Sabtu, 12 Mei 2012

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di tasek gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Mar 2012 10:00 PM PST

URL Sumber Asal :-

MMI: UMNO Bersedia - Pakatan Haprak Tiada Tempat <b>Di Tasek</b> <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2012 10:07 PM PST

UMNO Bahagian Tasek Gelugor telah bersiap-sedia bagi menghadapi PRU Ke13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa.Ini diakui sendiri oleh seluruh jentera UMNO Bahagian Tasek Gelugor disemua sayap dalam satu program yang turut di hadiri oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dalam lawatan kerjanya pada Isnin  5 Mac 2012 .
Bertempat di rumah UMNO Bahagian Tasek Gelugor YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan telah berjumpa dengan semua kepimpinan UMNO Bahagian Tasek Gelugor dalam mendengar taklimat tertutup berkenaan persediaan UMNO Tasek Gelugor dalam menghadapi PRU Ke13 nanti.
Turut bersama-sama dalam majlis tersebut adalah YB Shabudin Yahya Ketua UMNO Bahagian,YB Dato' Jasmin Mohamed Timbalan Ketua UMNO Bahagian,Sdr Zulkifli Yahya Naib Ketua UMNO Bahagian,Sdr Zambri Che Ros Setiausaha UMNO Bahagian,Barisan AJK UMNO Bahagian dan semua kepimpinan diperingkat sayap dan AJK terdiri daripada Sdr Hasbul Hazani Daud Ketua Pergerakan Pemuda,YB Dato' Hjh Jahara Hamid Ketua Wanita dan Sdri Hafizah Othman Ketua Puteri.
Kunjungan kali pertama oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan ini cukup bermakna kerana dalam keadaan UMNO diseluruh negara sedang mempersiapkan jentera masing-masing ianya memberikan satu lonjakan semangat untuk terus bekerja bagi memantapkan parti.
Majlis berjalan dalam keadaan yang cukup mesra dan sarat dengan mesej-mesej yang dilihat cukup penting kepada seluruh jentera UMNO Tasek Gelugor kerana  misi untuk terus mempertahankan Tasek Gelugor disamping usaha menawan semula Pulau Pinang memerlukan satu pasukan yang cukup bersedia dan mempunyai kekuatan tersendiri.
Majlis taklimat dan dialog ini kemudiannya diteruskan dengan YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan diiringi oleh seluruh kepimpinan UMNO Bahagian Tasek Gelugor ke Pokok Tampang dalam satu majlis ramah mesra dan kenduri rakyat dalam PDM Pokok Tampang.Walaupun lawatan kerja ini dilakukan pada hari dan waktu bekerja namun sambutan yang diberikan kepada YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan tidak menghampakan kerana hampir 400 warga Tasek Gelugor turut hadir untuk bersama-sama dengan para pemimpin. 
Dalam program bersama rakyat ini YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan turut berpesan kepada seluruh masyarakat Tasek Gelugor bahawa hari ini Melayu mesti bersatu atas nama Melayu.Melayu tidak boleh lagi berpecah kerana perpecahan ini akan menyebabkan kita ketinggalan.Perpecahan sesama Melayu sebenarnya merugikan bukan saja bangsa malah agama dan negara itu sendiri.
Beliau turut mengajak rakyat untuk bersama-sama membantu memastikan Pulau Pinang dapat dikembalikan kepada UMNO dan Barisan Nasional kerana hanya kerajaan Barisan Nasional sahajalah yang dapat membela rakyat.Program transformasi yang dilakukan oleh kerajaan sebenarnya adalah satu gerak kerja yang cukup baik dan perlu disokong oleh rakyat kerana hari ini setiap bantuan yang diberikan terus dapat disalurkan kepada rakyat sebagai contohnya adalah pemberian BR1M disamping kerajaan mengekalkan subsidi yang berterusan kepada barangan lain termasuk minyak.
Majlis diteruskan dengan YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan didiringi oleh pimpinan UMNO diperingkat Bahagian menyampaikan sumbangan BR1M kepada rakyat.
YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan seterusnya ke jamuan rakyat bersama pimpinan dan rakyat yang melapangkan masa untuk hadir.Kebanyakkan masyarakat yang ditemui oleh MMI melahirkan rasa syukur dan gembira mereka dengan kedatangan YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan ke Tasek Gelugor kerana ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap nasib rakyatnya.
Lawatan kerja ini dilihat cukup berjaya walaupun diadakan pada hari bekerja namun semangat rakyat dan komitmen yang ditunjukkan jelas membuktikan mereka mahukan UMNO dan Barisan Nasional untuk terus kekal sebagai kerajaan.Ternyata rata-rata orang-orang lama yang ditemui melahirkan rasa kesal dan kecewa mereka dengan pihak pembangkang yang dilihat hanya berpolitik semata-mata dan setiap tindakan mereka bukanlah seikhlas kerajaan Barisan Nasional.
MMI turut teruja apabila dapat berbual dengan beberapa orang lama yang begitu bersemangat untuk terus melihat UMNO dan Barisan Nasional terus kekal sebagai kerajaan.Daripada pandangan MMI jelas anak-anak muda hari ini sebenarnya tidak pernah merasai keperitan seperti mana orang-orang lama dulu rasakan dan inilah penyebabnya semangat dan komitmen mereka sentiasa konsisten terhadap UMNO dan Barisan Nasional.
Terima kasih MMI ucapkan kepada YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan yang sudi hadir ke Tasek Gelugor dan sesungguhnya kehadiran YAB Dato' Seri menyuntik semangat rakyat Tasek Gelugor untuk terus bekerja keras dan seterusnya mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional di Tasek Gelugor.
Hentikan Spekulasi Kerja Untuk Parti

MPP Online: MENGERIKAN !!! Video Pontianak mengilai <b>di Tasek</b> <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2011 10:30 PM PST


Memang real beb!!! Mungkin inilah video penampakan Pontianak yang paling jelas serta clear di dalam negara. Bukan senang woo nak ambik video clear gila macam ni.. Salute pada tukang rakam.

Yang paling best , pontianak di Tasek Gelugor tu bukan saja pandai mengilai, tapi beliau pandai jugak berucap pasal politik..

Siap boleh berbahasa cina dan tamil lagi beb..

Tak percaya? Korang tengok sendiri je lah video penampakan Pontianak tu kat bawah ni.. Ngeri betul beb!!

BLOG PENANG: 09 <b>di tasek gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Feb 2012 01:11 PM PST

URL Sumber Asal :-

MMI: GEMPUR PEMUDA <b>Tasek Gelugor</b> - Bikin LGE & Pakatan <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2012 01:19 PM PST

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang diketuai oleh Sdr Hasbul Hazani Daud baru-baru ini telah pun melancarkan Jentera Pilihanraya Pemuda bagi Parlimen Tasek Gelugor yang telah dilancarkan oleh Sdr Ir. Shaikh Husin Mydin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau di Adamson Hotel Kuala Lumpur.
Bermula daripada saat itu Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor terus melancarkan gerak kerja mereka dengan satu Operasi yang diberi nama GEMPUR PEMUDA.Operasi ini merupakan permulaan kepada seluruh jentera pemuda UMNO di Tasek Gelugor untuk menaikkan panji-panji UMNO dan BN diseluruh kawasan Parlimen Tasek Gelugor.
Sehingga berita ini ditulis panji-panji UMNO dan BN telah pun dinaikkan disetiap kawasan dan akan terus dinaikkan dari masa ke semasa melalui operasi bersepadu daripada Pemuda Bahagian dan Pemuda Cawangan-Cawangan.
Memang hebatlah pemuda-pemuda Tasek Gelugor,Jentera ini mampu membuatkan juak-juak penjilat punggung LGE meroyan dan tak senang duduk.Keberanian dan usaha bersungguh-sungguh oleh barisan anak muda harapan bangsa ini perlu dihargai kerana mereka sudah memulakan rentak dengan melancarkan perang psikologi terhadap barisan Pakatan Haprak yang ternyata dan terbukti tertekan dengan usaha bersepadu ini.
MMI bukan bercakap kosong ianya dibuktikan dengan insiden yang berlaku di Merbau Kudong Sungai Dua apabila panji-panji UMNO dan BN yang telah dinaikkan disepanjang laluan utama ke Sungai Dua telah diturunkan oleh juak-juak Haram Jadah PR dengan menggunakan pencacai-pencacai MPSP.
Hahaha MMI cukup tertarik dengan insiden ini kerana ianya mambuktikan Operasi GEMPUR PEMUDA ini memberikan impak yang cukup berkesan dalam usaha barisan Pemuda UMNO Tasek Gelugor mempertahankan Parlimen dan tiga DUN dalam PRU Ke-13 nanti.
Juak-juak Pakatan Haprak dilihat telah menggunakan kuasa Ahli Majlis untuk menurunkan panji-panji UMNO dan BN yang telah dipasang dengan alasan ianya tidak boleh dinaikkan.Namun yang menjadi persoalannya adalah mengapa bendera-bendera Pas,PKR dan DAP yang telah dipasang sekian lama dibeberapa tempat di Tasek Gelugor tidak pula diambil tindakan?Malah pemantauan yang dibuat oleh MMI sendiri bendera-bendera Pas dan PKR yang dipasang disekitar kawasan Penanti Permatang Pauh tidak pula diturunkan oleh MPSP.Soalnya sekarang mengapa hanya di Tasek Gelugor ?
Nak tahu kenapa ? Jawapannya cukup mudah kerana mereka PANAS dan TERTEKAN dengan serangan yang dilakukan oleh barisan Pemuda Harapan Bangsa UMNO Tasek Gelugor.Ini jelas kerana insiden panji-panji UMNO dan BN ini mahu diturunkan oleh pencacai-pencacai Pakatan Haprak dibuat hanya dalam tempoh masa tak sampai 10 jam dari masa panji-panji ini dinaikkan.  
Paling menarik MMI dikhabarkan bahawa tiada sebarang laporan dibuat kepada MPSP berkenaan hal ini tetapi hanya merujuk kepada Ahli Majlis dan beliau diberitakan telah mengambil tindakan sendiri tanpa merujuk kepada mana-mana pihak dengan mengarahkan anggota-anggota MPSP hadir bersama-sama van milik MPSP.
Apa pun juak-juak pencacai rejim DAP yang bertanggungjawab mengarahkan panji-panji UMNO dan BN diturunkan  telah pun dikenal pasti dan lebih malangnya mereka ini merupakan orang Melayu yang sanggup berkiblatkan LGE dan konco-konconya.
Inilah wajah-wajah mereka yang kononnya melaksanakan tugas tetapi dalam masa yang sama mempunyai niat dan motif untuk menyekat sebarang usaha UMNO dan BN melaksanakan gerak-kerjanya.
Mereka sebenarnya harus malu dengan diri sendiri apabila mengamalkan sikap "double standard" kerana sebelum ini mereka hanya membutakan mata dengan membiarkan bendera Pas,PKR dan DAP dinaikkan tetapi mahu pula mengambil tindakan dengan menurunkan bendera UMNO dan BN dengan alasan undang-undang.MMI nak kata pegiii dahhh...Cakap sajalah LGE arah , nak melawan tak boleh sebab dah ikrar akan sembah LGE.
Lagi satu sedarkah mereka tindakan dan sikap mereka sebenarnya mengesahkan apa yang dilaung-laungkan oleh LGE bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah pentadbiran Rejim DAP mengamalkan C.A.T  sebenarnya GAGAL.
MMI mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera pemuda yang memberikan komitmen terhadap operasi Gempur Pemuda Ini.Tidak ketinggalan kepada barisan pendekar yang hadir ke Merbau Kudong pagi Sabtu yang lalu termasuk YB Dato' Jasmin Mohamed ADUN Sungai Dua mempertahankan panji-panji UMNO dan BN daripada terus di turunkan oleh juak-juak Pakatan Haprak.Anda semua telah membuktikan bahawa maruah dan perjuangan keramat parti UMNO dan BN mesti dipertahankan daripada diceroboh oleh puak-puak bangang Pakatan Haprak.
Pssttt MMI masih ternanti-nanti untuk LGE hantar wakil Melayu bangang DAP untuk bertanding di Tasek Gelugor.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved