Ahad, 5 Februari 2012

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


SharpShooter: <b>Pulau Pinang negeri</b> pertama sediakan dana RM500 <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2012 10:23 PM PST

Pulau Pinang muncul negeri pertama memperuntukkan jumlah terbesar bagi pembinaan rumah mampu milik untuk tahun 2012.

Peruntukan sebanyak RM500 juta khusus bagi Dana Perumahan Mampu Milik itu adalah membabitkan semua kaum di negeri berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman, berkata peruntukan itu membabitkan 15,000 unit rumah mampu milik yang akan dilaksanakan di Bandar Batu Kawan.

"Ia berharga antara RM72,000 hingga RM220,000 seunit di lokasi terbabit yang berkeluasan 200 ekar. Projek ini membuktikan lagi kerajaan negeri prihatin mewujudkan institusi keluarga yang sempurna.

"Sejak mengambil-alih pentadbiran Pulau Pinang pada 2008, kerajaan negeri sudah mewujudkan lebih 1,500 unit rumah mampu milik di seluruh Pulau Pinang dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)," katanya.

Beliau, berkata ia berjaya dilaksanakan kerana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mencatatkan lebihan (surplus) dalam belanjawan negeri.

Mansor, berkata berbanding kerajaan terdahulu, kerajaan PR negeri membuktikan kecekapan pentadbiran seawal tahun pertama memerintah iaitu berjaya menjimatkan sebanyak RM88 juta daripada belanjawan negeri.

"Sebab itu kita yakin untuk mewujudkan rumah mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang yang sebelum ini sering mengeluh dan meratap nasib ekoran kebajikan mereka diketepikan pemerintah terdahulu," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mansor, berkata kerajaan PR Pulau Pinang komited menjadi negeri pertama di Malaysia berjaya membasmi kemiskinan menjelang 2015.

"Komitmen itu berdasarkan Pulau Pinang sudah berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dengan menetapkan pendapatan minimum RM600 sebulan mulai awal 2012 bagi setiap rakyat di negeri ini.

"Untuk melengkapkan pendapatan RM600 sebulan itu, ia akan disusuli dengan bantuan kebajikan lain dan diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri," katanya.

Mansor, berkata antara bantuan kebajikan yang dilaksanakan menjurus terus kepada golongan sasar seperti warga emas, anak emas dan golongan orang kelainan upaya.

"Kita mempunyai rekod pentadbiran yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Ia diakui sendiri Ketua Audit Negara.

"Jika ada suara sumbang menuduh itu dan ini, membangkitkan isu yang remeh-temeh, menimbulkan kekeliruan yang nyata, anggap saja pihak berkenaan dangkal fakta. Untuk golongan berkenaan, biarkan mereka terjun dengan labu-labunya," katanya.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Full content generated by Get Full RSS.

(JPP) <b>Pulau Pinang</b> - Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2012

Posted: 05 Feb 2012 07:56 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (JPP) bagi jawatan seperti berikut:-. 1.

KIOSK MADANI MASJID <b>NEGERI PULAU PINANG</b>

Posted: 30 Jan 2012 01:04 AM PST

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA MASJID NEGERI AKAN MELANCARKAN KIOSK MADANI BERTEMPAT DI DATARAN MADANI MASJID NEGERI PULAU PINANG BERMULA FEBRUARI 2012. MENU ISTIMEWA IALAH NASI MENDI ARAB YANG AKAN DIJUAL PADA
SETIAP HARI JUMAAT MULAI JAM 11.00 PAGI HINGGA JAM 3.00 PETANG.
5% DARIPADA KEUNTUNGAN DARI JUALAN DAN SEWA GERAI AKAN DIMASUKKAN KE TABUNG PENGIMARAHAN MASJID.
MARILAH SAMA-SAMA MENIKMATI JUADAH ISTIMEWA SAMBIL BERAMAL.
Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved