Khamis, 21 Julai 2011

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 31 May 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG PENANG: 09 <b>di Ceruk Tok Kun</b> - Google Blog Search

Posted: 31 May 2011 12:00 AM PDT

Kedah Times: Kalau Kak Wan Pitam Tengok Ni Memang Tak Mengejutkan!

Posted: 31 May 2011 11:59 PM PDT

Soalan:Pak Cik orang lama di Kampung Ceruk Tok Kun Bawah ini, jadi boleh tak pak cik ceritakan di mana sebenarnya Anwar Brahim ini dilahirkan kerana ada pihak memberitahu Anwar ini bukan anak jati Jalan Kilang Ubi (JKU), Ceruk Tok Kun Bawah (CTKB), Bukit Mertajam (BM)?


Pak Chik:Boleh...boleh... Sebenarnya Anwar dilahirkan di Sungai Bakap (Seberang Perai Selatan - SPS) bukannya di Bukit Mertajam (Seberang Perai Tengah - SPT). Pada masa tu Pak Brahim bekerja di Hospital Sungai Bakap dan tinggal di sana. Mak Yan (isteri Pak Brahim) cukup kuat aktif terlibat dalam W.I. (Perkumpulan Wanita) di kawasan SPS dan juga di Pulau Pinang. Dulu bila kita sebut W.I. saja semua orang tahu. Ianya pergerakan Wanita UMNO sekarang ini.
Soalan:Baru-baru ini saya ada terbaca dalam blog Ummi Hafilda Ali yang mendakwa semasa hubungan Azmin dengan adiknya itu masih baik yang Anwar pernah memberitahu yang Wan Azizah tu sebenarnya anak orang Korea yang diambil sebagai anak angkat Wan Ismail. Dan saya ada terdengar juga yang Anwar ini bukannya anak Pak Brahim dengan Mak Yan, tetapi anak Pak Brahim dengan perempuan lain. Benarkah perkara ini Pak Cik?
Pak Chik:Wan Ismail bapa Wan Azizah tu orang Permatang Pauh dan dia pangkat besar dalam Kerajaan dulu. Dia dulu selalu kerja di luar negara. Mungkin betul Wan Azizah itu anak angkat Wan Ismail kerana kulit dan muka Wan Azizah tak sama iras dengan Wan Ismail atau isterinya. Putih lain kulitnya. Apa pun kalau nak pasti Wan Azizah tu anak betul atau anak angkat Wan Ismail kena tengok surat nikah Wan Azizah. Kalau nikah pakai wali hakim, sah lah Wan Azizah tu anak angkat Wan Ismail. 

Tentang Anwar pula banyak juga orang kata macam tu kerana kulit Anwar adalah cerah jika nak dibandingkan dengan abang-abangnya seperti Mokhtar, Rani dan Marzhuki. Kulit depa tu gelap nak ikut kulit Pak Brahim. Masa Anwar kecil pun dia berkulit cerah, comel dan berperangai lembut. Kalau kita dengar cerita orang-orang tua dulu, Anwar ini bukannya anak Pak Brahim dengan Mak Yan tetapi anak Pak Brahim dengan seorang perempuan Cina yang bekerja di Hospital Sungai Bakap semasa Pak Brahim kerja di situ dulu. Tapi, saya tak maulah tuduh-tuduh, takut tersilap plak. Apa pun zaman sekarang ni canggih sungguh, dengan guna contoh darah saja dah boleh tahu Anwar itu anak sapa dengan sapa. Apa kita panggil tu? DNA?

Soalan:Pak Cik, betulkah banyak orang kata Pak Brahim tu kawin dengan orang gajinya?
Pak Chik:(Sambil ketawa juga) Bab kawin pun hang tau juga ka? Memang benar la Pak Brahim kahwin bini nombor dua orang gajinya. Sebenarnya orang gaji ini adalah girlfriend Rani, Abang Anwar yang bercita-cita nak menjadikan orang gaji tu sebagai isterinya. Tapi, dah jodoh nak buat macam mana kan?
Soalan:Masa Anwar sekolah rendah, di sekolah mana dia belajar?
Pak Chik:Setelah Pak Brahim pindah ke Jalan Kilang Ubi, Ceruk Tok Kun bawah ni, Anwar belajar di Sekolah Stowell. Sekolah ni sekolah rendah aliran Inggeris yang letaknya bersebelahan dengan BM High School (sekolah aliran Inggeris juga), sekolah yang Pak Lah belajar dalam Form 6 dulu. Anwar apabila balik sekolah dia dihantar pula oleh Pak Brahim ke sekolah agama dekat rumah dia di Jalan Kolam (jalan menuju air terjun Bukit Mertajam Recreation Park) tu. Oleh kerana Anwar semasa umur peringkat sekolah rendah dia ni jenis lembut (orang kata lembut macam pondan) dengan kulitnya cerah dan comel bagi budak lelaki maka ramai budak-budak lelaki sebaya dengannya suka mengusiknya dengan memegang-memegang pipi dan lain-lain anggota badan dia. Biasalah kalau kehidupan di kampung budak-budak suka melawak kasar, lebih-lebih lagi kepada budak-budak berperangai lembut macam budak perempuan.

Bersambung............ Zaman Anwar bersekolah di MCKK dan benarkah aktiviti meliwat Anwar bermula di situ sebagaimana kepercayaan ramai orang???

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

09 di Batu uban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu uban - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Jun 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Jun 2011 09:13 PM PDT

21 Jun 2011 @ 9 pm .Seramai hampir 60 penduduk yang terlibat dalam banjir kilat pada 15/6/11 mendapat sumbangan bantuan sebanyak Rm100 setiap rumah.YB Raveen berkata Kerajaan PR tidak mahu membiarkan rakyat menanggung kesusahan dengan memberi sebungkus nasi kandar namun dapat merasakan kepayahan mereka.Sejumlah Rm 6000 diagihkan kepada orang kampung yg terlibat dari peruntukan Yb sendiri.Sumbangan ini di beri memandangkan terutamanya kawasan ini terlalu ketinggalan kebelakang dari segi infrastruktur jika dibandingkan kawasan lain dalam dun batu uban.
Dalam menangani isu banjir ini YB akan memastikan JPS turun padang bersama Pejabat Daerah TL dalam menyelesaikan segera masalah ini.Dalam pada itu YB Datuk Halim @ Speaker Dewan Undangan Negeri yg julung kali melawati Kpg ini agak simpati dengan situasi yang dialami oleh penduduk disini .Beliau memberi penerangan berkaitan peranan setiap peringkat kerajaan dari seorang Ahli Parlimen diperingkat Federal ,Adun di peringkat Negeri dan Ahli Majlis diperingkat Kerajaan Tempatan.Beliau mengalu-alukan bantuan kepada penduduk yg terlibat.

Hadir sama Iszuree Ibrahim Ahli Majlis Mppp,Pengerusi JKKK Hj Osman dan Ketua Caw Pas Batu Uban Hj Mejar (B) Abdullah .

Iszuree Ibrahim yang menjadi pengerusi majlis pada malam itu mengalu alukan sumbangan YB Raveentharan dan kesudian YB Dato Speaker hadir pada majlis berkenaan.Dalam kejadian banjir di Batu Uban beliau ketika itu baru sahaji habis mengadakan dialog bersama Persatuan Penduduk ,JMB, IWK dan Pemaju Sunway di Flat Taman Teluk Kumbar Sungai Batu Dun bayan Lepas ,sebaik sahaja mendapat panggilan telepon dari penduduk beliau terus turun ke kawasan banjir yang bersebelahan Dewan JKKK Batu Uban dan memantau situasi sekitar kawasan dan melapurkan kepada Penghulu kawasan dan YB Adun untuk tindakan susulan.

Iszuree yang juga Setiausaha JKKK Batu Uban memberi penerangan bahawa JKKK sebelum ini berkerja keras membantu masyarakat setempat dan juga meningkatkan taraf infrastruktur seperti pelebaran Jalan Batu Uban dipersimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah selain itu menambahkan kemudahan lampu jalan dalam memastikan setiap kawasan cerah setiap malam seperti di Padang permainan Taman Century yang gelap gulita sebelum ini ,beliau telah membelanjakan sejumlah peruntukan Ahli majlis dalam memasang 4 tiang lampu di Padang berkenaan.Selain itu JKKK Batu Uban telah pun berjaya menubuhkan Koperasi untuk memajukan masyarakat Kpg Batu Uban terutamanya yang dinamakan sebagai KOPERASI EKONOMI BATU UBAN BERHAD yang telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Negeri pada bulan April 2011 dan membuka keahlian kepada penduduk kampung sekarang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Bayan lepas</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jun 2011 03:16 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Surat Penghargaan Kepada PAS <b>Bayan Lepas</b> « ::Dewan Pemuda PAS <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2011 07:54 PM PDT

Home > Uncategorized > Surat Penghargaan Kepada PAS Bayan Lepas

Surat ucapan penghargaan dan terima kasih dari En Mansor di atas segala usaha Cikgu Asnah, penyelaras DUN Bayan Lepas yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bayan Baru di atas segala usaha beliau untuk mengatasi masalah banjir dan air melimpah di Kampung Bukit, Bayan Lepas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gorgeous Melampau!: Episod seram tak jadi <b>di</b> Kompleks Tabung Haji <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2011 06:00 PM PDT


Yong dapat tawaran melanjutkan pengajian peringkat matrikulasi UKM dalam bidang Sains.
Seronok ya amat yaww!! 
Mana taknya, result SPM makan tak cukup, tapi dapat pulak sambung belajar.
Rezeki tu..

Yong mendapat tempat pengajian di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Yong happy sebab Yong dibesarkan di Penang 12 tahun.
Kembali semula ke pulau ni, memang sangat dinanti.
Mak pun happy sebab anak dara sorang dia ni dekat dengan rumah dia. Di Sungai Petani.
Kalau belajar kat Penang, senang nak balik rumah mak bila cuti hari minggu.

Kompleks Tabung Haji ni baru je siap pembinaannya masa Yong mula2 masuk.
Katil baru, cat baru, peralatan baru, kawan baru, semangat baru.
Yang pasti, waktu tu tahu seronok je. Rasa macam dapat kebebasan.

Photobucket

Sepanjang belajar di sini, tak ada gangguan pelik2, maklumlah,
orang cakap tempat baru selalu kena kacau dek penunggu.
Tapi sepanjang Yong melilau dekat koridor bangunan pukul 2-3 pagi untuk pergi buat prep,
tak ada pulak Yong nampak kelibat pelik2 ataupun bunyi-bunyi yang menyeramkan.
Mungkin Yong bukan jenis yang peka kot?

Tapi bila hampir ke penghujung semester, makin banyak cerita2 seram yang Yong dengar.
Ada kawan Yong dari bilik lain, datang singgah guna bilik air di bilik Yong.
Keluar dari bilik air pucat lesi. Katanya dia nampak sesuatu yang menakutkan.
Yong terus bangun dan masuk bilik air.
Humm...tak nampak apa2 pun?
"Sialan elo, kamar mandi ku ngak punya apa2 barang kotor. Elo bilang apa sih?
Gue nggak ngerti...."

Kemudian dengar pulak cerita isteri kepada pengarah kolej kami
pengsan sebab menegur kelibat.
Yong tak pasti cerita ni benar atau tidak. Tapi mengikut cerita,
katanya dia nampak seperti seorang pelajar
merayau2 di ground floor pada waktu yang agak lewat.
Bila ditegur, terus budak yang disangka pelajar itu bertukar rupa.
Heeee....heeeee.....heeeEEEEE...!!!!

Ada juga cerita2 dari pengawal keselamatan bangunan.
Kata mereka, ketika berkawal di kawasan tangga,
mereka terserempak dengan langsuir.
Ada juga pelajar lelaki yang mengaku mereka nampak kelibat langsuir
di antena atas bumbung bangunan. Tak pasti juga cerita ini benar.
Mungkin sekadar untuk menakutkan pelajar perempuan.

Tapi ini episod yang Yong sendiri alami semasa
minggu2 terakhir di Kompleks Tabung Haji ni.
Esoknya dijadualkan peperiksaan Kimia.
Yong nak study lagi tapi Yong tahu tak ada gunanya.
Yong dah terlampau mengantuk.
Yong tinggalkan prep group dan terus ke bilik.
Kalau tak silap, bilik Yong bernombor 510.
Bilik paling hujung, tingkat paling atas, corner lot.

Lampu Yong biarkan terang sebab,
Yong tak nak roomates Yong masuk dan bukak tutup lampu.

Nanti tidur Yong terganggu.

Yong seorang je dalam bilik.
Semua masih sibuk dalam kelas buat last prep.

Yong letak buku kimia Yong atas meja dan terus menghenyak badan ke katil.

Yong nak tidur sangat2.

Baru nak tutup mata, Yong dengar bunyi perabot dialih-alih tempat.

Yong abaikan je.
Mungkin budak bilik sebelah mengalihkan almari atau meja.

Yong cuba tutup mata.

Tiba2 dengar bunyi helaian buku diselak2.


Yong bukak mata yang memang sedia berat sebab mengantuk.

Yong tenung buku kimia yang Yong letak atas meja.

Buku tu terselak macam berirama.

Buku diselak2...mula2 perlahan...flip-....flip-.....flip-....

lepas tu,....flipflipflipflip...

lepas tu perlahan balik, flip-...flip-.....flip-....flip-....

sambung balik dengan selakan laju.....flipflipflipflip.

Macam ada orang yang mengalihkan mukasurat buku tu,
tapi tidak ada sesiapa.

Yong tenung sampai buku itu ditutup semula sepertimana yang Yong tinggalkan tadi.

Dan buku teks itu setebal 2 inci.

Yong mengantuk sangat, jadi Yong tak peduli.

Yong terus sambung niat nak tidur.

Tapi mungkin 'benda' itu tak puas hati.

Dialih2nya almari yang sebesar almari hotel tu.
Kedepan..kebelakang.

Kalau diikutkan, andainya masa tu Yong tak mengantuk,

mungkin Yong dah melompat terjun dari katil dan berlari keluar bilik sebab takut.

Tapi mengantuk Yong lebih dari segalanya.

Yong ingat lagi apa yang Yong kata dalam hati waktu tu.

"Kalau ko nak main buku aku ke, almari ke, kain baju ke...main je lah.

Aku dah ngantuk. Nak tidor.

Jangan kacau aku, jangan buat bunyi, jangan tunjuk rupa sudah. 
Esok aku nak exam."

Zzzzzz.........(dah tak ingat apa dah time ni...lala-land)

Kengkawan MIT, Penang...korang2 takde own experience ke kat sini. 
Seingat aku, 'benda' tu duduk atas peha Kak Sakirah 
masa dia tengah duduk atas sejadah pakai telekung lagi. 
Sharmila kena 'tegur' dari luar tingkap bilik dia di tingkat 5. Korang tak kena?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

09 di seberang jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di seberang jaya - Google Blog Search


Anak Sungai Derhaka: Pasca BERSIH 2.0 : Ribuan Hadir <b>di Seberang Jaya</b>

Posted: 11 Jul 2011 12:32 PM PDT


Sabtu 09 Julai 2011, seluruh dunia telah menyaksikan kezaliman pihak Polis yang menurut arahan pentadbiran Najib dalam menangani kehendak rakyat yang mahukan satu system pilihanraya yang lebih adil seperti yang terkandung dalam memorandum BERSIH.


Lebih dari 1400 peserta Perhimpunan BERSIH 2.0 telah ditahan oleh pihak Polis dan berpuluh-puluh lagi mengalami kecederaan termasuk beberapa pemipin Pakatan Rakyat.

Namun begitu tindakan Pihak Polis yang menahan hanya pemimpin dari PAS dan PKR biarpun Lim Kit Siang berdiri didepan mata meraka jelas hanya bagi membolehkan pihak UMNO/BN menggunakan isu ini sebagai Propaganda bagi menggambarkan kepada rakyat bahawa PAS dan PKR telah diperkudakan oleh DAP dalam isu BERSIH 2.0.

Adakah kita masih bodoh untuk mempercayai Propaganda bodoh UMNO/BN?

Dua hari setelah perhimpunan BERSIH 2.0 , berlangsung pula satu sessi Penerangan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tentang isu BERSIH 2.0 ini..

Antara yang hadir memberikan ucapan adalah Tuan Haji Mohd Sabu yang berkerusi roda kerana kakinya cedera dilanggar Land Rover pihak berkuasa dan juga DS Anwar Ibrahim sendiri.

Biarpun dalam Perhimpunan BERSIH 2.0 kita telah menyaksikan apa yang dikatakan sebagai tindakan Zalim pihak berkuasa, namun kini tekanan melalui kezaliman bukanlah lagi satu perkara yang mengentarkan rakyat..

Ribuan tetap hadir bagi mendengar sendiri penjelasan dari Pemimpin – pemimpin PR tentang peristiwa BERSIH 2.0..

Saksikan ribuan yang hadir!!!







Laungan oleh Mat Sabu.."Najib Bohong..Perdana Menteri Bohong" bergema di Seberang Jaya.

"Kamu boleh melukakan lututku..tetapi kamu tidak boleh melukakan otakku.." kata Mat Sabu

Mat Sabu menyeru kepada polis agar menjaga keselamatan rakyat bukan menjaga keselamatan umno.

Mat Sabu mengingatkan peringatan Ustaz Hadi bahawa 9 Julai 2011 adalah satu permulaan..kita akan ajak rakyat turun ke jalan raya jika kerajaan dan SPR terus pekak dan tidak mahu penuhi 8 tuntutan BERSIH.

Mat Sabu cerita beliau mahu ke masjid tiba-tiba polis yang langgar beliau. Begitu kejam polis apco sanggup langgar pemimpin rakyat sendiri.

Bil air di rumah perdana menteri rm30 ribu sebulan.. "ini bukan orang yang mandi tetapi badak yang mandi.."

"Malaysia dah gila..baju kuning kena tangkap..kalau berak tahi kuning pun mungkin kena tangkap.." sindir Mat Sabu. - SharpShooter






Lagi gambar sila lihat di SINI

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.228050750560185.63373.100000657861545

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

09 di bagan ajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di bagan ajam - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 13 May 2011 12:00 AM PDT

BUTTERWORTH - Lebih 200 penduduk sekitar daerah ini termasuk anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman membantah kenyataan Exco Kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh yang mempertikaikan kewujudan Klinik 1Malaysia.

Bantahan diadakan di hadapan Klinik 1Malaysia Bagan Ajam selama 30 minit selepas solat Asar, kelmarin dan dijalankan secara aman tanpa melibatkan apa-apa kejadian yang tidak diingini.

Antara NGO terlibat adalah Penawar, Gerakan Belia 4B cawangan Bagan Ajam, Persatuan Penduduk Taman Tun Dr Awang dan Persatuan Pemuda Pencinta Damai Butterworth.

Mereka bersama penduduk yang turut disertai kanak-kanak bukan sahaja mempamerkan berbagai sepanduk meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu itu menarik balik kenyataannya malah menuduhnya tidak faham dengan kewujudan sebenar klinik berkenaan.

Penganjur demonstrasi yang juga Penyelaras Parlimen Bagan, David Chua Teik Siang berkata, mereka berkumpul untuk menyuarakan bantahan terhadap kenyataan Boon Poh mempersoalkan ketiadaan doktor bertugas di klinik itu selama ini.

"Klinik 1Malaysia diwujudkan sebagai alternatif kepada pesakit untuk menerima rawatan awal sebelum mereka dirujuk ke hospital jika penyakit mereka melarat.

"Sebagainya wakil rakyat, beliau sepatutnya lebih memahami klinik berkenaan dan tidak mempertikaikannya," katanya.

Seorang pesakit, M Parowady, 56, penduduk flat Taman Tun Dr Awang berkata, dia rasa bertuah dengan kewujudan klinik itu di kawasan perumahan selama ini kerana memudahkannya mendapatkan rawatan.

"Kami yang terdiri dari penduduk miskin sudah semestinya memilih klinik ini daripada klinik swasta untuk mengelak bayaran tinggi.

"Tambahan lagi ubat yang dibekalkan sama mutu dengan klinik lain membuatkan kami berasa selamat menggunakannya," katanya.

Pesakit kencing manis, Emilia Saidin, 30, yang menjadikan Klinik 1Malaysia di situ sebagai tempat tetap mencuci kakinya berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco berkenaan seperti merendahkan taraf klinik berkenaan.

"Rawatan yang diberikan di klinik ini sama dengan rawatan di tempat lain dan kedudukannya di lokasi berdekatan perumahan memudahkan kami mendapat perkhidmatan kesihatan.

"Jika nak ke klinik swasta di pekan, kami terpaksa mengeluarkan wang lebih dan merugikan masa serta mengalami masalah pengangkutan terutamanya bagi penduduk miskin seperti saya," katanya.

Menurut Ahli Jawatankuasa Penawar, Hamid Dalilah, 50, tindakan Boon Poh mempertikaikan ketiadaan doktor di klinik itu menunjukkan beliau tidak memahami konsep perkhidmatan kesihatan yang menjadi amalan dalam dunia perubatan selama ini.

Demonstrasi aman itu bagaimanapun berakhir sejurus selepas mereka diarah bersurai oleh anggota polis yang bertugas kerana tidak mempunyai permit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved