Rabu, 10 Ogos 2011

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Bonus Raya Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b> beri minimum RM600 <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2011 03:13 AM PDT

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

09 di Batu maung - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu maung - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu maung</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Aug 2011 04:50 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu maung</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Rakyat kecewa jalan sesak menuju tapak pelupusan sampah Ampang <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2011 09:50 AM PDT

PERMATANG PAUH – Laluan di sepanjang pintu masuk ke Ampang Jajar, sesak semalam, selepas ia dibanjiri hampir 100 lori dengan muatan sampah untuk ke tapak pelupusan berkenaan.

Situasi itu turut menyebabkan laluan kedua-dua arah dari Mak Mandin ke Permatang Pauh dan Permatang Pauh ke Mak Mandin sesak hampir dua kilometer sejak awal pagi berikutan lori sampah yang keluar masuk ke sana.

Difahamkan, ia berlaku selepas laluan laut yang sebelum ini digunakan untuk mengangkut sampah dari Batu Maung ke tapak pelupusan Pulau Burong, dekat Seberang Perai Selatan (SPS) ditutup bagi memberi laluan kepada kerja memasang cerucuk Jambatan Kedua Pulau Pinang dilakukan.

Justeru, sampah dari kawasan pulau terpaksa dibawa ke Ampang Jajar untuk dimampatkan sebelum dihantar ke Pulau Burung untuk dilupuskan.

Bagaimanapun, keadaan menjadi kelam-kabut apabila lori dari pulau terpaksa menunggu lama sebelum mereka dapat membuang sampah yang dibawa, hingga ada antara mereka yang menunggu lebih lapan jam sebelum dapat pulang ke kawasan masing-masing.

Seorang pemandu lori, Awang Bakar Ibrahim, 60, ketika ditemui berkata, dia tiba ke Ampang Jajar sekitar jam 12 tengah malam semalam selepas selesai mengangkut sampah dari Teluk Kumbar bagi trip pertama sebelum berpatah balik ke Pulau Pinang kita-kira jam 3 pagi untuk trip yang kedua.

Begitu pun, menurutnya, dia yang tiba untuk trip kedua jam 5 pagi terkandas di Ampang Jajar berikutan kesesakan yang berlaku di sana.

"Bayangkan dari jam 5 pagi kami menunggu di sini hingga tengah hari kami masih belum dapat pulang ke rumah.


"Kami terkilan kerana lori Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) diberi keutamaan  untuk keluar masuk di sini, sementara lori dari pulau perlu menunggu berjam-jam. Masalah timbul apabila lori dari pulau dan seberang tiba pada masa sama," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemandu, Noordin Hashim, 48, berkata, pelbagai masalah timbul yang menjadi punca kelewatan mereka untuk membuat pusingan trip, salah satunya tong tidak cukup untuk menampung sampah yang dibawa lori dari pulau dan seberang.

"Kebiasaannya, di pulau kami boleh menghabiskan trip pertama kira-kira jam 5 pagi. Dan, kembali semula di Batu Maung pada jam 9.30 pagi untuk trip kedua. Dalam tempoh 15 minit, kira-kira jam 9.45 pagi semua kerja sudah selesai dan kami boleh pulang ke rumah.

"Berbeza dengan di Ampang Jajar, sudahla kami perlu keluar awal, hingga tengah hari masih belum dapat pulang. Malam nanti perlu keluar semula untuk bekerja, ia sudah membazir masa dan tenaga kami," katanya.

Justeru, dia berharap supaya pihak pengurusan dapat memantau keadaan itu untuk memastikan kelancaran proses pembuangan sampah di situ setiap hari.

Dalam pada itu, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu lintas dan Alam Sekitar, Chow Koon Yeow yang turun padang meninjau permasalahan itu meminta pihak syarikat yang mengendalikan tapak pelupusan itu, Eurasia Express Sdn Bhd supaya menyelesaikan masalah itu dengan segera bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Beliau dalam pada itu turut mengarahkan supaya sebahagian sampah yang dibawa dari kawasan pulau itu dihantar terus ke tapak pelupusan di Sungai Burong, sementara sebahagian lagi ke Ampang Jajar, mengikut jadual ditetapkan mulai hari ini.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya bersifat sementara dan semua sampah akan dibawa semula ke Ampang Jajar selepas pihak pengurusan menyelesaikan masalah teknikal yang dihadapi.

"Saya yakin keadaan akan pulih seperti sediakala selepas semua masalah teknikal diselesaikan.

"Bagi mengurangkan bebanan kontraktor, pihak Eurasia berjanji akan menanggung sebahagian kos berkaitan, termasuk tol dan minyak," katanya pada satu sidang media yang diadakan di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Eurasia, Kenny Yeoh meminta maaf kepada semua pihak yang terlibat di atas kesulitan yang berlaku dan memberi jaminan segalanya akan selesai selewat-lewatnya tujuh hari selepas fasa pertama kerja menaik taraf itu siap.

Menurutnya, Ampang Jajar belum bersedia menerima sampah yang dibawa dari seluruh kawasan dalam negeri ini berikutan kerja menaik taraf beberapa struktur di situ masih belum siap.

"Kita sedang dalam proses untuk menaik taraf tempat ini melalui tiga fasa. Oleh kerana laluan di Batu Maung ditutup mulai hari ini (semalam), semua sampah dari pulau terpaksa dibawa ke sini meskipun kita sebenarnya masih belum bersedia untuk menerima sampah yang jumlahnya berkali ganda dari sebelumnya hinggakan berlaku kesesakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

09 di Batu kawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu kawan - Google Blog Search


..... NaZaPhoTos - Lens on Birds .....: Kisah Seminit <b>di Batu</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2011 12:45 AM PDT

Barred Buttonquail (Turnix suscitator) - male
Percaya atau tidak, kedua2 spesis di atas berjaya saya
rakamkan dalam masa seminit selepas parking kereta.
Itulah yg dinamakan rezeki, tambah pulak kedua2
spesis ni mmg sukar utk kita jumpa.
Pagi tadi jam 11, saya ke Batu Kawan dan terus
ke Lorong Barbet (lorong tanah yang saya dan saudara
Zo Cozy namakan memandangkan di situ terdapat
spesis Coppersmith Barbet). Dari jauh ketika memasuki
lorong itu, saya ternampak kelibat Barred Buttonquail
di tengah2 lorong tanah. saya perlahankan kereta kerana
saya tahu burung2 seperti ini pasti akan lari bila nampak kita.
Saya tahu saya tak punya masa yg banyak utk shoot spesis
ini, so saya setkan kamera sambil memandu. Dan seperti yang
saya duga, burung itu terus cuba utk larikan diri sebaik sahaja
saya stop kan kereta. Alhamdullilah, saya berjaya capture 2 keping
Dan kemudiannya..rezeki saya, ketika sedang mencari2 kelibat
burung tersebut melalui lens sigma 150-500mm,
saya terlihat pula kelibat Nightjar di celah2 semak yang
sama. Alhamdulillah, dapat juga saya rakamkan
spesis burung yang agak sukar untuk di cari
kerana warna dan habitatnya yang semak-samun.
Kedua-dua foto ni saya shoot dari dalam kereta.
Barred Buttonquail pada 380mm & Nightjar tu pada 500mm.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved