Isnin, 26 Mac 2012

09 di permatang pauh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Ahmad Shabery terkejut dihalang <b>di Permatang Pauh</b> | WARTA <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2012 11:10 PM PDT


BUKIT MERTAJAM – Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Chik terkejut kerana tidak menyangka akan dihalang kira-kira 100 penyokong parti pembangkang daripada menghadiri majlis pelancaran Gelombang Biru di kawasan Parlimen Permatang Pauh hari ini.

Ahmad Shabery, yang juga bapa angkat kepada Umno bahagian Permatang Pauh berkata, insiden itu menggambarkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula rasa terancam.

"Ramai yang ditahan dan dihalang daripada hadir ke majlis ini. Kenderaan yang saya naiki juga ditahan dan dihalang untuk ke sini, tetapi mujur dengan bantuan pihak polis keadaan dapat dikawal," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Gelombang Biru itu di sini.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu, Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainol Abidin Osman dan Pengerusi Gelombang Biru Parlimen Permatang Pauh Datuk Abd Jalil Abd Majid.

Ahmad Shabery berkata insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan penyokong parti pembangkang itu bertentangan dengan perjuangan kebebasan bersuara dan demokrasi yang digembar-gemburkan pembangkang dan sering menuduh anggota BN sebagai gengster.

"Hari ini kita dapat lihat warna sebenar mereka yang selalu membuat tuduhan terhadap BN dan parti komponennya, perkara ini perlu didedahkan untuk pengetahuan umum," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery menyifatkan kenyataan Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Cawangan Strategi Urat Saraf menaja 2,000 siri ceramah Datuk Dr Hasan Ali sebagai pembohongan besar.

"Saya katakan bahawa Mahfuz bohong… bohong… bohong… tipu… tipu… tipu… (kementerian) tidak pernah menaja dan mengeluarkan peruntukan sehingga RM30 juta untuk siri ceramah Hasan Ali," katanya.

Mahfuz dalam kenyataannya mendakwa Hasan, yang dipecat daripada Pas pada Januari lepas, ditugaskan untuk mendekati golongan belia dalam siri ceramahnya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak.

Pada majlis hari ini, Umno Permatang Pauh turut memberikan sumbangan 10 buah kerusi roda kepada Hospital Seberang Jaya serta menyampaikan sumbangan sebanyak RM200 setiap seorang kepada 20 pelajar cemerlang yang kini sedang menuntut di
Institut Pengajian Tinggi (IPT).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved