Selasa, 6 Mac 2012

09 di kepala batas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search


UtaraNews: 10 ribu dijangka sertai HIMPUN <b>di Kepala Batas</b>.

Posted: 22 Jan 2012 07:30 PM PST


Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) menjangkakan lebih 10,000 orang akan menghadiri perhimpunan keempat yang dijadual diadakan di Dewan Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas pada 28 Januari ini.

Pengerusi bersama Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perhimpunan itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang anasir-anasir negatif yang cuba menggugat dan memesongkan akidah umat Islam ketika ini.

"Himpun mengumpulkan semua lapisan masyarakat beragama Islam dari segenap lapisan tanpa mengira latar belakang ekonomi dan politik, meningkatkan kesedaran mempertahankan akidah dari godaan anasir negatif," katanya pada sidang media sempena perhimpunan itu di sini, kelmarin.

"Perhimpunan ini tiada kaitan langsung dengan fahaman atau ideologi mana-mana parti politik, tujuan kita adakan perhimpunan ini hanyalah untuk mempertahankan akidah umat Islam, memberi kesedaran tentang ancaman luar dan tiada kaitan langsung dengan politik," kata beliau.

Katanya pada perhimpunan itu bekas EXCO kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali adalah antara empat penceramah akan memberikan ceramah.

Perhimpunan yang bertemakan 'Selamat Akidah' itu turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan nasyid Far-East, Mestica dan Muaz.


0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved