membuat laporan polis kira-kira 1.20 petang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Difahamkan, polis masih mencari kenderaan yang digunakan dalam kejadian itu berikutan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di stesen minyak berkenaan tidak jelas.

Khamis lepas, kejadian hampir sama berlaku di sebuah stesen minyak di Ijok, Kuala Selangor apabila lima lelaki termasuk seorang rakyat Afrika merompak sebuah van keselamatan yang membawa wang kira-kira RM2.2 juta.

Berikutan itu, polis menahan empat pekerja syarikat kawalan keselamatan terbabit yang berusia antara 19 dan 30 tahun, kira-kira pukul 2.30 petang hari yang sama bagi membantu siasatan.

– BERNAMA

Related posts:

  1. Penemuan Mayat Bayi Di Stesen LRT
  2. Pencuri Berjubah | Memalukan Betul!
  3. Lelaki Bogel 'Orang Minyak' Ditangkap Penduduk
  4. Loji Penapisan Minyak Milik ESSO Di PD Terbakar
  5. Kontraktor Maut, Isteri Cedera | Rompakan Di Taman Seri Alam

Rompakan RM40,000 <b>Di</b> Stesen minyak Bukit <b>Jelutong</b> | My Berita

Posted: 09 Oct 2011 03:08 PM PDT

Gambar Hiasan

SHAH ALAM — Tiga lelaki, dua daripadanya menyamar dengan memakai pakaian kakitangan syarikat keselamatan melarikan wang tunai kira-kira RM400,000 dari sebuah stesen minyak di Bukit Jelutong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, ketika kejadian, dua kakitangan sebuah syarikat keselamatan membawa wang untuk dimasukkan ke dalam mesin wang automatik (ATM) di stesen minyak itu kira-kira pukul 12 tengah hari.

"Kereta dinaiki ketiga-tiga suspek berhenti berdekatan dengan stesen minyak itu. Sebaik kakitangan syarikat keselamatan keluar dari van, dua daripada suspek mengheret mereka masuk ke dalam kereta mereka bersama-sama wang kira-kira RM400,000 dan pistol milik syarikat itu.

"Kedua-dua pengawal keselamatan itu kemudian ditinggalkan di tepi jalan berdekatan. Mereka yang tidak mengalami kecederaan kemudian membuat laporan polis kira-kira pukul 1.20 petang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, polis masih mencari kenderaan yang digunakan dalam kejadian itu berikutan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di stesen minyak berkenaan tidak jelas. — Bernama

sumber

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved