Sabtu, 26 Mei 2012

09 di balik pulau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


Kumbang Jingga: Berita: Bas Terbalik <b>Di Balik Pulau</b>

Posted: 25 May 2012 10:43 AM PDT

BALIK PULAU – Sebuah bas yang disewa  sekumpulan jemaah tabligh warga Myanmar terbalik di Jalan Bukit dekat sini malam ini.
Kejadian kira-kira jam 8 malam itu menyebabkan seorang daripada 44 jemaah tabligh yang menaiki bas itu mati di tempat kejadian.
Menurut jurucakap bomba, siasatan awal mendapati, selain seorang mangsa yang mati di tempat kejadian, enam orang termasuk pemandu bas cedera parah.
Sinar Harian difahamkan, mayat mangsa dan yang parah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala yang cedera dirawat di Hospital Balik Pulau.
Rombongan itu difahamkan menuju ke Masjid Sungai Rusa untuk mengikuti program keagamaan yang dihadiri ahli-ahli jemaah tabligh selama tiga hari bermula hari ini.
Difahamkan pemandu berusia 40-an berada dalam keadaan kritikal, bagaimanapun anak mangsa yang bersama mengikutinya selamat.

Selamat Sampai <b>Di Balik Pulau</b> Penang | Cinta Hatiku Sampai Ke <b>...</b>

Posted: 25 May 2012 12:02 PM PDT

Salam pagi semua,

Alhamdulillah dah selamat sampai di kg. mertua Balik Pulau, Penang... Walaupun dalam perjalanan pulang tadi di kejutkan dengan berita kemalangan maut melibatkan sebuah bus masuk ke dalam gaung dijalan berbukit menuju ke Balik Pulau.

Dari sumber yang diperolehi tadi.. Kemalangan bus tadi membawa seramai 44 penumpang rombongan jemaah tabliq dari Myanmar untuk ke satu program di Balik Pulau.

Seorang jemaah telah meningal dunia dan 43 lagi cedera...

Semasa aku melalui kawasan kemalangan sekitar jam 1.45 pagi tadi.. Bus yang terlibat dengan kemalangan masih berada dikawasan itu dlm keadaan terbalik dan tersangkut di pokok.. Manakala mangsa semua telah tiada disitu..

Di kawasan Hospital balik pulau masih dipenuhi oleh orang ramai yang menunggu mangsa kejadian..

Daripada apa yang wife aku cakap tadi.. Kawasan tu memang kerap berlaku kemalangan kerana kawasannya berselekoh tajam semasa menuruni bukit.

Gambar kemalangan bus... korang boleh rujuk disini... http://lovelytasya32.blogspot.com/2012/05/seorang-warga-myanmar-terbunuh-43.html?m=1

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga mangsa kemalangan.. Alfatihah buat yang meninggal dunia tadi.. Semoga meninggal dalam keadaan syahid.. Amin

posted from Bloggeroid

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved