Jumaat, 3 Februari 2012

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Sim For Malaysia » Archive » Kebakaran <b>di Bayan Lepas</b>

Posted: 13 Jan 2012 01:05 AM PST

Bayan Lepas: Satu Kebakaran yang melibatkan 2 buah rumah telah berlaku di  Kampung Perlis, Padang Assam, Bayan Lepas semalam 11 Januari 2012. Api mula merebak mulai 4petang. Pihak bomba Berjaya memadamkan api pada lebih kurang 30 kemudian tetapi kedua-dua rumah tersebut hangus dalam kebakaran.

img_3382.JPG

Tiada insiden kecederaan berlaku, tetapi rumah habis dibakar. Pihak bomba menghantar 10 orang anggota membantu memadam api. Sebanyak 3 buah bomba sukarela juga melibtkan diri dalam operasi. Seramai 14 mangsa terlibat, 4 orang dewasa dan 10 kanak-kanak. Difahamkan seorang wanita tua dihantar hospital kerana ketakutan (belum confirm). Mereka sekarang ditempatkan di kediaman sementara.

img_3384.JPG

Mangsa Lim Chai Guan (0124569072) berkata, api mula merebak lebih kurang 4 petang. Dia mempunyai 6 anak dan kesemua barang persekolahan telah hangus. Seorang mangsa lagi En Koh Ah Bah (0164388328) berkata isterinya mengalami kekejutan.

img_3403.JPG

Ketua Cabang Parti KEADILAN Bayan Baru YB Sim Tze Tzin bersama dengan Penyelaras DUN Bayan Lepas Cikgu Hasnah tiba di tempat kejadian kira-kira 4.45 petang. Mereka telah memberi sumbangan pendahuluan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

ADUN Pantai Jerejak YB Sim berkata, Kerajaan Negeri akan memperuntukan RM1000 setiap keluarga dari Tabung TYT sebagai bantuan pendahuluan. Beliau dan juga YB Malik akan memperuntukan RM800 daripada peruntukan KADUN untuk setiap rumah. Manakala Cikgu Asnah juga memperuntukan RM100 dana JKKK untuk membantu mangsa kebakaran. Pihak Jabatan Kebajikan juga akan memperuntukan RM500 untuk setiap keluarga. Dijangka akhirnya setiap keluarga akan mendapat RM6400 selepas segala penilaian oleh Pihak kerajaan negeri.

img_3415.JPG

YB Sim juga akan membincangkan masalah perumahan dengan pihak pemaju tanah berkenaan jika perlu.

Full content generated by Get Full RSS.

Kereta sapu <b>di</b> Lapangan Terbang Antarabangsa <b>Bayan Lepas</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2012 08:02 PM PST

Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelembagaan, maka undang-undanglah yang melindunginya, maka kami dengan ini ingin memohon kepada pihak JPJ / SPAD agar dapat menjalankan operasi membenteras kereta sapu dan ulat yang bergiat terlalu aktif dalam jumlah yang besar di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang.(LATBPP).

Keadaan sapu di LATBPP telah menjadi amat serius sehingga Teksi LATBPP dilihat terpaksa menunggu giliran selama lebih kurang 4-5 jam untuk giliran trip berikutnya. sedangkan kereta sapu beroperasi lebih kerap. Ada juga dikalangan pemandu sapu berkenaan berlaku lagak samseng dengan mengugut AJK persatuan teksi yang mengambil gambar sapu-sapu tersebut.(Untuk di salurkan ke JPJ dan SPAD).

Kebanyakan Kereta-kereta sapu ini akan muncul terutamanya apabila penerbangan dari Medan, Jakarta, Aceh dan Surabaya. Tak terkecuali penerbangan dari destinasi lain.

Antara ugutan yang diterima dari pengendali kereta sapu ini adalah untuk memukul sekira mereka jumpa di luar kawasan LATBP. Tidak tekecuali juga ugutan membunuh . Telah banyak aduan yang dibuat ke Balai Polis LATBPP tetapi kami tetap melihat kegiatan sapu-sapu tetap berleluasa malahan lebih ramai.Tumbuh seperti cendawan

Amat berbesar hati sekiranya Pihak JPJ dan SPAD dapat memberi perhatian serius dan berterusan demi membendung dan membasmi kegiatan haram tersebut Kami memohon agar tindakan atau hukuman lebih berat dapat di sabitkan kepada pemilik kereta-kereta sapu .(mungkin menyita jika perlu dan dihadapkan ke makamah) . Paling tidak disaman untuk setiap kali mereka didapati menjalankan operasi sapu tersebut. Sekiranya dalam 1 bulan 3/4 saman dikeluarkan untuk sesebuah kenderaan tersebut. Dengan sendirinya kegiatan sapu tersebut akan lenyap.

Kami pemandu-pemandu akan memberi 100% sokongan dan bantuan jika perlu dari segi maklumat-maklumat dan nombor kereta-kereta sapu berkenaan.

Mungkin Pihak JPJ/ SPAD juga dapat melakukan penyamaran-penyamaran terhadap ulat ulat dibalai ketibaan seperti keluar dari pintu ketibaan bersama beg dan terus berlagak sebagai tetamu mereka dan terus ke kereta kereta sapu berkenaan.Cara ini mungkin akan berkesan, kerana tangkapan ini akan lebih tepat.

Ribuan maaf didahulukan didalam aduan dan cadangan ini kepada pihak tuan.

Jutaan Terima kasih juga didahulukan kepada tindakan dari pihak tuan terhadap aduan ini.

By: unitindakan

Aduan yang berkaitan:

Full content generated by Get Full RSS.

Kemalangan ngeri awal pagi <b>di Bayan Lepas</b>, Pulau Pinang

Posted: 19 Oct 2011 09:10 PM PDT

Oleh: thatguy

Inilah kemalangan ngeri yang berlaku pagi tadi di hadapan kilang Plexus Phase 4, Bayan Lepas melibatkan 2buah bas, 1kereta dan 1motosikal. Tak pasti ada yang arwah atau tidak yang pasti cukup menakutkan semua orang yang ada pada masa itu.






Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved