Sejak semalam saya berada di Pulau Pinang menghabiska masa meninjau beberapa potensi untuk menulis entry baru dan juga melakukan serba sedikit liputan. Sebenarnya saya terlupa yang orang ramai masih dalam mood bercuti untuk Tahun Baru Cina. Punyalah sesak jalan di sekitar Pulau Pinang. Terpaksa saya bermalam di Butterworth selepas beberapa jam mencari penginapan di George Town. Di Pulau Pinang, korang pernah pergi tak Akuarium Pulau Pinang yang diuruskan oleh Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Pulau Pinang. Kalau belum, baik korang pergi ke sana kalau ada masa.
Dengan tiket semurah RM5 untuk dewasa dan kadang-kadang mereka buat promosi RM2 untuk seorang dewasa untuk ke sana. Untuk memberi didikan berkenaan ikan kepada anak korang, memang patut korang ke sana. Apa yang menarik sebelum korang balik, korang boleh menyentuh dua ekor penyu agar yang diletakkan di dalam sebuah kolam di luar bangunan Akuarium.

Inilah antara salah seekor penyu agar yang saya maksudkan. Wajahnya yang comel dan cantik pasti akan menarik minat anak korang untuk melihatnya dengan lebih dekat lagi. Ada dua ekor penyu agar dalam kolam ini yang akan sentiasa berenang menghampiri anda kalau korang menjenguk ke dalam kolam. Kalau korang sentuh cangkerangnya perlahan-lahan tak jadi masalah buat sesiapa yang tidak pernah menyentuh penyu. Korang boleh dapatkan paket makanan palet dengan harga RM1 sebungkus dan diberi makan kepada penyu-penyu ini.

Dalam ruang akhir bangunan akuarium ini juga ada satu tangki besar yang memuatkan super besar Ikan Kerapu yang kalau korang makan seekor memang korang akan mati pecah perut sebab besar sangat. Tapi dek kerana umur ikan ini yang sudah tua ia berenang dengan kelajuan yang amat perlahan. Pastikan korang berhati-hati takut anak korang takut lak nak tengok ikan besar macam tu.

Tengoklah saiz ikan kerapu tu dengan orang yang mengambil gambar di hadapan tangkinya itu. Besar kan?? Hahaha.. Tapi untuk melihat serba sedikit tentang hal ehwal ikan ni boleh lah korang datang ke sini di Akuarium Pulau Pinang diuruskan oleh FRI di Batu Maung lokasi sebenarnya.

Teh"O"Suam : Besarnya ikan!!
nuffnang_bid = "f75b493126bcce94d087125518971d2a"; // ]]>
Tiada ulasan:
Catat Komen