Khamis, 23 Februari 2012

09 di Butterworth - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Butterworth - Google Blog Search


KISAH NEGERI PINANG SEBATANG: PEMBINAAN TAMAN <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 05 Dec 2011 03:04 AM PST

Penang Economic Monthly: Cadangan pembinaan taman tepi laut di Butterworth. Butterworth (bagan) merupakan hub pengangkutan kereta api, bas dan feri yang amat penting. namun apa yang dapat saya lihat ialah kawasan ini kelihatan semakin... tak terjaga. Isu ini merupakan isu lama semenjak sepuluh tahun yang lalu. 

Oleh itu, pihak berwajib tempatan seharusnya mengambil tindakan untuk membaik pulih imej Butterworth semula terutamanya di bahagian banggunan lama di tengah-tengah pekan butterworth.

Saya berharap agar pembinaan taman tepi laut ini akan menjadi pemangkin dalam membaik pulih imej Butterworth.

Tanah di Jalan Datuk Haji Ahmad di Butterworth yang mana terletaknya ibu pejabat MPSP sebolehnya dijadikan sebagai taman tepilaut tersebut. Bangunan tersebut telah dikosongkan semenjak majlis perbandaran tersebut telah berpindah ke Bandar Perda pada tahun 2006. Tanah tersebut telah diletakkan untuk dijual, tetapi tak ada pun pembelinya.

 Melalui pembangunan taman tersebut, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati kemudahan rekreasi, malah boleh menikmati pemandangan ferri dan georgetown dari taman tersebut.

Tidak jauh dari kawasan tersebut adalah terminal kontena yang beroperasi selama 24 jam sehari. Tidak jauh daripada itu adalah Penang Sentral yang bernilai RM 2 bilion, sebuah hub pengangkutan bagi kawasan utara semenanjung malaysia. Pembinaan taman yang direka dan diselenggara dengan baik seharusnya dapat meningkatkan prestasi hub pengangkutan ini dan seterusnya menaikkan imej Butterworth sebagai tempat pelancongan asing yang disegani.

Pembangunan bandar di malaysia seringkali mengabaikan kepentingan taman terutamanya di bahagian pusat bandar. Berbeza pula di bandaraya di dunia terkenal pula mempunyai taman di sekitar pusat bandar dan di kawasan perniagaan. Sebagai contoh, di New York terdapat Central-Park terkenal ti tengah-tengah bandaraya tersebut. Kuala Lumpur mempunyai taman yang berdekatan dengan menara berkembar KLCC, sebuah tempat perniagaan, pusat membeli belah dan pusat persidangan.

Cheonggyecheon  recreation space di tengah bandaraya Seoul, Korea Selatan. Pada tahun 2003, Ketua Bandar pada masa itu, Lee Myung-Bak telah mengarahkan kerja membongkar lebuhraya sepanjang 5km di tengah bandar Seoul dan membina pusat rekreasi ini dan mengiatkan semula aliran air. Disiapkan pada tahun 2005, Cheonggyecheon bukan sahaja menjadi tempat tarikan pengunjung tempatan malah menjadi tarikan kepada warga asing. Walaupun kos US$284 juta itu begitu mengejutkan, kebanyakan pemerhati bersetuju bahawa projek ini merupakan projek yang berjaya. Korea Selatan pun fikir begitu. Lee sekarang telah menjadi presiden Korea selatan.

"It is time that something concrete be done to transform the Ugly Duckling into a beautiful swan."-Goh Ban Lee is a senior research fellow at the Penang Institute.

What's this?

You are currently reading KISAH NEGERI PINANG SEBATANG: PEMBINAAN TAMAN DI BUTTERWORTH at by WAFFLE.

meta

Dua Remaja Pulau Pinang Jalani Latihan Dengan kelab Brazil <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2012 01:52 PM PST

S. Kumaahran (jersey NO.3) dan B. Sanjeet Dinesh (jersey NO.2)

Kemahiran luar biasa seorang remaja S. Kumaahran dalam bermain bola sepak telah menarik minat kelab Cruzeiro dari Brazil untuk menawarkannya sebagai pemain kelab itu.

Pemain berusia 16 tahun itu akan menjalani ujian prestasi selama dua bulan di Belo Horizonte di Brazil mulai 25 Februari ini. Beliau sebelum ini pernah mengikuti latihan sebulan dengan kelab itu di tempat yang sama pada Ogos tahun lalu.

Kumaahran berkata peluang untuk bermain dengan kelab Cruzeiro itu menjadi impiannya sejak kecil dan tidak menyangka ia menjadi kenyataan dalam hidupnya.

" Ini peluang kedua untuk saya mempelajari skil-skil hebat dari kelab Cruzeiro, mereka berlatih berbeza dan lebih cekap. Ia benar-benar mengubah persepsi saya mengenai bola sepak," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, beliau juga menaruh harapan untuk menyarung jersi kebangsaan satu hari nanti tetapi mahu beraksi dengan pasukan luar negara dahulu bagi menimba pengalaman di peringkat antarabangsa.

Beliau yang berasal dari Butterworth ditemui selepas menerima sumbangan untuk perbelanjaan di Brazil sebanyak RM2,000 daripada Presiden persatuan Persatuan Bola Sepak India Pulau Pinang (PIFA) J. Dhina.

Selain Kumaahran, seorang lagi pemain bola sepak remaja B. Sanjeet Dinesh, 16, yang juga berasal di Butterworth turut menerima sumbangan berkenaan bagi menampung perbelanjaannya semasa latihan dengan kelab Cuzeiro.

" Saya tahu bahawa saya tidak akan mendapat banyak peluang seperti ini. Tetapi saya percaya pada diri saya sendiri dan saya rasa ia peluang bagi saya untuk mencontohi idola saya, Santokh Singh, di arena antarabangsa," katanya yang pertama kali dipanggil untuk berlatih dengan kelab berkenaan.

Sementara itu, Jaino Matos wakil rasmi Cruzeiro di Malaysia berkata kelab itu sangat berminat untuk membawa Kumaahran menjalani percubaan sekali lagi dan rakyat Malaysia semua harus berbangga dengan semua itu.

" Ia merupakan sebuah kelab besar dan elit, mereka pasti melihat potensi yang ada pada Kumaahran dan terbaru Sanjeet Dinesh. Terus terang kedua-dua remaja itu mempunyai potensi untuk bersinar pada masa akan datang," katanya yang juga jurulatih bola sepak Majlis Sukan Negara. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved