Khamis, 31 Mei 2012

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


KMPP desak Melayu DAP ganti PKR tanding <b>di Bayan Baru</b> | www <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 06:29 PM PDT

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mendesak DAP kembali meletakkan calon Melayu untuk bertanding di kerusi Parlimen Bayan Baru pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pengerusinya Rahmad Isahak berkata PKR tidak layak memandangkan rekod parti itu menyaksikan bekas pengerusinya Datuk Seri Zahrain Hashim sendiri lompat parti menjadi wakil rakyat bebas selepas dipilih menjadi Ahli Parlimen Bayan Baru.

Katanya lagi, PKR atas semangat setiakawan Pakatan Rakyat (PR) seharusnya menyerahkan kembali kerusi Parlimen Bayan Baru yang didakwa pernah menjadi kerusi tradisi DAP.

"Atas dasar semangat setiakawan maka semasa pilihan raya yang lepas, tsunami tahun 2008 lalu PKR telah diberikan laluan. 

"Atas semangat setiakawan di kalangan PR maka KMPP mendesak kepimpinan tertinggi DAP mengembalikan semula calon Melayu di kawasan berkenaan," ujarnya kepada PenangInsight.com pagi tadi.

Desakan KMPP diluahkan ketika tersebarnya desas desus Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dari PKR cuba di bawah bertanding di Parlimen Bayan Lepas pada pilihan raya umum nanti.

Beberapa sumber dalaman PKR yang diteroka, kerusi itu boleh kekal jika Tze Tzin menjadi calon. 

Ini kerana, menurut sumber, hampir 80,000 pengundi berdaftar di kawasan itu adalah Cina.

Rahmad berkata, Zahrain pada pilihan raya Mac 2008 mendapat majoriti lebih 14 ribu undi.

Justeru, DAP perlu membuka lembaran sejarah baru dengan meletakkan calon Melayu di kerusi parlimen berkenaan.

"Parti DAP harus membuktikan ketelusan mereka sebagai sebuah parti berbilang kaum dengan menempatkan semula calon melayu untuk kerusi tersebut," ujarnya sambil menuntut komitmen yang lebih jelas daripada pemimpin Melayu dari DAP.

Dalam perkembangan berkaitan, KMPP sebelum ini pernah mendesak DAP meletakkan sekurang-kurangnya lima calon Melayu pada pilihan raya umum ke-13 Pulau Pinang kekal. -END

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved