Khamis, 14 Jun 2012

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


BooDark Ben10: Art of War: Kenali Musuh Anda

Posted: 14 Jun 2012 10:03 PM PDT

Semenjak dari zaman belia, Anwar Ibrahim lahir 10 Ogos 1947 merupakan seorang individu yang popular. Dilahirkan di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (sesetengah sumber menyatakan beliau lahir di Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan), nama 'Anwar' bermaksud 'bercahaya'.

Beliau mula dikenali sebagai tokoh muda yang datang daripada keluarga UMNO dan pengajiannya adalah bidang Melayu.

Bapa beliau, Haji Ibrahim bin Abdul Rahman merupakan mantan Ketua UMNO Bahagian Seberang Perai, Ahli Parlimen Seberang Perai Tengah, Setiausaha Parlimen kepada Menteri Kesihatan dari 1954-1969. Manakala ibunya, Che Yan Hussein ialah mantan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukit Mertajam. Semasa kecil, DSAI sering dibawa ke majlis-majlis ceramah Wanita UMNO.

Kendati pun, Anwar akhirnya muncul daripada tradisi revolusioner dan kepembangkangan Malaysia.

Perkahwinan

Pada tahun 26 Februari 1980, Anwar berkahwin dengan Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland yang kemudiannya bertugas di klinik mata di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Perkahwinannya dengan Wan Azizah dikurniakan seramai 6 orang cahaya mata. Anak-anak beliau ialah: Nurul Izzah, Mohd Ehsan, Nurul Nuha, Nurul Hana, Nurul Ilham dan Nurul Iman.

Majlis menyambut pengantin pula diadakan pada 28 Februari tahun yang sama. Mereka berdua diijabkabulkan sewaktu Anwar yang ketika itu merupakan Presiden ABIM, berusia 32 tahun.

Angkatan peminangan telah dijalankan pada tahun 1979 yang diketuai oleh Ustaz Nik Mahyuddin Musa, ketika itu Ketua Pengarah Bahagian Pelajaran Agama, Kementerian Pelajaran. Rombongan ini juga disertai oleh Ustaz Ahmad Awang, Puan Zaleha Haji Ali (ipar Dr Mahathir) dan lain-lain lagi.

Sebagai penggerak kepada gerakan mahasiswa dan belia, Anwar sentiasa dilihat sebagai 'aktivis nakal' kepada pemerintah pada waktu itu, sekaligus saat beliau menyatakan hasrat mahu menyunting Wan Azizah, ada ketidaksetujuan daripada Datuk Wan Ismail Wan Mahmud (ayah Wan Azizah). Namun, semuanya menjadi sangat baik selepas lahirnya cahaya mata sulung mereka, Nurul Izzah.

Dilahirkan pada 1952, Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas, Alor Setar. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban.

Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke Ireland di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang obstetrik and ginekologi dan kemudian menjadi seorang pakar oftalmologi.

Beliau telah berhenti daripada kerjaya beliau dalam tahun 1993, apabila Anwar dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Wan Azizah mewarisi keturunan Peranakan Cina dari datuk sebelah ayahnya.

Pendidikan

Semasa kecil, Anwar bersekolah rendah di Sekolah Melayu Sungai Bakap, Sekolah Melayu Cherok Tok Kun dan Sekolah Rendah Stowell, Bukit Mertajam.

Dengan mendapat keputusan Darjah 6 yang cemerlang, beliau telah dipilih memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Tingkatan Satu pada tahun 1960. Beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di MCKK dari tahun 1960 hingga 1966.
Semasa di MCKK, beliau telah melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan yang dianjurkan.

Beliau telah mewakili MCKK di dalam pertandingan bahas antara sekolah-sekolah dan kerana sifatnya yang aktif, bijak dan cemerlang pemikirannya.

Beliau juga aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pelajar MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad.

Selepas itu, pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera). Menamatkan pengajian di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1971 setelah lima tahun menuntut di universiti itu.

Semasa menuntut di universiti, kepimpinan beliau juga terserlah di mana beliau telah mengasas dan menjadi Presiden Pesatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Presiden Kesatuan Bahasa Melayu pada tahun 1968.

Dari tahun 1968 (sewaktu berusia 21-24 tahun), beliau telah menjadi Presiden PBMUM dan PKPIM, dan selepas itu menumpukan perhatiannya kepada PKPIM dari tahun 1968 hingga 1971. Pada tahun 1971, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya.

Selepas menamatkan pengajian di UM, beliau membuka sekolah swasta, Yayasan Anda Akademik di Bangunan Sri Pantai Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur (bersebelahan UM), di mana beliau menjadi pengetuanya.

Semasa di Yayasan Anda Akademik, aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan menjadi Presidennya dari tahun 1972-1982. Antara yang mengajar di Yayasan Anda ialah Anwar sendiri, Saudara Ruslan Kassim dan Datuk Zahid Hamidi.

Mahasiswa Menggugat

Di Malaysia, dekad 70an menyaksikan gerakan dakwah menggantikan tempat gerakan kiri di kampus. Anwar bersama rakan-rakannya telah mengorak langkah, menghidupkan sebuah badan dakwah untuk menunggang gelombang baru ini yang dinamakan Angkatan Belia Islam Belia Malaysia (ABIM).

Sewaktu dekad tersebut, lahirlah tokoh pejuang mahasiswa dan rakyat seperti Anwar sendiri (Presiden ABIM), Hishamuddin Rais (Setiausaha Agung PMUM), Ibrahim Ali (Presiden KSITM), Kamarazaman Yaacob (Presiden PMUM), Adi Satria (Penolong Setiausaha Agung PMUM), Prof Syed Husin Ali (Universiti Malaya), Syed Hamid Ali (Setiausaha Agung PSRM), Prof Tengku Shamsul (Universiti Malaya), K.S.Nijar (Universiti Malaya), Lim Mah Mui (Universiti Malaya), Sabiha Abd. Samad (ITM), Ab. Rahman Rukaini (Yang Dipertua PMUKM), dan Ahmad Kamal Selamat (Yang Dipertua PMUSM).

Bersambung.....

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved