Jumaat, 13 April 2012

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


Che Syaedah: Utusan Online - Utara

Posted: 13 Apr 2012 03:21 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Bekalan ikan berkurangan

Posted:

Bekalan ikan berkurangan

Bekalan ikan berkurangan

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com


peniaga-peniaga membersihkan tempat menjual ikan lebih awal daripada biasa akibat kekurangan ikan ekoran kejadian gempa bumi yang melanda Aceh kelmarin.


ALOR SETAR 12 April - Bekalan ikan segar di jeti Seberang Kota dan Tandop Kubang Rotan, Kuala Kedah di sini berkurangan setelah nelayan yang turun ke laut semalam terpaksa berpatah balik kerana bimbang berlakunya tsunami berikutan gempa bumi berukuran 8.7 pada skala Richter yang melanda wilayah Aceh, Indonesia.

Tinjauan Utusan Malaysia di gerai-gerai yang menjual ikan di kawasan itu mendapati banyak gerai ditutup dan harga ikan kembung naik sehingga RM7 sekilo berbanding RM6 sekilo sebelum ini.

Seorang nelayan, Mohd. Azhar Ahmad, 27, berkata, dia turun ke laut untuk menangkap ikan kira-kira pukul 5 pagi ini dan hanya mendapat kira-kira 12 kilogram (kg) ikan kembung sahaja.

"Semalam saya turun ke laut tetapi belum sempat tangkap ikan saya patah balik ke jeti selepas mendapat amaran mengenai kemungkinan berlaku tsunami.

"Hari ini pula tidak ramai nelayan ke laut dan bekalan ikan berkurangan mungkin disebabkan keadaan laut yang tidak menentu selepas gempa bumi," katanya ketika ditemui di jeti Seberang Kota di sini hari ini.

Semalam beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Aceh, Sumatera Utara, Indonesia.

Ekoran gempa bumi itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai agar menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.

Bagaimanapun amaran tsunami itu ditarik balik pada pukul 10 malam semalam.

Menurut Mohd. Azhar, sebelum berlaku gempa bumi dia boleh mendapat sehingga 100 kg ikan apabila turun menangkap ikan.

"Banyak nelayan masih menunggu waktu yang sesuai untuk turun ke laut dan mungkin esok baru semua berani keluar menangkap ikan," jelasnya.

Seorang peniaga ikan, Romalah Hanapiah (gambar), 54, berkata, selepas mendengar amaran mengenai kemungkinan berlaku tsunami di negeri ini, ramai nelayan tidak ke laut kerana bimbang keselamatan mereka terancam.

"Jadi hari ini bekalan ikan memang kurang dan kawasan pasar menjual ikan yang selalunya sibuk menjadi lengang.

"Harga ikan juga naik sedikit berbanding semalam dan saya rasa esok mungkin harga akan kembali pulih," ujarnya.

Ekonomi orang Melayu berubah

Posted:

Ekonomi orang Melayu berubah

Ekonomi orang Melayu berubah

GEORGETOWN 12 April - Pakar warisan dan budaya yakin pola ekonomi orang Melayu di perkampungan Tanjung Tokong akan berubah sekiranya kerajaan negeri mempercepatkan proses menggazetkan zon warisan perkampungan Melayu tertua itu.

Pengarah Eksekutif Intersocietal And Scientific (INAS), Datuk Dr. Wazir Jahan Karim berkata, apabila kerajaan negeri telah tetapkan zon warisan yang hendak digazetkan itu, ia membolehkan penduduk melibatkan diri dalam industri pelancongan seperti inap desa dan penghasilan makanan tradisi.

"Dalam tinjauan yang dilakukan secara rambang, ramai penduduk di sini setuju supaya kerajaan negeri gazetkan zon warisan itu dan mereka setuju terlibat dalam industri pelancongan untuk buat homestay (inap desa) dan jualan makanan tradisional," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Perkampungan Melayu Tanjung Tokong telah wujud sebagai sebuah mukim semasa penubuhan bandar Georgetown pada tahun 1839 dan dikenali sebagai Mukim 18, ia merupakan sebuah penempatan nelayan Melayu tradisional yang terunggul di Tanah Melayu ketika itu.

Wazir Jahan berkata, setakat ini kerajaan negeri dan UDA Holdings belum memberikan sebarang maklumat berhubung tarikh dan zon warisan yang akan digazetkan itu.

Wazir Jahan yang juga Pengerusi Panel Penasihat Pakar Jawatankuasa Tindakan Warisan Tanjung Tokong (JATI) yakin bahawa ekonomi dan taraf hidup orang Melayu di perkampungan itu akan meningkat sekiranya terdapat kegiatan ekonomi apabila mereka terlibat secara langsung dalam industri pelancongan.

Beliau berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat melawat dan meninjau perkampungan itu bagi melihat sendiri suasana persekitaran perkampungan nelayan itu seperti yang pernah dilakukan oleh ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada tahun 1972 ketika menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Tokong, Mohd. Salleh Yahya pula berkata, terdapat lebih 200 buah rumah di perkampungan itu dan tinjauan semula akan dilakukan bagi mendapatkan maklumat sebenar pemilik yang bersetuju terlibat dalam pembangunan zon warisan.

"Sebelum ini, lebih 80 peratus setuju untuk terlibat tetapi sekarang ini ramai yang sudah berpindah, jadi tinjauan baru akan dilakukan untuk maklumat terkini," katanya. - BERNAMA

JKNN taja 1,000 akhbar Utusan Malaysia

Posted:

JKNN taja 1,000 akhbar Utusan Malaysia

JKNN taja 1,000 akhbar Utusan Malaysia


MOHD. Rizal Ismail (kiri) menyerahkan akhbar Utusan Malaysia kepada Mohd. Shukri Hamad sebagai simbolik JKNN menaja 1,000 akhbar tersebut sempena Program Merakyatkan Seni Bersama Masyarakat Siam di Kangar, baru-baru ini.


KANGAR 12 April - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis menaja 1,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia pada Program Merakyatkan Seni dan Budaya Komuniti 1Malaysia bersama Masyarakat Siam di pekarangan Kolej Kejururawatan Masyarakat, Jalan Behor Pulai, di sini pada 14 April ini.

Pengarah JKKN Perlis, Mohd. Rizal Ismail berkata, naskhah percuma itu akan diedarkan kepada pengunjung bagi menambahkan ilmu dalam maklumat semasa selain mendapat manfaat daripada program tersebut.

''JKKN Perlis telah menaja akhbar Utusan Malaysia bernilai RM1,600," katanya pada upacara penyerahan simbolik akhbar Utusan Malaysia bersama Eksekutif Jualan Utusan Melayu (M) Bhd., Mohd. Shukri Hamad di pejabatnya di Persiaran Wawasan, di sini baru-baru ini.

Mohd. Rizal berkata, dijangka kira-kira 3,000 kaum Siam negeri ini akan memeriahkan program anjuran JKKN Perlis, Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Perlis dengan kerjasama kerajaan negeri dan Persatuan Siam Perlis.

Tambahnya, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim dan Pengerusi Persatuan Siam Perlis, Datuk Siw Chun Eam akan melawat tiga kampung di Kampung Padang Petani untuk memberikan sumbangan kepada penduduk yang dikenalpasti sebelum majlis pelancaran.

Katanya, pada majlis pelancaran itu juga akan diadakan upacara semburan air sebagai gimik untuk meraikan Pesta Songkran.

Tambahnya, selain itu juga diadakan persembahan kebudayaan oleh artis budaya tari JKKN dengan persembahan Selamat Datang yang merupakan tarian Siam, persembahan artis popular tempatan kaum Siam, Emom Esoong dan Nukphanida Pit juga persembahan gendang dan tarian menora masyarakat Siam.

Katanya, diadakan juga pertandingan permainan tradisional seperti karom, tuju tin, dam aji, batu tujuh, congkak dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Selain itu, katanya, pengunjung boleh menyaksikan pameran yang melibatkan agensi seperti JKKN, Jabatan Muzium Perlis, Jabatan Penerangan, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Pos Malaysia, Jabatan Kesihatan dan masyarakat Siam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved