Sabtu, 31 Mac 2012

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


Penduduk mahu UDA kekalkan tradisi Kg Tg <b>Tokong</b> <b>...</b>

Posted: 29 Feb 2012 08:34 AM PST

Penduduk kampung Tanjung Tokong di sini mahukan elemen tradisi dikekalkan di bawah pelan pembangunan kampung itu supaya masyarakat Melayu berusia lebih 100 tahun di situ tidak hilang ditelan arus permodenan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Tanjung Tokong, Salleh Yahaya berkata, Uda Holdings, syarikat korporat yang membangunkan kampung itu perlu menghormati keputusan kerajaan negeri yang telah mengisytiharkan kawasan Tanjung Tokong sebagai kampung warisan.

"Sesudah pengumuman dibuat, pembangunan yang dilaksanakan haruslah bercorak warisan termasuk mengekalkan madrasah Al-Taqwa, warisan Persekutuan Setia Tanjung Tokong dan memelihara rumah-rumah yang masih punya seni bina tradisional," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Salleh berkata, warisan yang dimaksudkan tidak semestinya seperti muzium atau galeri tetapi sebuah perkampungan dengan masyarakatnya yang aktif.

Beliau berkata, dasar pembangunan yang rakus menerusi pemilikan tanah hanya memihak kepada syarikat korporat yang membolehkan pihak swasta menjalankan projek mencari keuntungan tanpa menghiraukan warisan yang telah sedia wujud di situ. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved