Rabu, 13 Jun 2012

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


Hujan lebat lebih 6 jam akibatkan tanah runtuh <b>di</b> Georgetown <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2012 01:55 AM PDT

BANJIR kilat melanda sebahagian kediaman di Kampung Sungai Pinang di Georgetown, semalam.

GEORGETOWN: Hujan lebat berterusan lebih enam jam sejak jam 4.30 pagi semalam, di sini mengakibatkan berlaku kejadian tanah runtuh di Mount Erskine dan Tanjung Bungah.

Kejadian jam 10 pagi itu mengakibatkan tembok penahan tanah di Jalan Bagan Jermal, Mount Erskine runtuh dan menimpa bahagian belakang rumah seorang penduduk, manakala tiga kereta rosak teruk tertimbus dalam kejadian tebing runtuh di Jalan Bunga Cempaka Putih, Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah.Pegawai Kanan II Balai Bomba Bagan Jermal, L Sivalingam, berkata penduduk yang tinggal berhampiran kawasan Jalan Bagan Jermal dinasihatkan berpindah untuk sementara waktu sehingga keadaan selamat.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 30, ketika ditemui di Jalan Bunga Cempaka Putih, berkata ketika kejadian jam 9 pagi, beliau sedang menikmati sarapan di sebuah kedai yang terletak kurang 30 meter dari tempat kejadian.

"Saya dan beberapa pelanggan di kedai itu dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat ketika hujan lebat, tetapi hanya menyangka ia bunyi petir dan guruh.
"Bagaimanapun, kami bergegas ke tempat kejadian selepas menyedari tebing runtuh menimbus tiga kenderaan iaitu Perodua Kancil, Proton Wira dan Proton Persona," katanya yang bersyukur tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

Difahamkan, ketiga-tiga kenderaan itu diparkir berhampiran tebing sebuah rumah mewah dua tingkat dan dipercayai milik individu yang bekerja di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu, ketika dihubungi berkata, beliau menerima panggilan daripada pemilik rumah berkenaan, kira-kira jam 9 pagi.

Katanya, kejadian itu sudah dilaporkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan siasatan serta kajian menyeluruh akan dijalankan bagi mengenal pasti punca runtuhan.

"Kajian dan pemeriksaan lanjut di semua penempatan lereng bukit sekitar Tanjung Bungah akan dilakukan bagi memastikan kekukuhan serta keselamatan tebing," katanya.

Sementara itu, Yee Cheu mendakwa menerima banyak panggilan berhubung peningkatan paras air sungai, aliran deras dan berlumpur di beberapa kawasan Tanjung Bungah.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi kawasan sungai atau tapak pembinaan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

- Berita Harian Online

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved