Posted by admin | Posted on 18-06-2012
Category : Berita Harian
Tags: baik, ini, jam, jas, kawasan, lembah, mencatat, menurut, pagi, sederhana, sehingga, udara
Mutakhir
KUALA LUMPUR: Seberang Jaya 2, Pulau Pinang adalah satu-satunya kawasan yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga jam 11 pagi ini iaitu IPU 101.
Sebanyak 44 kawasan di seluruh negara pula mencatat bacaan IPU sederhana dari 51 stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) manakala lima lagi kawasan mencatat bacaan IPU baik.
Menurut laman web JAS www.doe.gov.my, tiada kawasan di sekitar Lembah Klang mencatat bacaan IPU tidak sihat sehingga jam 11 pagi ini.
IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).
Menurut laporan sebelum ini, kemerosotan kualiti udara yang dialami di Lembah Klang kebelakangan ini disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia. – BERNAMA
Visit link: IPU tidak sihat dicatat di Seberang Jaya 2
cheapest auto insurance
0 ulasan:
Catat Ulasan