Selasa, 21 Jun 2011

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


jas salleh: CAMPURTANGAN KUASA ASING- SEJARAH YANG BERULANG KEMBALI.

Posted: 21 Jun 2011 12:11 PM PDT

  1. Tanah Melayu pernah terjajah akibat persengketaan sesama sendiri di mana puak-puak yang bersengketa meminta pertolongan dan membuat Perjanjian yang di tulis dalam Bahasa Ingeris / Bahasa Belanda / Portugis.  PIhak yang menang mahupun yang kalah masing-masing gigit lidah dan jari jemari kerana tertipu dek kuasa asing. Akhirnya, Menang Sorak Kampung Tergadai dek kerana itulah mungkin timbulnya cerita rakyat LEBAI MALANG, SI LUNCAI, PAK KADUK dan PAK PANDIR.
  2. Setelah merdeka, keturunan Lebai Malang, Si Luncai, Pak Kaduk dan Pak Pandir masih ada. Sebelum merdeka, keturunan Lebai Malang tubuhkan PAS dan keturunan Pak Pandir menyertai Parti Komunis Malaya dengan nama Rejimen ke 10. Setelah merdeka, Lebai Malang terus menerus mendesak sana sini dan mula mendapat perhatian daripada kuasa asing.

  3. Tiba-tiba muncullah Si Luncai di Ceruk Tok Kun. Si Luncai ini pandai berpura-pura. Masuk ABIM, tunjuk alim. Masuk UMNO tunjuk lagak hero dan ramai juga berubah jadi Si Luncai terikutkannya. Akhirnya Si Luncai terjun dengan kes liwat nya dan salahguna kuasa masuk Sg Buloh selama 6 tahun.

  4. Ntah bagaimana boleh lepas si Luncai ini dan bermulalah episod warisan Mat Jenin nak tawan Putrajaya. Lebai Malang , Si Luncai dan Pak Kaduk pun bergabung dan ramailah menjadi Pak Pandir mengikuti mereka. Ada juga dalam UMNO terikut-ikut jadi pandir. 

  5. Sejak Si Luncai terlepas, maka kuasa-kuasa asing digunakan untuk campurtangan dalam hal-hal yang menajdi dendam kesumat Si Luncai, Lebai Malang dan Pak Kaduk kepada UMNO. Kerajaan Perancis dan Switzerland dijadikan pertaruhan. Ulama muktabar seperti Sheikh Yusuf Al Qardawi di tipu hidup-hidup. 

  6. Pengaduan yang di buat oleh Si Luncai kepada kerajaan Perancis dan Switzerland mengenai dakwaan Rasuah kapalselam Scorpene dan Balak merupakan usaha Si Luncai membawa masuk campurtangan asing ke dalam negara. Apabila usaha Si Luncai, Lebai Malang dan Pak Kaduk gagal, mereka mahu adakan BEERSHIT untuk melepaskan Si Luncai daripada kesalahan jenayah seksual meliwat seterusnya sebagai jalan pintas memenuhi angan-angan Mat Jenin menawan Putrajaya. 

Begitulah peel Si Luncai, Lebai Malang dan Pak Kaduk hendak membawa masuk Uncle Sam, Lady Liberte ke dalam urusan negara hanya kerana mereka berdendam kesumat kepada UMNO. Lalu mereka hasut anak-anak muda agar jadi pewaris Luncai, Lebai Malang dan Pak Kaduk. Terjunlah mereka dengan Mat Jeninnya. TEPUK DADA TANYA IMAN.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

09 di Batu uban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu uban - Google Blog Search


AHLI MAJLIS MPPP: Penyampaian sumbangan mangsa banjir kpg <b>batu</b> <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2011 12:08 PM PDT

21 Jun 2011 @ 9 pm .Seramai hampir 60 penduduk yang terlibat dalam banjir kilat pada 15/6/11 mendapat sumbangan bantuan sebanyak Rm100 setiap rumah.YB Raveen berkata Kerajaan PR tidak mahu membiarkan rakyat menanggung kesusahan dengan memberi sebungkus nasi kandar namun dapat merasakan kepayahan mereka.Sejumlah Rm 6000 diagihkan kepada orang kampung yg terlibat dari peruntukan Yb sendiri.Sumbangan ini di beri memandangkan terutamanya kawasan ini terlalu ketinggalan kebelakang dari segi infrastruktur jika dibandingkan kawasan lain dalam dun batu uban.
Dalam menangani isu banjir ini YB akan memastikan JPS turun padang bersama Pejabat Daerah TL dalam menyelesaikan segera masalah ini.Dalam pada itu YB Datuk Halim @ Speaker Dewan Undangan Negeri yg julung kali melawati Kpg ini agak simpati dengan situasi yang dialami oleh penduduk disini .Beliau memberi penerangan berkaitan peranan setiap peringkat kerajaan dari seorang Ahli Parlimen diperingkat Federal ,Adun di peringkat Negeri dan Ahli Majlis diperingkat Kerajaan Tempatan.Beliau mengalu-alukan bantuan kepada penduduk yg terlibat.

Hadir sama Iszuree Ibrahim Ahli Majlis Mppp,Pengerusi JKKK Hj Osman dan Ketua Caw Pas Batu Uban Hj Mejar (B) Abdullah .

Iszuree Ibrahim yang menjadi pengerusi majlis pada malam itu mengalu alukan sumbangan YB Raveentharan dan kesudian YB Dato Speaker hadir pada majlis berkenaan.Dalam kejadian banjir di Batu Uban beliau ketika itu baru sahaji habis mengadakan dialog bersama Persatuan Penduduk ,JMB, IWK dan Pemaju Sunway di Flat Taman Teluk Kumbar Sungai Batu Dun bayan Lepas ,sebaik sahaja mendapat panggilan telepon dari penduduk beliau terus turun ke kawasan banjir yang bersebelahan Dewan JKKK Batu Uban dan memantau situasi sekitar kawasan dan melapurkan kepada Penghulu kawasan dan YB Adun untuk tindakan susulan.

Iszuree yang juga Setiausaha JKKK Batu Uban memberi penerangan bahawa JKKK sebelum ini berkerja keras membantu masyarakat setempat dan juga meningkatkan taraf infrastruktur seperti pelebaran Jalan Batu Uban dipersimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah selain itu menambahkan kemudahan lampu jalan dalam memastikan setiap kawasan cerah setiap malam seperti di Padang permainan Taman Century yang gelap gulita sebelum ini ,beliau telah membelanjakan sejumlah peruntukan Ahli majlis dalam memasang 4 tiang lampu di Padang berkenaan.Selain itu JKKK Batu Uban telah pun berjaya menubuhkan Koperasi untuk memajukan masyarakat Kpg Batu Uban terutamanya yang dinamakan sebagai KOPERASI EKONOMI BATU UBAN BERHAD yang telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Negeri pada bulan April 2011 dan membuka keahlian kepada penduduk kampung sekarang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

09 di Batu maung - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu maung - Google Blog Search


N37 <b>Batu Maung</b>: Majlis Penghargaan Warga Emas KADUN <b>Batu Maung</b>

Posted: 22 Apr 2011 03:56 AM PDT

Kotakan janji! Sekali lagi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) bakal membuat bayaran RM100 kepada setiap warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang berdaftar melalui Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) bermula 23 April ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pembayaran bagi tahun 2011 akan bermula pada 23 April hingga 20 Mei 2011 (secara berperingkat-peringkat) di cawangan-cawangan Maybank terpilih seluruh negeri Pulau Pinang.

"Sehingga kini, seramai 114,668 warga emas telah mendaftarkan diri di bawah program ini.

Ini bermakna, pendaftaran kini telah mencapai 86 peratus daripada jumlah keseluruhan warga emas di seluruh negeri ini,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Cek Bantuan Kepada Sekolah-sekolah Tamil Negeri Pulau Pinang di sini kelmarin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

09 di Gelugor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Gelugor - Google Blog Search


KG TENAI AIR <b>GELUGOR</b> , GEMENCHEH: LAPORAN JKKK KAMPUNG TENAI AIR <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2011 07:01 AM PDT

01. 05. 2011 : Majlis kenduri kahwin dirumah Saudara Omar bin Othman
                     : Kenduri tahlil arwah dirumah Cikgu Atan bin Shafie ( malam )
02. 05. 2011 : AJK Biro Pendidikan mengadakan gotong-royong di Balai Masjid sebagai persiapan untuk
                      Lawatan Mini Perpustakaan
05. 05. 2011 : Lawatan Pengerusi Perpustakaan Negeri ke tapak bilik Mini Perpustakaan di Balai Masjid
05. 05. 2011 : Sepetang bersama Koperasi Kampung Tenai Air Gelugor Berhad
05. 05. 2011 : Mesyuarat kenduri-kendara dirumah Puan Hamidah Omar
06. 05. 2011 : Kenduri tahlil arwah ke 100 hari dirumah Saudara Zulbahari Paim
08. 05. 2011 : Mesyuarat Permufakatan kampung / membincangkan kedatangan Menteri Besar NS.
11. 05. 2011 : Jam 8 pagi - Taklimat Operasi Membasmi Musuh Tanaman bersama Pejabat Daerah ( Unit
                      Keselamatan ), Pegawai RELA Daerah Tampin dan Pegawai Perhilitan dihadiri seramai 20
                      orang.
11. 05. 2011 : Gotong-royong mengecat Masjid
12. 05. 2011 : Kenduri tahlil arwah dirumah Puan Hamidah Omar
12. 05. 2011 : Majlis bacaan Yassin di Masjid untuk Saudara Ibrahim Haji Ali yang sakit tenat
13. 05. 2011 : Majlis pernikahan anak  Puan Hamidah Omar selepas Zuhur
13. 05. 2011 : Majlis bacaan Yassin dirumah Haji Ali  selepas Mahgrib.
14. 05. 2011 : Majlis pertunangan anak Saudara Shafie Md Zin
15. 05. 2011 : Majlis kenduri kahwin dirumah Puan Hamidah Omar
16. 05. 2011 : Sambutan hari guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua dihadiri sama JKKK Kampung
                      Tenai. Majlis bermula pada jam 11 pagi hingga 1 tengahhari.
17. 05. 2011 : Saudara Ibrahim Haji Ali meninggal dunia kerana kanser hati dan dikebumikan di Tanah
                      Perkuburan Air Gelugor. Jabatan Kesihatan memberikan kerjasama. Tahlil arwah dilakukan
                      3 hari berturut-turut.
18. 05. 2011 : Taklimat penggalak susu getah dan baja subsidi daripada RISDA untuk TSB dibawah Projek
                      Kampung Teknologi
19. 05. 2011 : Mesyuarat jawatankuasa kerja Ceramah Perdana Sempena Sambutan Israk dan Mikraj
19. 05. 2011 : Majlis bacaan yassin dirumah Haji Hashim bin Manggis
25. 05. 2011 : Mesyuarat khas kenduri krndara Persatuan Wanita di Balairaya Tenai
27. 05. 2011 : Berkampung dirumah Haji Ibrahim Maakmor.
28. 05. 2011 : Majlis kenduri kahwin dirumah Haji Ibrahim maakmor. YB ADUN turut hadir bersama isteri.
29. 05. 2011 : Kenduri tahlil arwah dirumah Haji Nordin Manja
29. 05. 2011 : Gotong royong membersih Balairaya oleh Persatuan Belia 4B.
30. 05. 2011 : Program penyemain benih dan baja oleh Jabatan Pertanian Daerah Tampin
31. 05. 2011 : Mesyuarat khas berkaitan lawatan YAB MB yang tidak hadir kerana masa terhad. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved