Rabu, 11 April 2012

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


Anwar Ibrahim ~ Budak Benteng

Posted: 11 Apr 2012 03:56 AM PDT

Ketua Pembangkang Malaysia
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Permatang Pauh

Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) adalah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, bertindak sebagai ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, di atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Di peringkat akar umbi, Datuk Seri Anwar merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.

Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat). Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, mahkamah, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku. Oleh itu beliau telah dibebaskan. Pada Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Namun pada tanggal 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas kes liwat 2 yang dihadapi oleh beliau, dan melepaskan beliau sebarang pertuduhan liwat.

Pada 26 Ogos 2008, Anwar telah berjaya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN yang juga ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah bersama-sama calon AKIM Hanafi Mamat seterusnya kembali ke parlimen sebagai ketua pembangkang Malaysia. Beliau telah menyatakan perlunya liberalisasi, termasuklah satu kehakiman dan media, untuk melawan rasuah endemik yang beliau mendakwa ia menjadi sebab penolakan negara menjadi status sebuah negara yang gagal.[2]
Anwar merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai di dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time iaitu pada 2008.

Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.[5] Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein adalah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Semasa kecil, beliau sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.Pada tahun 1978, beliau berkahwin dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland yang kemudiannya bertugas di klinik mata di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Perkahwinannya dengan Datin Seri Azizah dikurniakan seramai 6 orang cahaya mata. Anak sulungnya, Nurul Izzah kini merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Pendidikan

Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).
Politik

Zaman belia

Semenjak dari zaman belia, Datuk Seri Anwar merupakan seorang individu yang popular. Beliau dikenali sebagai salah seorang daripada pengasas badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Angkatan Belia Islam Belia Malaysia. Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,ISA selama 3 tahun (1974-1976) kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan tragis di Baling, Kedah. Penduduk pedalaman Baling dibiarkan 'reput' kerana dipercayai tempat persembunyian komunis. Anwar pernah berada di pentas PAS dan mengkritik Tunku Abdul Rahman berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pertubuhan, kemiskinan, ekonomi dan lain-lain. Berikut adalah catatan ringkas Dato' Seri Anwar semasa zaman belia:-
1968 menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia.
1969 Anwar berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang .
1971 menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia , ABIM dengan rakan-rakan daripada MCKK dahulu.
Menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)
1973 Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu.
1979 Menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden Zia Ul Haq, Presiden Pakistan.
Menerima gelaran Datuk daripada Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di Istana Pekan, Pahang dan dari Sultan Selangor kemudiannya.

Meninggalkan ABIM
Anwar Ibrahim meninggalkan Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) pada 29 Mac 1982 untuk menyertai UMNO. Terdapat 40000 ahli ABIM ketika itu.

Anwar pernah dikatakan akan menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Anwar pernah dianggap sebagai 'Pemimpin al Khahfi' oleh ahli-ahli PAS dan benar-benar berharap Anwar akan menyertai PAS. Subki Latif dalam bukunya Siapa Ganti Asri menamakan Anwar Ibrahim akan mengambil teraju PAS daripada Datuk Mohd Asri Haji Muda. Calon ini layak kerana idealisme dan prinsip perjuangan yang sama dengan PAS.

Dalam pilihan raya umum 1978, Anwar dan ABIM pernah membantu Datuk Mohd Asri bin Haji Muda mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan.
Beberapa pemimpin kanan ABIM menyertai PAS menjelang pilihan raya dan bertanding atas tiket PAS. Antaranya ialah Nakhaei Haji Ahmad, Datuk Fadzil Noor, Abdul Halim Arshad, Haji Abdul Hadi Awang, dan Ustaz Yahya Othman.

Keengganan Anwar menyertai PAS menyebabkan ada yang menuduh Anwar sebagai kecewa dan mengaku kalah sebelum berperang dengan UMNO.
Malahan Datuk Asri sanggup mengundurkan diri dari jawatan Yang diPertua PAS untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Tindakan Anwar ini dianggap tidak syar'ie.

Penglibatan dengan politik UMNO

Anwar terjun kedunia politik dan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tiket UMNO dalam dalam tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar. Beliau kemudian dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam tahun yang sama Anwar menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin, penyandang, untuk menjadi ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Anwar kemudiannya dilantik menjadi menteri penuh sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan. Dua tahun kemudian Anwar dilantik ke portfolio Kementerian Pertanian.

Pada tahun 1987, beliau telah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1991. Pada 1993 Anwar telah memperolehi pencalonan yang terbanyak untuk lerusi Timbalan Presiden UMNO.

Penyandang jawatan pada ketika itu ialah Tun Ghafar Baba telah gagal mendapatkan kuota yang mencukupi bagi mempertahankan kerusi. Oleh yang demikian, Anwar telah memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding. Susulan dari itu, sebagai memenuhi tradisi BN, Tun Dr. Mahathir telah melantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Diantara jawatan-jawatan lain Datuk Seri Anwar ialah, beliau pernah dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO dan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam mesyuarat besama Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Di atas sumbangannya terhadap kesefahaman antara kebudayaan beliau telah dianugerahi ijazah Doktor Kehormat oleh Ateneo de Manila University dan anugerah Presiden oleh Georgetown University.

Jawatan dalam kerajaan
1982 - 1983 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1983 - 1985 Menteri Belia dan Sukan
1985 - 1986 Menteri Pertanian
1986 - 1990 Menteri Pendidikan
1990 - 1998 Menteri Kewangan
1993 – 1998 Timbalan Perdana Menteri

Peristiwa-peristiwa di dalam UMNO

29 Mac 1982 menyertai UMNO dan bertanding di kawasan parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Penyertaannya berjaya menyekat pengaruh Yusuf Rawa, Mahfuz Omar, dan Mohamad Sabu di Pulau Pinang khususnya.
Difahamkan Datuk Ibrahim Ali dan Tengku Razaleigh Hamzah membawa Anwar Ibrahim berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad di Seri Perdana, Kuala Lumpur.

Dalam Pilihan raya umum 1982, Anwar mendapat 18,849 undi di kawasan parlimen Permatang Pauh. Haji Zabidi Ali (PAS) hanya 4497 undi dan Tan Ah Huat (DAP) 1825 undi. Sebelum ini termasuk Pilihan Raya Umum 1978, kawasan ini dikatakan sebagai sebuah kubu PAS.

Kemasukan Anwar telah menyisihkan Tengku Razaleigh Hamzah, Ghafar Baba, Sanusi Junid, Abdullah bin Ahmad Badawi, dan lain-lain. Keluarnya Sanusi Junid dari ABIM dan menyertai UMNO pernah ditentang hebat oleh Anwar Ibrahim sendiri.
1982 menang dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan majoriti 10 undi. Beliau menewaskan Datuk Haji Suhaimi Kamarudin dan Hang Tuah Arsad. Anwar dapat 183 undi, Suhaimi Kamarudin 173 undi dan Hang Tuah Arshad 3 undi sahaja.
1984 Perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Anwar dapat 226 undi, Suhaimi Kamaruddin dapat 137. Slogannya 'Pemuda Penggerak Zaman'. Majoriti 89 undi.
1986 menewaskan Syed Hamid Jafar Albar. Anwar dapat 303 undi dan Syed Hamid dapat 109 undi.
24 April 1987 menduduki kerusi Naib Presiden UMNO bersama Datuk Abdullah bin Ahmad Badawi dan Datuk Seri Wan Mokhtar Ahmad.
1990 mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO dengan majoriti terbanyak, 1067 undi. Sanusi Junid dapat 953 undi dan Abdullah dapat 750 undi.
1993 Anwar sekali didesak oleh Team Wawasan untuk mencabar Ghafar Baba. Isu Grand Design dan politik wang digembar-gemburkan sehingga imej Anwar Ibrahim tercalar.

Kemasukan Anwar ke dalam UMNO merupakan panglima baru yang ditunggu-tunggu. Anwar adalah bukti UMNO sebuah parti Islam, bukan parti sekular.
Selepas Anwar masuk, penerapan nilai-nilai Islam telah dijalankan. Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Takaful dan lain-lain telah dijalankan. Sebelum ini umat Islam hanya bermimpi dengan ekonomi Islam.
Anwar Ibrahim dilihat cuba meng"ABIM"kan UMNO. Ramai pemimpin menyertai UMNO. Antaranya ialah Anuar Tahir.
Mereka berharap Anwar tidak disekularkan seperti bersalam dengan wanita.

Kementerian Kewangan

Ramai yang meragui kemampuannya kerana tiada asas kewangan.
Kadar pertumbuhan ekonomi naik 8% setahun selama 8 tahun berturut-turut.
Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Bank Dunia / Tabung Kewangan Antarabangsa pada 1 April 1998. Beliau mula berkenalan dengan Presiden Bank Dunia, James Wolfenson dan Ketua Pengarah Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Michael Camdessus.
Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan dilihat berjaya menangani kemelesetan ekonomi dan jatuhnya mata wang 1997.
Datuk Seri Mahathir Mohamad dilihat mengharapkan kebijaksanaan Anwar untuk menangani masalah kemelesetan ekonomi malaysia pada masa itu.

Terlalu pantas

Semasa pemimpin ABIM , Anwar dikatakan pernah memijak bendera UMNO tetapi segera dinafikan.

Beliau ditentang oleh Abdullah bin Ahmad Badawi kerana bergerak terlalu pantas dalam kepimpinan UMNO.

1993 Anwar Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang Ghafar Baba kerana Ghafar hanyalah tokoh sementara yang dilantik oleh Dr Mahathir selepas 'kekosongan' yang ditinggalkan oleh Datuk Musa Hitam. Ghafar Baba bukanlah calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Golongan muda mahu Anwar berbanding Ghafar sebagai tokoh veteran sahaja. Anwar telah menguasai setiap sendi. Ghafar tidak jadi bertanding kerana tidak bersedia dan kemenangan percuma diberikan kepada Anwar Ibrahim.

Malah beliau ditentang oleh Dr Mahathir Mohamad sendiri yang dilihat terperangkap antara sayang dan benci dengan Anwar Ibrahim. Anwar dilihat boleh menguatkan kedudukan Dr Mahathir dan UMNO tapi pada akhirnya boleh menjahanamkan visi Dr Mahathir yang belum kesampaian.
Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1997 tersebar surat layang setebal 30 halaman yang memfitnah Anwar Ibrahim. Kononnya mempunyai skandal dengan isteri orang dan homoseks. Anwar Buat laporan polis pada 15 Ogos 1997.

Kemasukan semula Tengku Razaleigh Hamzah selaku pemimpin Parti Melayu Semangat 46 ke dalam UMNO dilihat menggugat peluang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Pada 1997 golongan anti Anwar menganggap golongan yang cenderung kepada Anwar yang dikenali sebagai Anwarisme sudah menguasai setiap sendi UMNO dan bila-bila masa boleh menjatuhkan Dr Mahathir Mohamad yang dilihat tidak cukup Islamik.

Anwar sering mengadakan usrah, sembahyang jemaah di rumahnya dan memberi jamuan makan para wartawan Malaysia. Kegiatan ini dilihat sebagai kempen dan politik wang. Para pegawai kerajaan, ahli akademik dan rakyat bawahan menyokong Anwar yang tertarik dengan wawasan Islamnya.
Ada di antara golongan profesional merupakan rakan seangkatan dengan Anwar dan sama sekolah dengan Anwar di Maktab Melayu Kuala Kangsar, contohnya Tan Sri Yahya Ahmad.

Presiden Pas ketika itu iaitu Datuk Fadzil Mohd Noor menyokong Anwar . Anwar selaku Menteri Kewangan banyak meluluskan peruntukan di Kelantan.
Zahid Hamidi selaku Ketua Pemuda UMNO dan Datin Siti Zaharah Sulaiman selalu Ketua Wanita UMNO / Timbalan Menteri Kesihatan dilihat menyokong Anwar.

Pada tahun 1993, 95 % ahli UMNO menyokong Anwar semasa pencalonan Timbalan Presiden UMNO sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO pada waktu itu. 137 daripada 145 bahagian telah mencalonkan Anwar manakala Ghafar hanya 7 bahagian sahaja.

Penyingkiran

Penyingkiran Anwar dari UMNO dan Kerajaan Persekutuan berkait rapat dengan krisis kewangan yang dialami oleh Malaysia dan negara-negara rantau Asia yang lain pada 1997. Anwar yang juga Menteri Kewangan dilihat telah gagal mengangani krisis tersebut. Dengan mengamalkan pelan-pelan tindakan yang digariskan oleh Bank Dunia dan IMF, negara telah terjerumus kedalam krisis kewangan yang lebih teruk. Oleh itu, Dr. Mahathir Mohamed telah membawa masuk bekas menteri kewangan sebelum ini, iaitu Tun Daim Zainuddin ke dalam barisan kabinet. Anwar melihat hal tersebut sebagai kehilangan kepercayaan dari Dr. Mahathir, lalu berusaha untuk terus relevan dalam UMNO. Usaha tersebut, termasuk menjatuhkan Dr. Mahathir dari kerusi Presiden UMNO. Gerakan telah dimulakan oleh Ketua Pemuda UMNO pada ketika itu, iaitu Ahmad Zahid Hamidi, yang dengan lantang membidas Dr. Mahathir yang dikatakan mengamalkan Nepotisma dan Kronisma.
Pada masa yang sama, buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" oleh Khalid Jafri telah tersebar. Buku tersebut menyebut tentang aktiviti homoseksual Anwar.

Pada 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. Dr. Mahathir yang juga merupakan "mentor" kepada Anwar telah mengambil tindakan yang drastik tersebut setelah beliau mempunyai bukti kukuh untuk mempercayai bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual. Dr. Mahathir merasakan bahawa aktiviti tersebut boleh dijadikan "bahan ugutan" oleh anasir-anasir luar negara untuk mempengaruhi Malaysia seandainya Anwar dipilih sebagai Perdana Menteri suatu hari nanti.

Kes pemecatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia 1998

Anwar dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat, dan beberapa bulan selepas itu, ditahan atas tuduhan perbuatan homoseksual. Setelah 3 kali pihak pendakwa memindah tuduhan, barulah Anwar disabitkan kesalahan berdasarkan satu saksi. Saksi tersebut menjadi pertikaian kerana telah beberapa kali menukar pengakuan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya disabitkan kesalahan di atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual. Beliau menjalani hukuman enam tahun penjara sebelum dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini apabila rayuannya dibenarkan bagi mengetepikan sabitan kesalahan meliwat berhubung pensabitannya dalam kes, iaitu genap enam tahun beliau dipecat daripada Kabinet.

Anwar Ibrahim ditahan oleh polis pada 7 Februari 2002.
Keputusan itu bermakna Anwar telah bebas daripada hukuman penjara sembilan tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2000 atas kesalahan tersebut.

Beliau akhirnya dipenjarakan dibawah tuduhan lain, diatas tuduhan beliau cuba mempengaruhi penyiasatan polis ke dalam tuduhan beliau seorang homoseksual. Isteri beliau menubuhkan Parti Keadilan Rakyat untuk memperjuangkan Anwar dan politiknya.

Dalam tahun 2004 Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Anwar terhadap pensabitan atas tuduhan liwat dan beliau seterusnya dibebaskan. Selepas dibebaskan beliau pergi ke Munich, Jerman untuk menjalani pembedahan dan rawatan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Bersekutu Kanan di Kolej Santo Anthony, Universiti Oxford. Selepas tamat tugasnya di Oxford beliau pergi ke Washington untuk mengambil jawatan sebagai profesor pelawat di School of Advanced International Studies (SAIS) dan kemudiannya di Universiti Georgetown.

Pandangan bukan Melayu

Segelintir kaum Cina dan India dan Melayu sendiri tidak senang dengan idealisme yang mungkin menjejaskan perpaduan kaum. Sebenarnya Dr Mahathir pernah dianggap sebagai 'Ultra Malay' oleh Lee Kuan Yew.
Anwar Ibrahim dilihat terlalu Islamik yang mungkin akan melaksanakan perlembagaan dan Undang-Undang Islam seperti 'potong tangan'.
Sebenarnya Anwar tidak menolak integriti sejagat. Anwar sering menghadiri pada majlis perayaan Tahun Baru Cina dan Deepavali.
Sukan

Sukan yang diminatinya ialah menunggang kuda dan bermain bot ski sebagaimana Dr Mahathir Mohamad. Anwar pernah jatuh dari kuda dan menerima rawatan beberapa bulan . Beliau merupakan pernah menjadi pengerusi Persatuan Equestarian Malaysia.

Sumbangan

Buku beliau semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia / Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).
Mencetuskan idea / istilah seperti Masyarakat madani, generasi rabbani, waima, nawaitu ,
Anwar Ibrahim berjaya meredakan ketegangan antara penganut Hindu dan Islam berikutan pembinaan Masjid dan kuil sebelah-menyebelah di Kampung Rawa, Pulau Pinang 1996.
Memberi sumbangan idea di dalam buku-buku: contohnya: "Anwar Ibrahim: The Asian Renaissance", Times Editions(1996)

Buku mengenai Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim - Mimpi Dan Realiti, Mohd Sayuti Omar, Tinta Merah, 1990
Anwar di Zalimi, Siapa TPM Baru?, Mohd Sayuti Omar, Tinta Merah, 1998
Anwar Terjerat oleh Ahmad Lufti Othman
50 Dalil oleh Khalid Jafri.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved