Ahad, 27 Mei 2012

09 di Batu kawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu kawan - Google Blog Search


UMNO Online - Projek Solar <b>Di Batu Kawan</b> Bukti DAP, Guan Eng <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2012 02:20 AM PDT

Kategori Berita Pilihan

Projek Solar Di Batu Kawan Bukti DAP, Guan Eng Kaki Putar Alam

Oleh : Ropikah Ahmad

BATU KAWAN, 28 Mac – Kerajaan DAP Pulau Pinang telah terbukti tidak bertanggungjawab apabila membelakangkan kepentingan rakyat tempatan khususnya di Batu Kawan sendiri apabila meluluskan pembinaan projek kilang solar biarpun ia memberi kesan buruk kepada alam sekitar.

Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Mohd Nordin Mohd Kassim membidas tindakan dangkal kepimpinan kerajaan negeri yang diketuai oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri.

"Fikirkan sendiri bagaimana tindakan DAP apabila loji pemprosesan Lynas di Pahang mahu diusahakan maka mereka buat bantahan sehinggakan demonstrasi besar-besaran digerakkan bukan saja di negeri terbabit tetapi di Padang Kota juga dibuat sedangkan dalam diam mereka ini menggerakkan satu projek yang lebih berbahaya," katanya kepada UMNO-Online.

Dilaporkan, Bosch Group dari Jerman akan melabur RM2.2 bilion bagi membina kilang pengeluaran panel solar di Pulau Pinang selepas perjanjian memorandum yang dibuat kerajaan negeri.

"Sepatutnya hal-hal sedemikian dibincangkan dengan penduduk di sini terlebih dahulu dan mereka perlu memberi penjelasan kepada rakyat khususnya penduduk di Batu Kawan berhubung projek kilang Solar yang akan dibina di kawasan berkenaan.

"Persoalannya kenapa Lynas di Pahang diperbesar-besarkan sedangkan projek kilang solar yang diluluskan oleh pentadbiran negeri disembunyikan? Apa motif sebenar tindakan tersebut dibuat?"

Tegas beliau lagi, penduduk Batu Kawan sendiri tidak bersetuju dengan pembinaan kilang berkenaan yang bukan saja akan mencemarkan alam sekitar tetapi juga itu akan menjejaskan aktiviti harian penduduk di situ.

"Kawasan Batu Kawan bukan besar mana pun malahan penduduknya pun tidaklah seramai mana jadi sewajarnya kepimpinan negeri bukan saja menjaga hati penduduk tetapi juga mengambil berat akan apa yang berlaku kepada persekitaran mereka," katanya.

Jelas beliau, kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa proses solar ini akan mengeluarkan lebih 10 bahan kimia dan bahan-bahan ini dikhuatiri akan menjejaskan punca pendapatan penduduk termasuklah ternakan ikan yang terjejas.

"Jika projek Lynas yang telah disahkan tidak memberi kesan berbahaya diprovokasikan dan dijadikan bahan proganda tetapi mengapa pula projek solar yang memberi kesan negatif kepada rakyat dibiarkan dibina?"

Pada 26 Februari lalu, satu demonstrasi Hijau telah digerakkan oleh pakatan pembangkang di Kuantan, Kuala Lumpur manakala di Pulau Pinang diketuai sendiri oleh Ketua Menterinya sebagai protes terhadap pembangunan kilang pemprosesan nadir bumi (rare earth) di Gebeng, Kuantan, Pahang milik syarikat Lynas Coporations LTD dengan mengatakan ia akan menghasilkan radioaktif yang membahayakan kesihatan dan boleh memberi kesan buruk terhadap manusia dan alam sekitar.

Namun begitu, hasil kajian didapati bahan nadir bumi adalah unsur penting dalam industri elektronik terutama sekali untuk penghasilan barangan seperti Ipad, komputer, Galaxy Tab, kipas helikopter, telefon mudah alih, turbin angin dan lain-lain malah mengikut data ekonomi, sebahagian besar bahan nadir bumi diimport dari China bagi memenuhi 90% hingga 97% permintaan industri elektronik di seluruh dunia yang semakin berkembang pesat.

Bukan itu saja, saintis pembangkang iaitu Dr Che Rosli Che Mat dari Pas juga telah menjelaskan bahawa operasi kilang pemprosesan nadir bumi tersebut adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat. – MediaUMNO.

Berita Bertarikh 28 March 2012 Pada 5:20 PM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved