Khamis, 29 Mac 2012

09 di balik pulau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


Keluarga pengantin <b>Balik Pulau</b> malu nasi kenduri dirampas rejim <b>...</b>

Posted: 15 Mar 2012 09:05 PM PDT

Memang melampau dan zalim sungguh kerajaan regim DAP ini . Sampaikan satu periuk nasi kenduri keluarga Melayu   disapu oleh balaci  kerajaan DAP untuk dihidangkan kepada pemimpin mereka . Pergi la cari nasi di kedai nasi kandar ka ...Penang bukankah banyak nasi kandar ?

Kejadian ini berlaku di Kg Terang Balik Pulau di mana tuan rumah Md Saad Hassan mendakwa satu periuk nasi kenduri anak perempuan telah dilarikan untuk dihidangkan kepada pemimpin DAP yang membuat program Penang Green Cleaner  di kampung berkenaan .

Yang melarikan satu periuk itu adalah  Ketua Ranting PKR di kampung berkenaan yang mendapat arahan bos mereka . Memang bangsat la orang yang buat kerja gila ini hingga memalukan keluarga pengantin berkenaan kepada tetamu yang dijemput disebabkan nasi kehabisan .

Mesti bengang giler tetamu yang hadir dan keluar perkataan  maki hamun  terhadap  kerajaan DAP gara-gara tindakan biadap mereka mencuri nasi kenduri kahwin  rakyatnya  sendiri .



"Saya dan isteri terpaksa menanggung malu kepada rombongan pengantin perempuan yang tiba dari Terengganu, penduduk kampung serta jemputan," kata Md Saad Hasan, 68, mengulas tindakan seorang lelaki yang dikatakan pemimpin parti pembangkang, melarikan satu periuk nasi majlis kenduri kahwin dua anak lelakinya di Kampung Pulau Betong, di sini, 4 Mac lalu.


Menurutnya, hingga kini penduduk kampung masih bercakap mengenai kegagalannya menyediakan sajian istimewa iaitu nasi hujan panas yang sepatutnya dihidangkan untuk rombongan keluarga pengantin perempuan yang tiba dengan sebuah bas.


Md Saad berkata, dia kesal dan kecewa dengan tindakan pemimpin parti pembangkang Kampung Terang yang sanggup melarikan periuk nasi ketika majlis kenduri itu tanpa berjumpa dengannya terlebih dulu.


"Saya difahamkan, mereka mengambil nasi terbabit untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang untuk satu program anjuran kerajaan negeri di kampung ini.Mereka melarikan periuk berisi nasi itu menggunakan sebuah lori yang siap menunggu," katanya yang ditemui di sini, semalam.


Warga emas itu berkata, ketika itu dia bersama isteri dan ahli keluarga lain sibuk melayan tetamu apabila dimaklumkan tukang masak bahawa satu periuk nasi dilarikan lelaki berkenaan.


"Keadaan menjadi kelam kabut dan saya serta isteri bergegas ke dapur. Keadaan menjadi kecoh kerana tiada nasi boleh diganti untuk dihidangkan kepada tetamu.


"Ketika itu juga rombongan keluarga pengantin perempuan terdiri daripada 50 orang tiba dengan sebuah bas dan saya kecewa apabila mereka terpaksa pulang dalam keadaan lapar," katanya.


"Sikap pemimpin parti itu menunjukkan dia hanya mementingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain menyebabkan majlis kenduri yang dirancang dengan baik menjadi kelam kabut," katanya.


Menurutnya, dia kemudian bertemu dengan pemimpin berkenaan untuk meminta kepastian berhubung tindakannya melarikan periuk nasi itu.


"Ketika bertemu dengannya, dia meminta maaf dan mengakui kesalahannya kerana mendakwa nasi yang dimasak di lokasi mereka melakukan program ketika itu mentah, biarpun sudah dua kali masak.


"Dia mendakwa terpaksa mengambil nasi di rumah saya untuk memastikan program yang dilaksanakan berjalan lancar," katanya.


Md Saad yang tidak berpuas hati dan rasa dirinya dimalukan pemimpin berkenaan membuat laporan di Balai Polis Balik Pulau, kelmarin.HM




p/s : Yusmadi boleh bungkuih la  beg dan bajunya lepas ni ...orang Balik Pulau dah meluat Pakatan gara-gara nasi kenduri dicuri DAP ...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved