Isnin, 9 Julai 2012

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


MPP Online: Jutaan ahli PKR sambut Anwar <b>di Bayan Baru</b> <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2012 11:39 PM PDT

PULAU PINANG 8 Julai - Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Pilihan Raya Umum anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri tidak mampu menarik kehadiran ramai ahli parti itu apabila ia berlangsung dalam suasana hambar.

Majlis yang diadakan di Dewan Konvensyen Sunshine di Bayan Baru, yang dikatakan kubu kuat parti itu hanya dihadiri kira-kira 200 orang sahaja walaupun beberapa pemimpin utama PKR seperti Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman; Ketua Wanita, Zuraidah Kamarudin dan Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli turut hadir.

Banyak kerusi di dewan yang boleh memuatkan kira-kira 1,000 orang itu kelihatan kosong manakala penyokong yang hadir pula sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu.

Pada masa sama, Anwar juga kelihatan kurang bersemangat ketika berceramah apabila tidak mendapat tepukan gemuruh malah laungan 'Reformasi' yang sinonim dengan parti itu juga kedengaran sangat perlahan. - UM

p/s: Kehadiran Anwar pun tak dapat sambutan dah beb... Ni semua tanda-tanda kejatuhan Pakatan di Penang... Hahahahaha...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved