Isnin, 26 Mac 2012

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


MMI: Toyol Mengamuk <b>Di Tasek Gelugor</b> ?

Posted: 20 Feb 2012 08:46 PM PST

Fuiyoo betul ke ni apa yang MMI dengar Toyol mengganas di Tasek Gelugor ? Hmm ni bukan main-main punya cerita ni,Orang Melayu pantang dengan benda-benda mistik macam ni mulalah perasaan seram bercampur takut akan menyelubungi seluruh masyarakat terutamanya yang berada dikawasan yang dikaitkan dengan berita tersebut.
Apatah lagi bagi mereka-mereka yang suka keluar malam berborak dan minum-minum ni,Masa nak balik tu yang menyeramkan hehehe.
Semalam Tasek Gelugor digemparkan dengan berita kononnya Toyol telah memecah masuk ke rumah Ketua Puteri UMNO Bahagian Tasek Gelugor merangkap Ketua Puteri UMNO Negeri Pulau Pinang.Fullamak lagi hebat Toyol ni bukan calang-calang ni pandai pula pilih rumah mana nak pecah masuk.Kalaulah benar,Toyol ni memang puaka betul sebab pandai cari berita untuk glamour.Mestilah bro,masuk rumah orang biasa mana nak glamour hehehe.
Namun kejadian ini telah pun mendapat maklum balas oleh pihak Polis DiRaja Malaysia yang telah mengesahkan bahawa ianya merupakan perbuatan orang-orang yang tidak bertanggungjawab.Diulang sekali lagi ORANG-ORANG bukan toyol haaa..
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias meminta orang ramai tidak membuat andaian mengatakan kes kecurian yang dialami Ketua Puteri Umno Pulau Pinang, Nur Hafizah Othman, di rumahnya di Pokok Tampang di sini, dua hari lalu angkara makhluk halus.
Zulkifli berkata, sejak kejadian itu diketahui umum banyak desas-desus didengari termasuk yang sengaja disebar oleh pihak tidak bertanggungjawab hingga membuatkan keharmonian penduduk kampung itu terjejas.
"Hasil siasatan awal di tempat kejadian kita mendapati, kes ini adalah kecurian biasa dan dilakukan oleh pencuri yang sememangnya menjadikan kegiatan ini jalan mudah memperoleh wang.
"Ia tidak sama sekali melibatkan makhluk halus atau lebih tepat disebut toyol atau orang minyak," katanya.
Dua hari lalu, rumah didiami Nur Hafizah bersama keluarganya di Pokok Tampang dimasuki pencuri mengakibatkan kerugian kira-kira RM4,000 apabila komputer riba, kamera digital, sejumlah wang tunai dan beberapa dokumen penting hilang.
Kejadian itu disedarinya sewaktu bangun untuk menunaikan solat subuh apabila mendapati biliknya berselerak dan mempunyai kesan dipecah masuk.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak membabitkan sebarang kecederaan apabila Nur Hafizah yang ketika kejadian tidur diruang tamu rumah, ibu bapa dan empat adik-beradiknya yang tidur di dalam bilik masing-masing tidak diapa-apakan.
Nur Hafizah memaklumkan mereka sekeluarga tidak menyedari masa sebenar rumah dimasuki pencuri, tetapi tidak menolak kemungkinan ia dilakukan di antara jam 3 hingga 6 pagi.
Zulkifli turut meminta orang ramai memberi masa kepada pihaknya menyelesaikan kes itu, kerana hasil siasatan membuktikan ia dilakukan oleh pencuri.
Usaha menjejaki suspek yang sudah dikenal pasti sedang giat dilaksanakan.
Fuh nasib baik tak berlaku apa-apa kepada pada Nur Hafizah kalau tidak tak tahulah.Bimbang betul MMI mendengar kejadian seperti ini berlaku bukan apa perompak dan pencuri zaman sekarang ni boleh bertindak sehingga tahap membunuh apa pun kita bersyukur semuanya selamat.Kepada Nur Hafizah dan keluarga diharapkan selepas ni berhati-hatilah.
Kepada pihak Polis burulah mereka-mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian ini.Mereka-mereka seperti ini perlu ditangkap kerana menyusahkan masyarakat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved