Selasa, 15 Mei 2012

09 di Batu uban - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu uban - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Apr 2012 09:39 PM PDT

URL Sumber Asal :-

<b>Batu Uban</b> - Kegagalan Orang Melayu Mempertahankan Maruah <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2012 06:15 PM PST

Tubuh Suruhanjaya Diraja selamatkan Kg Warisan <b>Batu Uban</b> <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2012 06:24 AM PST

KESEDARAN dan tindakan menyelamat Batu Uban bukan hanya bertumpu kepada isu penjualan tanah bertujuan merobah landskap setempat. Ia bukan hanya isu menghapuskan 'kecacatan' ruang 'kekampungan' demi membina bangunan konkrit moden bagi menampung jumlah penduduk dan objektif komersial yang lain.

Isunya bukan hanya ke atas kawasan yang dikenal pasti sebagai Kampung Batu Uban sahaja. Malah, Batu Uban adalah simbol sejarah dan warisan Melayu Pulau Pinang atau Kedah.

Ia bukan sekadar Batu Uban, tetapi kepada semua penempatan Melayu di Pulau Pinang. Ini bukan soal menafikan hak kepada kaum lain. Ini soal menuntut hak sendiri. Ini bukan hak ekonomi atau politik. Ini hak sejarah dan warisan.

Sejak puluhan tahun lamanya, tanah Melayu tergadai di Pulau Pinang. Nama Melayu pun kian terhakis. Apakah kita sanggup menggadai nama, sejarah dan warisan? Warisan adalah sama pentingnya dengan dimensi ekonomi dan politik.

Politik dan ekonomi Melayu Pulau Pinang sentiasa tenggelam dalam arus pasca kolonial. Wacana kehidupan pun tidak dapat diwajahkan dengan sewajarnya. Melayu telah tewas dalam wacana Pulau Pinang, sedangkan jumlah penduduk Melayu di negeri itu bukanlah sedikit.

Kita telah lupa bahawa pada satu masa dulu, Pulau Pinang adalah pusat persuratan, kewartawanan dan penerbitan Melayu di Nusantara. Pulau Pinang merupakan pusat pemikiran dan penerbitan wacana Melayu-Islam sebelum Perang Dunia kedua.

Apakah kita sanggup melenyapkan keupayaan dan genius Melayu di Pulau Pinang? Apakah tewas dan tiada lagi kudrat dan iltizam menyelamatkan sejarah dan warisan Melayu-Islam di Pulau Pinang?

Pulau Pinang bukan hanya geografi yang merangkumi pulau dan Seberang Perai. Ia ada sejarah, identiti, personaliti, pengalaman dan asal-usul. Sejarah dan warisan sama pentingnya dengan makanan dan minuman.

Jika satu lapisan sejarah terhakis, maka nama tempat pun akan terhakis. Apakah kita sanggup membiarkan nama asal dan awal di Pulau Pinang juga dipinggirkan dan seterusnya lenyap dari pendengaran dan ingatan?

Apakah kita hendak sebuah Singapura bermaharajalela di utara Semenanjung Tanah Melayu?

Di sini saya cadangkan beberapa langkah bagi mengatasi masalah kehilangan sejarah ini. Ia bukan sekadar satu inisiatif, tetapi juga satu tindakan yang mesti dipenuhi oleh semua pihak berwajib.

1. Satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan khusus mengatasi masalah warisan Melayu di Pulau Pinang. Suruhanjaya ini hendaklah mengkaji dan meneliti apa yang telah berlaku dan bagaimana peminggiran dan penghakisan warisan Melayu telah terjadi.

2 Pihak berwajib mesti menubuhkan satu bank tanah. Bank tanah itu hendaklah sebuah institusi dan organisasi rasmi yang dikendalikan oleh satu atau kedua-dua pihak negeri dan persekutuan.

l Seorang Pesuruhjaya Warisan Melayu khusus untuk Pulau Pinang di wujudkan. Fungsi Pesuruhjaya itu ialah mengenal pasti, menilai kawasan yang mempunyai nilai sejarah dan warisan, dan memulihara kawasan itu.

3 Institusi pendidikan dan perdagangan dan GLC Melayu mesti menggembeling tenaga mengekalkan ruang warisan yang ada di Pulau dan di Sebarang Perai. Sebagai contoh, pendudukan di kawasan Lebuh Acheh-Armenian.

4 Pihak berwajib sedia ada dan boleh ditubuhkan mengkaji semua penamaan ruang, jalan dan tempat di Pulau Pinang. Nama ruang, jalan dan tempat janganlah diluluskan dengan sewenangnya-wenangnya. Apakah nama dan penamaan tidak penting? Apakah nama 'Tanjung Pinang' itu, bersebelahan Tanjong To'kong, bertujuan menghakiskan nama asal tempat itu. Kita perlu ingat, nama tempat berupaya mentakrif dan mempengaruhi sejarah masa depan.

5 Wartakan Batu Uban dengan mewujudkan zon warisan. Susun semula penempatan di Batu Uban. Jangan bina apa-apa muzium di situ. Apakah orang Melayu di Pulau Pinang mesti dimuziumkan seperti begitu? Sebaliknya, wujudkan rumah tersusun, kompleks sejarah dan warisan bagi menandakan penempatan Melayu pertama di Pulau tersebut - 1700-an. Rujuk kepada lakaran peta Inggeris 1763.

6 Jadikan Batu Uban sebagai pusat maklumat sejarah dan warisan hidup Pulau Pinang dan hubungannya dengan pelabuhan Batu Bara di Sumatera Utara. Batu Uban mempunyai hubungan akrab dengan Batu Bara bermula awal 1700-an lagi. Jadikan Batu Uban itu bandar kembar Batu Bara. Salah satu tindakan lanjut ialah wujudkan perhubungan feri antara Batu Uban dan Batu Bara. Batu Uban juga mempunyai hubungan dengan Kampung Bodi (Buadi) di Payakumbuh, Sumatera Barat. Haji Muhammad Salleh @Nakhoda nan Intan dan Dato' Jenaton berangkat dari Payakumbuh, ke Batu Bara dan kemudian ke Batu Uban.

7  Perancangan Batu Uban dan juga tempat seperti Tanjung To'kong, dan beberapa buah kawasan lagi di Tanjung dan Air Itam hendaklah mengambil kira isu pemuliharaan tempat dan penduduk. Jika Melaka dapat lakukannya, mengapa tidak Pulau Pinang? Dan sekali lagi, wujudkan institusi dan bidang kuasa yang relevan dan berkesan.

8  Apakah wujudnya seni bina dan landskap Melayu Pulau Pinang? Ciri-ciri dan bentuk rumah Melayu Pulau Pinang/Kedah yang wujud hendaklah diperkasakan. Ruang penempatan Melayu dalam sejarah mesti dirancangkan dengan sewajarnya pada zaman ini. Apa yang selalu terserlah ialah seni bina Melayu-kolonial rumah Jawi Peranakan di Tanjung.

Akan tetapi terdapat juga keaslian seni bina rumah Melayu di kawasan seperti di Air Itam, Gelugor, Bayan Lepas dan Balik Pulau. Dan kita mesti ingat, Pulau Pinang adalah satu wilayah Kesultanan Kedah. Sumbernya di Kedah. Mengapa ini tidak ditonjolkan oleh para perancang tempatan?

9  Salah satu fungsi kritikal pejabat Pesuruhanjaya Warisan Melayu Pulau Pinang ialah menukar nama yang penting lalu berusaha mewartawakannya, seperti Tanjung (mengganti Georgetown) dan Seberang Perai (mengganti Province Wellesley), serta juga nama Butterworth. Jika kita serius dalam mengekalkan dan memperkasakan sejarah, nama jalan, ruang, tempat pada masa depan di Pulau Pinang mesti mewajahkan ciri-ciri sejarah dan warisan Melayu.

10 Pameran dan penceritaan sejarah dan warisan Pulau Pinang di Muzium Negeri Pulau Pinang hendaklah dirombak dan diwajahkan dengan sewajarnya.

11 . Mengkaji semula dokumen yang diserahkan kepada UNESCO bagi mendapat status tapak warisan. Budaya dan sejarah Pulau Pinang telah disalah tafsir dan tidak diwajahkan dengan sewajarnya. Apa yang diceritakan adalah satu penganiayaan, penafian hak warisan, kewujudan dan sejarah.

Saya menggesa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan warisan dan sejarah negeri Pulau Pinang dan Kedah dalam hal ini dengan inisiatif dan tindakan konkrit jangka panjang dengan telus, tulus dan ikhlas.

Ini bukan hanya masalah warisan dan sejarah Pulau Pinang, tetapi masa depan warisan dan sejarah negara. Apakah kita mahu menggadai 'permata mutiara' di depan mata kita - yang bukan sekadar pulau dan tempat, tetapi pengalaman warisan dan identiti?

Ketidakadilan dimensi warisan adalah sama beratnya dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah, kerana ia menafikan hak dan menindas identiti.

Jika langkah-langkah seperti di atas tidak dilakukan, maka Melayu dan wajah Melayu Pulau Pinang akan menjadi satu mitos, yang anehnya lahir dari peneroka awal dan keturunan yang wujud asal-usulnya, roh dan jasadnya, identiti dan personalitinya.

R. A MURAD MERICAN
Bandar Seri Iskandar, Perak

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jan 2012 09:48 AM PST

URL Sumber Asal :-

notakanan: <b>Batu Uban</b> dan sejarah Melayu Pulau Pinang

Posted: 08 Jan 2012 09:48 AM PST

Selamatkan Sejarah Batu Uban




Artikel ini dipetik dari Utusan Online dan ditulis oleh DR. A MURAD MERICAN
Beliau ialah Profesor di Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi PETRONAS, Bandar Seri Iskandar, Perak.
Kampung Batu Uban bukan sama dengan Kampung Buah Pala, atau Kampung Baru di Kuala Lumpur. Batu Uban adalah penempatan Melayu yang terawal di Pulau Pinang. Malah ia juga adalah pekan dan pelabuhan terawal di pulau itu.
Saya telah perhatikan perkembangan di Batu Uban tanpa kudrat menentukan dan merobahnya. Tidak guna kita merintih apa yang telah berlaku. Ini bukan nostalgia.
Seharusnya, Kampung Batu Uban dijadikan kampung istimewa di Pulau Pinang. Di situlah masjid yang terawal dibina. Di situlah juga tanah dikurniakan oleh Sultan Kedah kepada para peneroka awal sejak 1730an lagi, dan ia berlaku sehingga tahun 1740an.
Batu Uban adalah pusat aktiviti wilayah Gelugor dan kawasan sekitarnya. Ramai keturunan peneroka awal Batu Uban menyumbang kepada perkembangan budaya dan ekonomi kawasan Tanjung - pekan Melayu di Lebuh Acheh dan Armenian khususnya.
Ini mula berlaku pada lewat 1700. Batu Uban mempunyai jalinan dengan pelabuhan Batu Bara, yang kini sebuah daerah di pesisir pantai timur Sumatera - di wilayah Sumatera Utara, lebih kurang tiga jam perjalanan ke arah selatan dari Medan. Malah, saya dimaklumkan satu masa dulu Batu Uban dikenali sebagai Batu Bara.
Batu Uban adalah sebuah pusat metropolitan yang menghubungkan Pulau Pinang/Kedah dengan Sumatera, India dan Hadhramaut. Malah, Batu Uban bukan hanya membuka ruangnya kepada Selat Melaka, tetapi juga kepada Lautan Hindi. Jalinan Batu Uban dengan Selat Melaka dan Lautan Hindi jelas dilihat dengan kedatangan orang Minangkabau dan Melayu yang berlayar dari Batu Bara, kaum-kaum dari India, dan Arab sama ada terus dari Hadhramaut, melalui India, atau melalui Aceh. Di situlah juga mula terbentuknya identiti Jawi Pekan di Pulau Pinang, mendahului lain-lain tempat di Nusantara.
Batu Uban pada satu masa dulu bukan kampung, tetapi sebuah pekan dengan segala rencam dan ragamnya. Apakah ini sukar sangat untuk kita faham? Ini bukan soal menolak pembangunan. Ini soal kegagalan pihak berkewajipan dan pihak berkuasa mengiktiraf, melindungi dan mewartakan sesuatu kawasan itu.
Mengapa kelulusan diberi kepada pemaju? Apakah warisan dan sejarah perlu tewas oleh kaum-kaum kapitalis? Siapakah yang membenarkan itu? Apakah pihak-pihak warisan dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang buta sejarah? Mengapa dibenar kawasan sekecil itu diroboh lalu mengubah wajah asal? Apakah tidak ada alternatif lain? Mengapakah kita terlalu taksub dengan konsep dan falsafah pembangunan yang kolot? Apakah pembangunan semestinya menghapuskan sejarah dan warisan?
Dalam hal ini, dan bukan saja dalam konteks Batu Uban, kita mesti mengkaji semula konsep dan falsafah pembangunan. Malah istilah 'pembangunan' itu kurang tepat kerana ia menumpu kepada aspek fizikal dan pertumbuhan ekonomi, walaupun dalam retoriknya kita mengeluarkan istilah seperti 'mapan' dan 'tambah nilai.' Apa ertinya jika atas nama pembangunan, identiti kita dihapuskan?
Konsep dan falsafah pembangunan kini memihak kepada apa yang boleh diukur dan dilihat. Kita tidak melihat sejarah dan warisan seperti mana yang sepatutnya kerana kayu pengukuran kita berlandaskan kepada kepentingan-kepentingan jangka pendek. Jika kita isytiharkan kita ingin maju seperti lain-lain negara, lihat saja bagaimana mereka kekalkan sejarah dan warisan.
Tidak perlu pergi jauh. Lihat sekitar negara Asia Tenggara, atau India, atau Jepun. Apakah maksud 'Chennai,' 'Mumbai' dan 'Kolkata' dalam kamus dan kesedaran sejarah di India? Kita akur bahawa Pulau Pinang mempunyai densiti penduduk yang tinggi, dan tanah amat berharga. Akan tetapi, apakah harga itu sama dengan nilai sejarah?
Dengan robohnya Batu Uban, walaupun mungkin tinggal sebuah masjid, telaga dan tanah perkuburan hampir 300 tahun itu, maka akan robohlah sejarah penempatan Melayu di Pulau Pinang. Pihak-pihak berwajib, dan empunya tanah sepatutnya memikirkan bagaimana memperkasakan sejarah dan warisan Melayu di tempat itu, bukan sebaliknya.
Papan tanda di hadapan masjid Batu Uban kini memang tidak mencukupi. Dan jika dikatakan bahawa penduduk-penduduk di kawasan itu tidak berminat tinggal di situ, apakah mereka diberi pandangan, bimbingan dan nasihat yang sewajarnya. Apa yang perlu dilakukan adalah sebuah kawasan/laman peringatan, bersama dengan papan tanda yang lebih jelas di tengah-tengah kawasan perkampungan itu bagi memperingati para peneroka Melayu awal pulau itu, dan jalinan Batu Uban dengan rantau kepulauan Melayu dan Lautan Hindi.
Juga, mereka yang berwajib, termasuk yang empunya tanah, memperbaiki kampung itu sebagai kampung awal tradisi sambil mengwajahkan jaringan dengan rantau yang lebih luas. Batu Uban bukan kampung kolot. Di situlah pada awal lagi bertapaknya Islam di Pulau Pinang.
Seharusnya usaha dilakukan mengekalkan nama Batu Uban sebagai sebahagian daripada nama Gelugor, juga dikatakan berasal dari Batu Bara. Dengan lenyapnya Batu Uban, maka akan lenyaplah juga sejarah dan identiti warisan sebelum kedatangan Inggeris.
Saya harap jangkaan saya salah. Masih ada ruang dan masa untuk menyelamatkan Batu Uban. Tidak perlu bersedih dan merintih. Tidak ada belang yang dapat ditinggalkan seperti apabila matinya harimau. Apa yang boleh dilakukan sekarang ialah secara kolektif, pihak-pihak yang berwajib dan berkuasa memberhentikan projek tapak pembinaan kini dan apa-apa lagi yang telah diluluskan untuk kawasan itu pada masa depan.
Pada asalnya, mengapa projek-projek pembinaan telah diluluskan sejak sekian lama? Ini hanya menunjukkan kealpaan tentang sejarah; sikap dan kesedaran yang menolak memori kolektif sesebuah tempat. Hal ini tidak pula kelihatan di kawasan-kawasan di Georgetown, khususnya di tapak warisan UNESCO.
Sekali lagi, saya nyatakan pihak yang memiliki tanah di Batu Uban hendaklah tidak buta sejarah. Pada masa sama, sejarah tidak kenal undang-undang. Tahun-tahun yang penting berkaitan dengan Batu Uban adalah 1734 dan 1749. Apakah kita mahu detik-detik itu lenyap dari lipatan sejarah Pulau Pinang dan Kedah akibat dari kedaifan dan kebebalan sejarah kita sendiri?

<b>Batu Uban</b> - Kegagalan Orang Melayu Mempertahankan Maruah <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2012 06:15 PM PST

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved