Rabu, 13 Jun 2012

09 di kepala batas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search


KURSUS EKSPLORASI HAJI <b>DI</b> SMS <b>KEPALA BATAS</b> <b>...</b>

Posted: 16 May 2012 07:36 PM PDT

KEPALA BATAS – Seramai lebih 300 orang pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 telah mengikuti kursus eksplorasi haji yang telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SMSKB dengan kerjasama Pihak Tabung Haji. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan pengalaman secara terus kepada para pelajar bagaimana untuk mengerjakan ibadah haji. Ini juga merupakan sinambungan daripada topik haji yang telah mereka pelajari di dalam bilik darjah.

Setelah selesai mendengar taklimat dan ceramah yang disampaikan oleh En. Aswad iaitu pegawai dari Tabung Haji, para pelajar yang telah siap berpakaian ihram meneruskan praktikal berwukuf, melontar, tawaf dan saei di kawasan sekolah.

Hasil temuramah beberapa pelajar yang menyertai eksplorasi ini,, mereka sangat gembira  dan merasa bertuah kerana selain belajar secara teori, mereka dapat melakukannya secara praktikal yang bagi mereka sangat membantu dalam memahami ibadah haji.

Aktiviti eksplorasi ini juga akan menjadi aktiviti tahunan bagi para pelajar tingkatan 4 dan 5 pada tahun- tahun yang akan datang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved