Selasa, 7 Februari 2012

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


Malaysia Zoom » 30 pengunjung pusat hiburan diperiksa

Posted: 05 Feb 2012 03:01 PM PST

PULAU PINANG 5 Feb. – Polis memeriksa seramai 30 pengunjung pusat-pusat hiburan di sekitar Jalan Sri Bahari, Jalan Penang serta Tanjung Bungah dalam Ops Noda dan Ops Cantas malam tadi.

Dalam operasi bermula pukul 11 malam hingga 4 pagi itu, kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun dan diarah menjalani ujian air kencing mengikut Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, sebanyak 12 premis diperiksa dan diambil tindakan kerana beberapa kesalahan.

Menurutnya, seorang lelaki dan seorang perempuan ditahan di dua pusat hiburan berasingan kerana membenarkan pelanggan bawah umur memasuki premis berkenaan.

"Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 11 (3) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

"Seorang lagi lelaki ditahan dan peralatan audio video dirampas di sebuah premis kerana tiada lesen hiburan dan ia akan disiasat di bawah Seksyen 6 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998," katanya kepada pemberita di Jalan Sri Bahari di sini hari ini.

Jelasnya, seramai 70 pegawai dan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut; Balai Polis Air Itam dan Balai Polis Tanjung Tokong menyertai operasi berkenaan.

Tambah beliau, operasi tersebut diadakan bertujuan membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah dan maksiat di premis-premis hiburan di sekitar negeri ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved