Isnin, 6 Februari 2012

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


MPP Online: MENGERIKAN !!! Video Pontianak mengilai <b>di Tasek</b> <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2011 10:30 PM PST


Memang real beb!!! Mungkin inilah video penampakan Pontianak yang paling jelas serta clear di dalam negara. Bukan senang woo nak ambik video clear gila macam ni.. Salute pada tukang rakam.

Yang paling best , pontianak di Tasek Gelugor tu bukan saja pandai mengilai, tapi beliau pandai jugak berucap pasal politik..

Siap boleh berbahasa cina dan tamil lagi beb..

Tak percaya? Korang tengok sendiri je lah video penampakan Pontianak tu kat bawah ni.. Ngeri betul beb!!

Full content generated by Get Full RSS.

PRU13: Pemuda UMNO <b>Tasek Gelugor</b> perlu <b>...</b> - Utusan Online

Posted: 27 Jan 2012 07:41 AM PST

PRU13: Pemuda UMNO Tasek Gelugor perlu mantapkan strategi

PRU13: Pemuda UMNO Tasek Gelugor perlu mantapkan strategi

27/01/2012 8:05pm

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengingatkan anggota Pemuda Umno Tasek Gelugor agar membuat persiapan rapi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi membantu Barisan Nasional (BN) merampas semula Pulau Pinang daripada pembangkang.

Justeru, beliau berharap program Pemantapan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor, yang diadakan tiga hari di sini, akan mampu membangkitkan semula semangat juang peserta.

"Saya difahamkan seramai 120 anggota Pemuda menyertai program ini, yang bertujuan memberi motivasi serta semangat, selain diselitkan dengan beberapa slot mengandungi strategi untuk mempertahankan kawasan Parlimen Tasek Gelugor," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

MMI: Berita Dari <b>Tasek Gelugor</b> - Pekan Darat Bergegar!

Posted: 14 Jan 2012 09:06 PM PST


Malam tadi bertempat di Pekan Darat Tasek Gelugor hampir 1500 orang ramai hadir ke dewan UMNO Pekan Darat bagi sama-sama mengikuti intipati Pentas Pemuda Anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Rata-rata orang ramai yang hadir adalah untuk menyaksikan penceramah utama yang dibawakan khas untuk Pentas Pemuda ini iaitu YB Datuk Hj Muhamad Bin Hj Aziz Ahli Parlimen Sri Gading Johor.Kehadiran beliau bagi menjawab dan menangkis tohmahan pembangkang dilihat cukup dinantikan oleh masyarakat Tasek Gelugor.




Rakyat dilihat semakin sedar akan keprihatinan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional menerajui negara dan kehadiran serta sokongan masyarakat dari pelbagai peringkat umur membuktikan bahawa mereka mahukan perubahan dan perubahan itu adalah memastikan Pulau Pinang kembali ke pangkuan Barisan Nasional.

Program ini telah membuatkan juak-juak pembangkang panas telinga dengan hujah-hujah yang disampaikan oleh barisan penceramah yang mengambil tempat.Sekalung tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang telah berjaya dengan jayanya menganjurkan satu program yang MMI lihat sebagai pemangkin kepada proses untuk kita tamatkan riwayat pembangkang dibumi Tasek Gelugor.

Pentas dimulakan dengan Pengerusi Majlis Sdr Nashrul Hisham yang turut merupakan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor mengambil tempat.Gelanggang dibuka dengan begitu baik oleh beliau dan disusuli dengan ucapan oleh Sdr Hasbul Hazani Daud Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor sebagai pembuka bicara.




Seterusnya YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor naik ke pentas untuk memberikan ucapan serta mengalu-alukan kedatangan sahabat beliau YB Hj Muhamad Bin Hj Aziz Ahli Parlimen Sri Gading ke Tasek Gelugor.Tidak ketinggalan juga YB Tan Sri turut menyentuh berkenaan senario politik negara semasa dan kesannya kepada ekonomi negara.
Ketika ini orang ramai dibawah khemah dilihat sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mengikuti ceramah seterusnya yang akan disampaikan oleh penceramah utama program yang akhirnya pentas utama diserahkan kepada YB Hj Mohamad Hj Aziz sebagai penceramah utama.
Sdr hasbul Hazani Daud Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang ditemui sejurus berakhirnya program semalam melahirkan rasa terima kasih beliau kepada semua yang terlibat menjayakan Pentas Pemuda dan ini bukan kali terakhir.Beliau turut berkata "malam ini membuktikan bahawa rakyat semakin muak dengan sikap pembangkang yang hanya berkiblatkan pembohongan dan fitnah.Percayalah kita barisan pemuda akan pastikan pembangkang tiada tempat di bumi Tasek Gelugor ini."

Hampir kesemua yang hadir berpuas hati dengan ceramah dan penjelasan yang diberikan oleh YB Hj Muhamad Bin Hj Aziz hinggakan ada yang meminta supaya program sebegini diteruskan oleh pemuda dari masa ke semasa.


Yang pastinya Pekan Darat semalam bergegar dengan laungan Hidup UMNO ! Hidup Melayu ! ...

"Pembangkang tiada tempat dibumi Tasek Gelugor"

Paling menarik MMI dimaklumkan banyak pihak yang turut bergegar malam tadi....He3...

MMI.

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved