09 di Bayan lepas - Google Blog Search |
Menara Kehidupan: Trip to Penang Island - <b>Bayan Lepas</b> Posted: 05 Jun 2012 06:38 PM PDT Bayan Lepas..... Bayan Lepas merupakan sebuah bandar satelit George Town ,Pulau Pinang, Malaysia. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang terletak di Bayan Lepas. Bayan Lepas menjadi hub perindustrian Pulau Pinang, menjadi Zon Bebas Perindustrian, di mana kilang-kilang kepunyaan syarikat antarabangsa turut terletak di sini. Menara SUNTECH terletak di sini. Pusat membeli-belah terpanjang dan terbesar di Pulau Pinang, Queensbay Mall, Kompleks Bukit Jambul, dan Giant Hypermarket juga terdapat di sini. Bayan Lepas boleh dihubungkan ke bandaraya George Town melalui Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Tokong Ular terletak di sini. Populasi penduduk di Bayan Lepas mencecah 141,000 orang. Bayan Lepas sekarang memperoleh pembangunan yang pesat di Pulau Pinang. Terdapat banyak kondominium baru, tapak perumahan secara terkini berada dalam pembinaan di kawasan ini. Selepas itu kami sekeluarga lepak di tepi pantai yang ada seperti pendaratan nelayan. Di bawah pokok itulah kami berehat sekelita sambil layan keropok lekor dan air kelapa yang dijual oleh penjaja di tepi jalan. Cuaca panas menyambut kedatangan kami di sini.... Pemandangan pembinaan jambatak kedua Pulau Pinang juga giat dijalankan. Sempat juga adam berposing melihat deretan bot nelayan di situ... Cukup untuk adam meninggalkan jejak kaki dia di sana.... Sambil tu kami juga melihat mereka membetulkan jaring ikan di tepi bot mereka... seronok juga melihat kegiatan mereka di sana.... Selepas menghilangkan dahaga dengan air kelapa dan mengalas perut dengan keropok lekor kami meneruskan perjalanan ke Bayan Lepas - Batu Maung - Balik Pulau.... Ikutilah seterusnya perjalanan kami di sana dengan pemandangan yang indah sempat kami rakamkan... |
You are subscribed to email updates from di Bayan lepas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen