Rabu, 20 Jun 2012

09 di nibong tebal - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


100 penduduk <b>di Nibong Tebal</b> sertai UMNO – Perak Today

Posted: 21 May 2012 02:08 AM PDT

NIBONG TEBAL: Seramai 100 penduduk terutama golongan muda di kawasan Kampung Shetu, di sini menyertai UMNO selepas yakin hanya parti itu mampu menjamin masa depan mereka.

Ketua Penaja bagi cawangan Jawi C2 66, Elias Omar, berkata sebahagian daripada mereka yang menyertai UMNO itu adalah ahli parti dan penyokong tegar pembangkang di kawasan berkenaan.

"Mereka ini terutama golongan muda kecewa dengan pembangkang kerana tidak membawa perubahan kepada penduduk di sekitar kawasan Sungai Bakap terutama Kampung Shetu ini.

"Malam ini seramai 60 orang menyerahkan borang keahlian manakala 40 yang lain akan menyerahkannya kepada kami dalam tempoh terdekat," katanya selepas menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, di sini, malam tadi.

Elias berkata, beliau yang turut menyertai UMNO semalam yakin parti itu mampu mengubah nasib penduduk di kawasan berkenaan kerana banyak perubahan dibawa kepada mereka walaupun kawasan itu diwakili wakil rakyat pembangkang.

"Sebagai contoh, banyak rumah penduduk miskin di kawasan ini dibaiki UMNO dan pelbagai lagi kemudahan yang dibawa sedangkan mereka bukan memerintah di sini," katanya.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata, parti itu menyambut baik sokongan penduduk di kawasan untuk menyertai UMNO.

"Dengan kemasukan 60 ahli baru di sini, malam ini kita berjaya membuka satu cawangan baru iaitu Jawi C2 66 dan saya percaya dengan sokongan anda semua kita akan mampu memenangi semula Sungai Bakap dan Parlimen Nibong Tebal," katanya.

- BERNAMA

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved