09 di tanjung tokong - Google Blog Search |
- Hokkien Mee <b>Tanjung Tokong</b>, Penang
- SYABAS KETUA MENTERI ! : JADIKAN <b>TANJUNG TOKONG</b> <b>...</b>
- Guan Eng kayuh Gerek dengan Najib <b>di Tanjung Tokong</b> pagi tadi...
Hokkien Mee <b>Tanjung Tokong</b>, Penang Posted: 25 Dec 2011 12:53 AM PST Pulau Pinang memang terkenal dengan makanan yang 'awesome' terutamanya masakan cina, tetapi kebanyakkan daripadanya adalah tidak halal. Namun Hokkien Mee di Astaka Tanjung Tokong berdekatan dengan Island Plaza Penang merupakan satu-satunya Hokkien Mee yang berstatus halal. Mengikut sejarah pemilik gerai ini merupakan seorang muallaf yang dan telah berniaga di sini sejak puluhan tahun. Asalnya gerai tersebut terletak di hadapan rumah lama bersebelahan Astaka dan kini telah berpindah secara tetap di Astaka tersebut untuk keselesaan pelanggan. Waktu perniagaan gerai ini adalah pada waktu tengahari sahaja iaitu di antara jam 11 pagi hingga 2 petang. Full content generated by Get Full RSS. |
SYABAS KETUA MENTERI ! : JADIKAN <b>TANJUNG TOKONG</b> <b>...</b> Posted: 26 Jan 2012 10:12 AM PST Ini adalah antara isi kandungan ucapan penggulungan yang dibuat oleh YAB Ketua Menteri PP Tuan Lim Guan Eng, menyentuh tentang isu di atas. Ia dibuat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Mesyuarat Kedua penggal keempat DUN ke 12 pada bulan Oktober 2011 : Perkara ke 50,51 dan 52 YB ADUN Permatang Pasir mencadangkan Kerajaan negeri memelihara dan membaik pulih WARISAN MELAYU dan INDIA di Pulau Pinang. Sememangnya Kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa memastikan TAPAK WARISAN Dunia UNESCO yang telah dianugerahkan kepada George Town sentiasa memelihara bangunan-bangunan warisan tidak kira sama ada ia melibatkan warisan MELAYU, INDIA MAHU PUN CINA Ini terbukti di mana Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan George Town World Heritage Incorprated(GTWHI) telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan bangunan-bangunan warisan ini terus wujud dan kekal di negeri Pulau Pinang . MALAH KERAJAAN NEGERI TELAH MEMUTUSKAN UNTUK MENGKLASIFIKASIKAN SEMULA KAMPUNG TANJUNG TOKONG KAMPUNG MELAYU YANG TERTUA DI PULAU PINANG SEBAGAI KAMPUNG WARISAN, SELEPAS STATUS INI DIGUGURKAN OLEH KERAJAAN BN DAHULU. Soalnya kerajaan negeri yang dituduh perkauman telah membuka laluan untuk menjadikan Kampung Tradisi Tg Tokong sebagai KAMPUNG WARISAN. Bolehkan Kerajaan Pusat mengarahkan UDA Holdings untuk berbuat demikian. Selama ini warisan yang difahami oleh GLC tersebut hanya galeri yang menempatkan warisan mati. Persatuan Penduduk Kampung Tg Tokong bersama penduduk yang terlibat dan NGO -NGO di PP mendesak supaya Kerajaan Pusat mengarahkan UDA Holdings menghentikan sebarang bentuk pembangunan dengan segera. Mengarahkan Kementerian Penerangan Multimedia dan Kebudayaan mewartakan sebahagian Kampung Tradisi Tg Tokong sebagai Zon Warisan Pelan pembangunan yang baru yang hendak digubal wajiblah memasukkan : a) PEMBANGUNAN WARISAN HIDUP di atas sebahagian kampung Tg Tokong. Mulakan dengan membina 30 buah rumah warisan di tanah kosong seluas 2 ekar disebelah Masjid Tg Tokong yang memang merupakan warisan asal Tg Tokong. b) Membina premis perniagaan ala Pekan Rabu dengan bangunan berrtingkat yang menempatkan para peniaga dan penjaja menjadi pusat perniagaan dan kebudayaan Melayu di P.Pinang. Daya penarik kepada industri pelancongan. c) Warisan institusi seperti Madrasah Al Taqwa mesti dikekalkan. Begitu juga dengan Persekutuan Setia Tg Tokong yang ditubuhkan pada tahun 1911 mesti dikekalkan sebagai warisan institusi. d) Kawasan selebihnya boleh dibangunan flet bertingkat bersekala tinggi 30 tingkat bagi menempatkan penduduk yang memerlukan rumah. e) Peruntukan buat permulaan RM 100 juta mesti dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat di bawah RMK 10 bagi pembangunan warisan dan mengatasi kemiskinan dalam bandar. UDA hanya perlu menyediakan tapak dan pembangunannya boleh dibuat oleh SPNB , Badan Warisan dan Koperasi tempatan. Kerjasama di antara Kerajaan Pusat dan negeri demi kesejahteraan rakyat amatlah dialukan. Penduduk mendambakan PEMBELAAN. Politik politik juga Namun nasib rakyat janganlah diperkotak katikkan dan dijadikan mangsa pembangunan. Politik matang di negara-negara demokrasi yang maju tidak sepanjang masa menganggap pembangkang sebagai musuh. Bolehkah iklim politik jernih yang membolehkan rakyat memilih yang terbaik dilaksanakan ? Full content generated by Get Full RSS. |
Guan Eng kayuh Gerek dengan Najib <b>di Tanjung Tokong</b> pagi tadi... Posted: 24 Sep 2011 11:12 PM PDT Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di tanjung tokong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen