Isnin, 26 Mac 2012

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


Sungguhka: Siri 1 - Siapa Anwar Sebenarnya…….?

Posted: 28 Feb 2012 08:01 AM PST

Untuk aku menjawab soalan ini munkin agak sukar. Akan tetapi untuk mendapatkan jawapannya tidak sesukar itu. Jangkaan aku ramai dah tahu jawapnnya. Kali ini saja aku nak mengingatkan kembali SIAPA ANWAR SEBENARNYA…….? 
Anwar dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein adalah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. 
Semasa kecil, beliau sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.Pada tahun 1978, beliau berkahwin dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland yang kemudiannya bertugas di klinik mata di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Perkahwinannya dengan Datin Seri Azizah dikurniakan seramai 6 orang cahaya mata. Anak sulungnya, Nurul Izzah kini merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur. 
29 Mac 1982 menyertai UMNO dan bertanding di kawasan parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Penyertaannya berjaya menyekat pengaruh Yusuf Rawa, Mahfuz Omar, dan Mohamad Sabu di Pulau Pinang khususnya. 
Difahamkan Datuk Ibrahim Ali dan Tengku Razaleigh Hamzah membawa Anwar Ibrahim berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad di Seri Perdana, Kuala Lumpur. 
Dalam Pilihan raya umum 1982, Anwar mendapat 18,849 undi di kawasan parlimen Permatang Pauh. Haji Zabidi Ali (PAS) hanya 4497 undi dan Tan Ah Huat (DAP) 1825 undi. Sebelum ini termasuk Pilihan Raya Umum 1978, kawasan ini dikatakan sebagai sebuah kubu PAS. 
Aku rasa terlajak la pula cerita ni. Aku nak rewind sikit cerita ni….. 
"Haram bagi aku duduk di Malaysia kalau Nuar jadi Perdana Menteri.", sergah Pak Mat (bukan nama sebenar) mempunyai pertalian kekeluargaan yang amat rapat terutama dengan Pak Ibrahim. Tersentap kami dibuatnya. 
"Dah la tak kira tutuh depan belakang, pi sokong Yahudi pulak…….!!!!!!! Cukup kurang ajaq punya manusia. Ni la muka setan bertopengkan manusia……. Dasar bapa borek anak rintik…….". Begitu marah Pak Mat ni. "Mak Yan selalu dok menangis air mata darah tengok perangai Pak Brahim. Benda yang sama berlaku kat Wan Zizah". 
"Sabar Pak Mat……. yang berlalu biarkan berlalu…….", aku mencelah. "Mana boleh!!!. Dah lama terbuku dalam hati ni tapi tak dak sapa pun teringin nak ambik tau. Pak Mat nak cerita kat hangpa ni kot-kot hangpa dapat tulis sikit dalam komputer tu…….", ujar Pak Mat lagi. "Blog ka Pak Mat….?" , ujar aku. 
"Tak kira la apa pun……. janji spesis anak haram ni nyah di bumi Malaysia. Bukan apa Pak Mat tak mau benda yang sama barlaku kat Kamal Antartuk tu berlaku di Malaysia". Herdik Pak Mat. 
Aku tergamam mendengar penjelasan Pak Mat……. Anak Haram…….? Bapa Borek Anak Rintik…….? Air mata berdarah…….? Sulaiman Palestin…….? Tok Kailan…….? Mat Sabu.......? Posmen.......? DNA…….? Hospital Sungai Bakap…….? Amanat bebas Anwar.......?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved