Hari sukan WKE Gelugor meriah Posted: Hari sukan WKE Gelugor meriahHari sukan WKE Gelugor meriah  SEKUMPULAN kanak-kanak dari WKE bersemangat melakukan perbarisan sebelum memulakan acara pada hari sukan di Gelugor baru-baru ini.
SEMANGAT. Hari sukan Wawasan Kejayaan Educare (WKE) di Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini disambut meriah dan penuh semangat kesukanan oleh kanak-kanak berusia enam dan lima tahun serta ibu bapa yang terlibat. Kanak-kanak terbabit yang dibahagikan kepada tiga pasukan iaitu rumah hijau, kuning dan merah mengambil bahagian dalam tujuh acara antaranya lari berganti-ganti, tarik tali dan lari bawa bola ping pong dalam sudu. Acara bermula dengan perbarisan masuk, nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah selain bacaan ikrar yang diketuai oleh sekumpulan pelajar terpilih. Selain itu, beberapa acara melibatkan ibu bapa turut diadakan bagi mengeratkan silaturahim seterusnya membina keyakinan diri mereka. |
Kosmo! Pulau Pinang dikunjungi media Indonesia Posted: Kosmo! Pulau Pinang dikunjungi media IndonesiaKosmo! Pulau Pinang dikunjungi media Indonesia  ZAKI (dua dari kiri) menerangkan sesuatu kepada Firdaus mengenai akhbar Kosmo! semasa melawat Loji Percetakan Seri Utusan Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.
TUKAR PANDANGAN. Rombongan sekumpulan 18 ahli Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) Cabang Banten, Jawa Barat berkunjung ke pejabat Biro Kosmo! serta Loji Percetakan Seri Utusan Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini. Ketua PWI Cabang Banten, Firdaus HM yang mengetuai lawatan itu turut disertai wakil Pegawai Bahagian Komunikasi Kabupaten Tanggarang, Yayip Adang Anwar yang menghabiskan kira-kira dua jam meninjau operasi akhbar kompak berkenaan. Mereka diberi taklimat oleh Penolong Ketua Biro Kosmo! Pulau Pinang, Zaki Salleh dan selain bertukar-tukar pandangan dengan para wartawan yang bertugas di Pulau Mutiara itu. Menurut Firdaus, lawatan itu sebahagian daripada program PWI untuk meningkatkan kemahiran ahli-ahlinya mengenai bidang berita dengan membandingkan organisasi terpilih di negara jiran. "Kosmo! menjadi pilihan kami di Malaysia kerana merupakan akhbar paling pantas berkembang dan diminati golongan muda," katanya. Menurutnya, mereka juga menemui wakil beberapa syarikat organisasi akhbar lain sepanjang lawatan mereka ke negara ini. |
ATM, PDRM bekerjasama dalam program ronda di Sarawak Posted: ATM, PDRM bekerjasama dalam program ronda di SarawakATM, PDRM bekerjasama dalam program ronda di Sarawak  KHALID (kiri) bersalaman dengan salah seorang anggota ATM semasa majlis pelancaran rondaan bersama PDRM dan ATM di Kuching baru-baru ini.
KERJASAMA. Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan rondaan bersama di Tebingan Kuching, Sarawak. Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan Panglima Medan Tentera Darat, Datuk Zulkiple Kassim di Kuching baru-baru ini. Seramai 40,000 anggota PDRM dan ATM diletakkan di seluruh negara terutama di beberapa bandar terpilih bagi mengurangkan peratusan kegiatan jenayah. Rondaan bersama itu adalah Strategi Lautan Biru bagi mengukuhkan kerjasama di antara kedua-dua badan uniform itu. |
0 ulasan:
Catat Ulasan