Jumaat, 6 April 2012

09 di nibong tebal - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


Anak Seberang: Panas!! Anwar Bakal Bertanding <b>Di Nibong Tebal</b>!

Posted: 05 Apr 2012 06:15 AM PDT


Sebelum ini riuh spekulasi kononnya Parti Anak beranak ini akan menampilkan anak kedua Anwar iaitu Nurul Nuha bakal bertanding di kerusi Parlimen Nibong Tebal. Namun ramalan itu boleh dikatakan meleset!

Dalam ceramahnya di Dewan Simpang Tiga, DUN Sungai Acheh baru-baru ini, Anwar 3 kali mengulangi dalam ceramahnya bahawa dia akan bertanding di Parlimen Nibong Tebal dalam PRU13 akan datang.
Sembang-sembang dikedai kopi juga rancak kedengaran terutamnya dari juak pakatan haram nampaknya begitu teruja jika Anwar memang bertanding di sini.

Kerusi parlimen Permatang Pauh dijangka akan diberikan laluan kepada Nurul Izzah yang lari malam dengan Raja Nong Chik kerana gagal menjadi wakil rakyat yang baik di Parlimen Lembah Pantai.

Anwar mengulangi bahawa dia adalah anak kelahiran Sungai Bakap iaitu pekan didalam kawasan Parlimen Nibong Tebal.

Masa sekarang baru nak ngaku dia lahir di Sungai bakap walhal apa jasa dan sumbangan dia kepada Sungai Bakap semasa dia menjawat jawatan TPM suatu masa dahulu..
Poodah la Anwar!!
Kau tak layak bertanding di sini.

Anwar jangan pecahbelahkan orang Parlimen Nibong Tebal.
Selama ni mana muka kau Anwar di sini? Yang Anwar tau, mai Nibong Tebal 6 bulan sekali ceramah maki hamun fitnah dusta lepas tu hang balik tinggal taikk!!

Orang UMNO/BN disinilah yang bekerja keras untuk membantu rakyat tanpa mengira parti, kaum atau batas usia. Nyahh Anwar dari nibong Tebal!!

Kalau hang datang sekalipun Anwar, jangan ingat hang boleh bermaharajalela di sini dan UMNO akan beri laluan mudah! Anwar dah abih pikir ke?

Cabaran besar bakal menanti hang wahai Anwar Al Juburi seperti apa yang dikatakan oleh Mat Sabu & Umi Hafilda.. Anwar akan dikuburkan riwayat politik nya di Nibong Tebal!

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved