Jumaat, 8 Jun 2012

09 di Butterworth - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Butterworth - Google Blog Search


Ahli perniagaan parah kereta meletup <b>di Butterworth</b> | Blog Berita <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2012 03:08 AM PDT

Seorang ahli perniagaan cedera parah apabila kenderaan pacuan empat roda miliknya meletup ketika beliau menghidupkan enjin kereta itu di hadapan rumah di Persiaran Sembilang, Taman Sembilang di Butterworth, hari ini.

Kejadian pada 8.20 pagi itu menyebabkan Lee Chong Beng, 52, terbakar lebih 70 peratus di bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, berkata ketika kejadian Lee ingin menghidupkan enjin kereta itu untuk keluar bekerja.

"Ketika mangsa menghidupkan enjin keretanya, tiba-tiba berlaku letupan dan mengeluarkan api serta menyambar mangsa. Mangsa yang panik menjerit meminta tolong dan diselamatkan oleh orang awam yang melalui kawasan perumahannya itu," katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian, Ayub berkata sepasukan anggota bomba memadamkan kebakaran daripada merebak ke rumah mangsa.

Ayub berkata anggota forensik dengan bantuan Jabatan Kimia masih menyiasat punca kereta itu meletup dan terbakar.

"Setakat ini kita belum tahu punca sebenar sama ada kejadian itu disebabkan sabotaj atau kereta mangsa mengalami masalah," katanya.

Incoming search terms:

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved