Selasa, 29 Mei 2012

09 di Batu uban - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu uban - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2012 09:11 PM PDT

URL Sumber Asal :-

<b>Batu Uban</b>: Bukti Pertapakan Melayu <b>di</b> Pulau Pinang

Posted: 08 Jan 2012 08:03 PM PST

Francis Ligt dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab membuka Pulau Pinang pada tahun 1876. Kaum-kaum lain yang datang berhijrah pula dianggap membantu menyemarakkan lagi perkembangan kapitalisme di Pulau Pinang. Atas sebab itu sumbangan mereka dijulang dan segala yang berkaitan dengan mereka seperti kawasan (petempatan), bangunan dan tokoh dianggap warisan sejarah yang perlu disimpan malah diwartakan sebagai warisan sejarah yang diiktiraf oleh UNESCO.

Dalam waktu yang sama, pihak-pihak tertentu melupakan sejarah tempatan iaitu sejarah orang-orang Melayu yang membuka dan menetap di Pulau Pinang. Mereka meupakan penduduk Nusantara yang berhijrah mencari tempat yang sesuai untuk meneruskan kelangsungan hidup. Mereka berhijrah dalam ruang tanah air mereka sendiri dan bertuankan raja yang menjadi penguasa kepada kawasan yang mereka diami.

Jika George Town diwartakan sebagai warisan sejarah, maka Batu Uban juga perlu diberikan taraf yang sama. Mengapa Batu Uban perlu diiktiraf sedemikian? Sejarah Batu Uban boleh menjelaskan perkara tersebut, iaitu:

1. Batu Uban dibuka oleh Nakhoda Nan Intan yang mengetuai sekumpulan peneroka dari Paya Kumbu, Sumatera pada awal tahun 1730-an, lebih awal kira-kira 56 tahun dari tarikh pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light..
2. Pembukaan Batu Uban merupakan kurniaan kawasan petempatan oleh penguasa sah Pulau Pinang iaitu Sultan Kedah. Pembukaan petempatan oleh para peneroka berlangsung dari tahun 1930-an hingga 1940-an.
3. Pembinaan Masjid Jamek Batu Uban menjadi bukti pertapakan orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang. Masjid tersebut dibina oleh Nakhoda Nan Sebatang (Hj. Muhammad Salleh @ Maharaja Nan Intan Ibni al-Marhum Tengku Patih Nan Sebatang) pada tahun 1734.
4. Batu Uban menjadi pusat metropolitan yang menghubungkan Pulau Pinang dan Kedah dengan kawasan-kawasan lain di Sumatera, India dan Hadramaut.
5. Batu Uban merupakan pusat aktiviti bagi kawasan Gelugor dan sekitarnya, seterusnya menyumbang kepada perkembangan budaya dan ekonomi bagi kawasan Tanjung.

Maka, seharusnya fakta sejarah ini menjadi asas untuk menafikan bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis Ligt. Pulau Pinang merupakan milik Sultan Kedah yang diduduki oleh orang-orang Melayu, yang kemudiannya dibuka dengan seluas-luasnya kepada orang luar atas nama kapitalisme. Mereka mengaut keuntungan dengan rakusnya. Mereka juga menyempitkan ruang dan peluang kehidupan bagi orang-orang Melayu. Hingga kini pelbagai usaha dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menafikan sejarah orang-orang Melayu di Pulau Pinang. Negeri yang berkembang maju ini seolah-olah bukan milik orang Melayu tetapi negeri yang diwujudkan oleh Inggeris dan dimajukan oleh golongan pemodal dan pendatang.

Atas alasan tersebut, pihak berkuasa, ahli-ahli politik dan NGO's seharusnya sedar akan situasi yang berlaku. Kesilapan dan kealpaan terhadap sejarah asal negeri Pulau Pinang harus dihentikan. Pembangunan yang berlangsung atas nama keuntungan wang ringgit semata-mata sejak era penjajahan tidak harus berlaku lagi. Sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan tapak pertapakan Melayu di Pulau Pinang tidak lenyap ditelan arus pembangunan. Kita juga tidak mahu sejarah orang-orang Melayu tenggelam ditelan oleh sejarah penjajah dan golongan lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved