Jumaat, 29 Jun 2012

09 di Batu uban - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Batu uban - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Jun 2012 09:10 PM PDT

URL Sumber Asal :-

JAWA BERNAM: BIADAP!! MASJID <b>DI</b> BALING NAJIS SELEPAS <b>...</b>

Posted: 26 May 2012 04:49 AM PDT


BATU UBAN - Jemaah Masjid Batu Uban gempar apabila dibaling dengan tiga plastik berisi air selepas selesai menunaikan solat Jumaat semalam.
Kejadian berlaku ketika puluhan jemaah melangkah keluar dari pintu masjid kira-kira jam 2 petang.
Pengerusi Kariahnya, Sk Abdul Aziz Sk Mohamed berkata, semua jemaah terkejut setelah plastik berisi air pecah di hadapan mereka yang dipercayai dicampak dari salah sebuah rumah flat berdekatan.
Beliau berkata, kira-kira 10 minit kemudian, satu lagi plastik berisi air dicampak ke arah jemaah dan sekali lagi selang beberapa minit.
"Kejadian ini sememangnya menaikkan kemarahan kami yang baru selesai menunaikan solat Jumaat, Ini jelas menunjukkan mereka yang melakukan perkara itu tidak ada rasa hormat terhadap penganut Islam.
"Ini bukanlah kejadian pertama kali berlaku kerana sebelum ini masjid kami dibaling atau dicampakkan dengan bermacam-macam benda,"katanya.
Sementara itu, Setiausaha Masjid Batu Uban, Jamal Yahya berkata, kejadian berkenaan sememangnya menaikkan kemarahan jemaah serta penduduk kampung kerana sebelum ini penghuni flat terbabit mencampak pelbagai objek kepada jemaah dan masjid.
"Sebulan lalu, kami kena baling dengan buah kelapa muda. Sebelum ini, masjid ini juga adalah satu-satunya masjid di Batu Uban yang dibaling dengan botol dan najis.
"Kami memang marah namun apa yang kami boleh buat?, hanya buat laporan polis," katanya.
 Berang dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab tersebut, hampir 30 anak kariah berkumpul di perumahan mewah yang dikatakan menjadi lokasi pembaling air berkenaan.
Kesemua berkumpul setelah selesai solat Jumaat untuk berjumpa dengan kakitangan pengurus perumahan berkenaan.
Setelah hampir empat jam menunggu, wakil daripada perumahan masih enggan berjumpa dengan kesemua anak kariah.
Seorang jemaah, Rashid Said berkata, mereka hanya berkumpul untuk berbincang dengan pihak perumahan bukannya untuk mencari gaduh. Mereka kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong.
Sinar Harian sebelum ini pernah melaporkan perkara sama apabila pelbagai jenis objek dibaling ke arah masjid berkenaan, terutama setiap kali azan , menyerlahkan sikap penduduk sekitar yang tidak mempunyai toleransi agama.-SH
p/s: Nampaknya bangsa lain sudah tidak menghormati orang Islam di Malaysia ni. Ini mungkin kerana sudah mendapat restu dari Nik Aziz dan Anwar yang berani mempertikaikan tentang kekuatan Islam di Malaysia. Adakah kita masih mahu berdiam diri lagi? Sudah hilangkah maruah umat Islam di Malaysia?

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jun 2012 09:12 PM PDT

URL Sumber Asal :-

AHLI MAJLIS MPPP: Fwd: Lampu Jalan <b>di</b> Tingkat <b>Batu Uban</b> 1 dan <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2012 09:19 PM PDT

Pekerja Jabatan Kejuruteraan telah membaiki kerosakan di lokasi terbabit yang berpunca daripada kerosakan photocell yang diselenggarakan oleh pihak TNB. Bekalan elektrik telah dihubungkan semula dengan menggunakan timer untuk mengelakkan kerosakan ini berlaku semula. Jabatan sememangnya telah mengambil tindakan untuk mengelakkan kerosakan berulang kali berlaku dan akan membuat pemantauan yang lebih kerap di kawasan terlibat.

From: Rajendran A/L P Anthony
Sent: Monday, June 11, 2012 5:31 AM
To: Iszuree bin Ibrahim
Cc: Patahiyah Bt Ismail; Addnan Mohd Razali
Subject: RE: Lampu Jalan di Tingkat Batu Uban 1 dan Jalan Batu Uban selalu bermasalah dan masih tiada solution penyelesaian.
Jabatan Kejuruteraan akan meneliti semula masalah kerosakan lampu jalan ini dan akan mengambil tindakan segera bagi mengatasinya untuk jangkamasa panjang.

Sent from my iPad
Saya telah beberapakali telah membuat aduan berkaitan masalah ini kepada Rajendran dan mencadangkan supaya mencari penyelesaian masalah yang selalu berlaku di kawasan yang saya duduki dan masalah ini masih berterusan dan tiada penyelesaian. Masalah fius dan selalu litar pintas merupakan punca masalah ini mengikut juruteknik Jabatan Kejuruteraan.

Penduduk sekitar dan JKKK Batu Uban kerap juga mengadu masalah ini kepada saya dan kebimbangan ini berasas disebabkan kawasan ini selalu menjadi target kepada  peragut dan pecah rumah dan tambahan kekerapan berlakunya Lampu Jalan tak berfungsi memberi kesempatan kepada penjenayah untuk melakukan jenayah.

Saya memohon  satu solution buat untuk memberi penyelesaian yang segera tanpa berulang ulang demi keselamatan kawasan ini.

Sekian
Iszuree Ibrahim
Ahli Majlis MPPP

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 09 May 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2012 09:11 PM PDT

URL Sumber Asal :-

<b>Batu Uban</b>: Bukti Pertapakan Melayu <b>di</b> Pulau Pinang

Posted: 08 Jan 2012 08:03 PM PST

Francis Ligt dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab membuka Pulau Pinang pada tahun 1876. Kaum-kaum lain yang datang berhijrah pula dianggap membantu menyemarakkan lagi perkembangan kapitalisme di Pulau Pinang. Atas sebab itu sumbangan mereka dijulang dan segala yang berkaitan dengan mereka seperti kawasan (petempatan), bangunan dan tokoh dianggap warisan sejarah yang perlu disimpan malah diwartakan sebagai warisan sejarah yang diiktiraf oleh UNESCO.

Dalam waktu yang sama, pihak-pihak tertentu melupakan sejarah tempatan iaitu sejarah orang-orang Melayu yang membuka dan menetap di Pulau Pinang. Mereka meupakan penduduk Nusantara yang berhijrah mencari tempat yang sesuai untuk meneruskan kelangsungan hidup. Mereka berhijrah dalam ruang tanah air mereka sendiri dan bertuankan raja yang menjadi penguasa kepada kawasan yang mereka diami.

Jika George Town diwartakan sebagai warisan sejarah, maka Batu Uban juga perlu diberikan taraf yang sama. Mengapa Batu Uban perlu diiktiraf sedemikian? Sejarah Batu Uban boleh menjelaskan perkara tersebut, iaitu:

1. Batu Uban dibuka oleh Nakhoda Nan Intan yang mengetuai sekumpulan peneroka dari Paya Kumbu, Sumatera pada awal tahun 1730-an, lebih awal kira-kira 56 tahun dari tarikh pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light..
2. Pembukaan Batu Uban merupakan kurniaan kawasan petempatan oleh penguasa sah Pulau Pinang iaitu Sultan Kedah. Pembukaan petempatan oleh para peneroka berlangsung dari tahun 1930-an hingga 1940-an.
3. Pembinaan Masjid Jamek Batu Uban menjadi bukti pertapakan orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang. Masjid tersebut dibina oleh Nakhoda Nan Sebatang (Hj. Muhammad Salleh @ Maharaja Nan Intan Ibni al-Marhum Tengku Patih Nan Sebatang) pada tahun 1734.
4. Batu Uban menjadi pusat metropolitan yang menghubungkan Pulau Pinang dan Kedah dengan kawasan-kawasan lain di Sumatera, India dan Hadramaut.
5. Batu Uban merupakan pusat aktiviti bagi kawasan Gelugor dan sekitarnya, seterusnya menyumbang kepada perkembangan budaya dan ekonomi bagi kawasan Tanjung.

Maka, seharusnya fakta sejarah ini menjadi asas untuk menafikan bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis Ligt. Pulau Pinang merupakan milik Sultan Kedah yang diduduki oleh orang-orang Melayu, yang kemudiannya dibuka dengan seluas-luasnya kepada orang luar atas nama kapitalisme. Mereka mengaut keuntungan dengan rakusnya. Mereka juga menyempitkan ruang dan peluang kehidupan bagi orang-orang Melayu. Hingga kini pelbagai usaha dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menafikan sejarah orang-orang Melayu di Pulau Pinang. Negeri yang berkembang maju ini seolah-olah bukan milik orang Melayu tetapi negeri yang diwujudkan oleh Inggeris dan dimajukan oleh golongan pemodal dan pendatang.

Atas alasan tersebut, pihak berkuasa, ahli-ahli politik dan NGO's seharusnya sedar akan situasi yang berlaku. Kesilapan dan kealpaan terhadap sejarah asal negeri Pulau Pinang harus dihentikan. Pembangunan yang berlangsung atas nama keuntungan wang ringgit semata-mata sejak era penjajahan tidak harus berlaku lagi. Sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan tapak pertapakan Melayu di Pulau Pinang tidak lenyap ditelan arus pembangunan. Kita juga tidak mahu sejarah orang-orang Melayu tenggelam ditelan oleh sejarah penjajah dan golongan lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved