Jumaat, 17 Februari 2012

09 di permatang pauh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di permatang pauh - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Anwar Himpun <b>di Permatang Pauh</b> Selepas <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2012 10:56 AM PST

APA sekalipun keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin ini, pemimpin-pemimpin tertinggi dan penyokong Pakatan Rakyat akan berhimpun di Permatang Pauh pada malam berkenaan.
Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh dijangka membuat persinggahan pertamanya di Pulau Pinang pada lewat petang 9 Januari bagi menjelaskan sendiri kepada rakyat berhubung keputusan mahkamah terhadap kesnya itu.

ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tzin berkata, Anwar mahu mengulangi apa yang dilakukannya pada tahun 1998, selepas beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, iatu kembali ke Pulau Pinang untuk mengisytiharkan Deklarasi Permatang Pauh.
Anwar dilantik menjadi ahli parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil 2008, selepas  isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah presiden PKR mengosongkan kerusi itu untuk diisi beliau.
"Selepas keputusan penghakiman itu, semua pemimpin atasan Pakatan Rakyat akan berkumpul di Permatang Pauh untuk menghadiri perhimpunan besar," kata Sim kepada pemberita di Pulau Pinang.
"Jika Anwar dibebaskan, beliau akan menjelaskan keputusan itusendiri. Jika tidak (dibebaskan), pemimpin-pemimpin tertinggi masih akan hadir di Permatang Pauh untuk perhimpunan tersebut,"

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved