Jumaat, 17 Februari 2012

09 di jelutong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di jelutong - Google Blog Search


Masyarakat Bukit <b>Jelutong</b> komited tolak Syiah | ISMA Shah Alam

Posted: 17 Feb 2012 06:24 AM PST

Shah Alam, 16 February – Hampir 300 penduduk  di Bukit Jelutong tegas menolak fahaman sesat Syiah dari menular di kalangan rakyat Malaysia dengan menghadiri dan memeriahkan Ceramah "Bahaya Syiah" di Masjid Bukit Jelutong malam tadi.

Penceramah jemputan ialah Ust Mohamad Ismail, penyelidik tentang Syiah dan penularannya di Malaysia. Beliau juga adalah  Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA.

Ceramah tersebut membongkar kepalsuan dan kesesatan ajaran Syiah yang antara lainnya berpaksikan dendam dan emosi keterlaluan serta taksub melampau kelompok yang kononnya mencintai Ahlu Bait. Hakikatnya, ajaran itu telah terpesong dan sebenarnya diasaskan oleh orang Yahudi.

Ustaz Mohamad Ismail juga berkata, bukti kukuh telah didapati yang menunjukkan hakikat persekongkolan Iran dan juga Amerika, dan mereka sebenarnya berpakat dalam menentang Ahlu Sunnah. Peristiwa Revolusi Iran oleh Khomeini yang ditaja Amerika Syarikat, retorik perang antara mereka, dan konflik di Iraq jelas menunjukkan bukti persekongkolan mereka dalam melaksanakan agenda mereka.

Hakikatnya, Syiah adalah ancaman kepada umat Islam di Malaysia dan juga dunia.

Majlis Ceramah tersebut berlangsung lebih kurang sejam setengah dan diakhiri dengan jamuan kepada penduduk yang hadir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved